i & Makan

Western Sedap Murah di Pekan Station Kg Baru, Kuala Lumpur

Western Sedap Murah Pekan Station-005
Written by Norfanil

Anda mempunyai produk? Ingin saya review Produk Anda? Peluang kini dibuka! Email ke norfanil[@]gmail.com

Hi,

Baru nak cerita, kisah makan western murah dan sedap.. Sumpah tak tipu. Tak sangka di tengah-tengah Kuala Lumpur, berdekatan KLCC ada sebuah restoran Western Murah dan Sedap.

Korang takkan percaya kalau tak pergi sendiri kan? Sebelum nak pergi tu, baca dulu cerita saya ni.

Makan sambil santai di Pekan Station berlatar belakangkan KLCC!

Kalau sebut pekan station, mesti tertanya-tanya, kat mana Pekan Station? Pekan Station tu pekan ke? Haaa.. Pekan Station ni sebuah kedai makan, kecik je tapi ramai orang datang apabila tiba senja!. Nak dating makan sambil layan KLCC pun ok.. Sebab memang latar belakangnya KLCC

Western Sedap Murah Pekan Station-001


IKLAN BERBAYAR


Tailor dah start ambil tempahan baju raya. Korang dah dapat kain belum? Ha.. Tahun ni tren songket printed tau.. Sekarang dah masuk batch ke 3. Songket Dokoh Pastel dan Terang, Songket Bintang.

Sehari 100 pasang terjual. Design Exclusive dan limited.. Lambat abis kena borong dengan mereka... Boleh visit catalog www.djennaexclusive.blogspot.com untuk dapatkan kain pasang songket yang superb cantik sementara stok masih ada.. 

Kain Pasang Songket

 

Jangan terkejut kalau pergi, parking penuh dan ramai orang.. Sebab memang makanan Western sedap murah dan banyak. Berbaloi-baloi.

Sebelum ni Pekan Station beropeasi di Tempat lain. Dan kini sudah berpindah ke alamat baru. Kalau tengok di google, ada tulis CLOSED.. maknanya itu tempat lama.

Western Sedap Murah di Pekan Station. Sangat Berbaloi-baloi!

Kami pergi 2 orang. jadi kami order 2 menu ni sahaja.


IKLAN BERBAYAR


Tailor dah start ambil tempahan baju raya. Korang dah dapat kain belum? Ha.. Tahun ni tren songket printed tau.. Sekarang dah masuk batch ke 3. Songket Dokoh Pastel dan Terang, Songket Bintang.

Sehari 100 pasang terjual. Design Exclusive dan limited.. Lambat abis kena borong dengan mereka... Boleh visit catalog www.djennaexclusive.blogspot.com untuk dapatkan kain pasang songket yang superb cantik sementara stok masih ada.. 

Kain Pasang Songket

 
Western Sedap Murah Pekan Station-005

Mixed Grill Pasta – RM16 jeeeeee… Kambing, Ayam dan Daging! Banyak gileeeeee

Portion yang besar untuk seorang Norfa habiskan. Alhamdulillah berjaya habiskan. Diingatkan, kalau nak makan kat sini, kena fikir 2 kali. Berkongsi untuk elak pembaziran atau makan sorang 1 pinggan sampai habis. Jangan membazir ok! Kalau tak abis, sila bungkus buat balik..

Dan yang best juga kat sini, sos cili unlimited. Haha.. Kaki sos macam Norfa pasti melompat gembira kalau ada sos cili unlimited. Sos black pepper atau mushroom pon boleh minta kalau nak tambah. Bab kata ownernya, “Kalau dah kat ic tu tulis ‘MELAYU’, Memang selera kau pun melayu jugak laaa..” haha

Western Sedap Murah Pekan Station-007

Ini rasanya Mixed Grill atau pun Lamb Chop.. Harga sama RM16 juga…

Melimpah ruahkan sos black pepper ni. Baru la mengancam! Selera pun naik mendadak kalau tengok makanan macam ni. hehehe.. Makan habis sehingga menjilat jari. Tambah pula orang tu sepinggan lagi spaghetti.. Ish Ish ish..

Western Sedap Murah Pekan Station-004

Ini air asam boi dan juga tembikai.

Nak cuba rasa spaghetti combo mix grilled disini? Haaa. Kena cuba.. Yang kaki makan, elok la serbu awal sikit Western Sedap Murah di Pekan Station ni. Pukul 5.30 tu dah terpacak dah walaupun dia buka pukul 6. Kalau bernasib baik 5.30 tu dah boleh order. Kalau lambat penuh pula orang.

Yang sanggup menunggu tempat tu, takpe nak datang makan lambat pun. Lokasi? Ha ni..

Western Sedap Murah Pekan Station-008

Pekan Station Kg Baru, Kuala Lumpur

Jalan Raja Uda, 50300 Kampong Baharu, Kuala Lumpur
No tel : 010-796 0648
Email : [email protected]
Website : http://www.pekanstation.my
Facebook : Pekan Station

Selamat menjamu selera!!!

About the author

Leave a Comment

CommentLuv badge