Assalamualaikum.. Wahhhh.. Musim durian dah datang.. Puas makan? Kalau peminat durian , makan banyak mana pun still tak puas kan? cuma panas je.. haha

 

Baru 1 bulan kat rumah, dah 5 kali beli durian. Kat Pasar Kedai Payang berlambak durian. Pagi, petang dan malam ada jual. 24 jam… Tapi bukan semua waktu durian tuh elok.

 

Durian Kampung.. Sedap, tapi tak sesedap D24..

 

 

5 Kali beli durian, 3 kali beli waktu malam dan 2 kali beli waktu pagi. Apa yang beza?  3 kali beli waktu malam, kali pertama harga RM20 selonggok ada 3 biji durian, kali kedua RM 30 dua longgok, dan kali ketiaga harga RM10 selonggok.. Tapi kebanyakkannya rosak dan tak elok.

 

Itu la pengalaman beli durian tak elok. dan risiko dia kalau beli durian tak tahu nak pilih. Orang tukang jual tuh yang pilih. Dia boleh bagi yang elok dan yang tak elok. Biasa kalau yang malam ni jual just untuk habiskan, tak kira elok ke tak..

 

Durian Kampung Versi Kampung Sebelah.. Haha

 

Kalau pagi pulak, dua kali pengalaman beli waktu pagi. 2 kali beli waktu pagi semua isi elok elok. Mama cakap, kalau beli durian waktu pagi baru sampai dengan lori.. Biasa durian sampai lewat malam, pagi tuh terus jual. Kalau beli durian waktu malam, berkemungkinan tak elok.  Terutama yang buruk. Kalau yang pagi gerenti sedap  je… lagi lagi yang pahit. Kalau tak elok pun, cuma keras. Bukan sebab rosak atau apa.

 

So, waktu sesuai untuk beli durian aku recommended beli waktu pagi kalau kat Pasar Kedai Payang. Hari ni je mama beli durian RM 50..  banyak? hahah.. semua dia dalam 25biji.. haha.. get ready untuk panaskan badan.. grrrr..

 

p/s: rugi la siapa yang tak makan durian.. huhuu

6 COMMENTS

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

CommentLuv badge