Visa ke Mesir

Hi, Salam sayang dari Mesir. (13 Jun 2015)

Alhamdulillah, sampai juga ke Mesir. Perancangan yang agak lama untuk sambut bayi. Bukan untuk melancong. Kakak ipar saya disini, menunggu masa untuk melahirkan.

Memang perancangan kami untuk berada di sini tidak lebih dari 14 hari. Jadi tertanya-tanya perlu ke visa? Sampai terpaksa call Embassy of Egypt di Malaysia. Kalau google tak jumpa pula jawapan.

Visa ke Mesir 2015 untuk masa kurang 14 hari

Untuk sekarang ini, tahun 2015 (melainkan ada pindaan semasa tahun anda baca ni) untuk ke Mesir kurang dari 14 hari, tak perlu buat visa.

Kami agak kelam kabut sebab tiba-tiba dapat informasi kata kena buat visa sebab ada adik kawan kakak ipar pergi Mesir dan dia buat visa, jadi dua hari sebelum terpaksa buat call lagi sekali untuk pengesahan.

Menurut pegawai di Embassy of Egypt, tak perlu buat visa untuk kurang 14 hari. Kalau lebih 14 hari , memang perlu. Harga? Saya tak pasti.

Kalau anda tak tahu, dan tiba tiba dah nak dekat fly baru tahu kena buat visa dimana anda nak travel lebih dari 15 hari, anda boleh buat visa on arrival di Mesir, kalau tak sempat buat di Malaysia.

Jadi jangan risau. Cuma kat Mesir agak kelam kabut bila di airport. Bagi saya, better buat kat Malaysia la.

Visa ke Mesir 2
Pemandangan Mesir dari atas. Rumahnya petak petak semua heh

Semasa Sampai di Lapangan Terbang Mesir

Seperti saya cakap tadi, semasa sampai, memang kelam kabut di airport.

Sehingga satu jam kena beratur untuk cop passport. Dengan masyarakat yang tak reti beratur, main pintas pintas, dengan tak faham bahasa, dengan 1 lane jadi 4 lane, pening kepala. Bersabar je la!.

Kalau anda sampai di Airport Mesir terus amik lane sebelah kiri, jangan ambil sebelah kanan, sebab suka hati dia lane tu buat jadi 4 baris.

Dan pastikan anda isi borang untuk bukan rakyat Mesir . Borang dia warna pink, boleh ambil di meja kat tengah2 barisan. Ada. Kami memang tak tahu pada mulanya, mujur masa tukar lane ke kiri terperasan ada form tu. Isi la. Kalau tak memang membzair masa beratur lama-lama tapi tak isi.

Visa ke Mesir 3

Dan Alhamdulillah, sampai juga di sini! Mesir!

All pictures taken by Xiaomi Mi4i Smartphone!

4 COMMENTS

  1. saya ingat saya nak travel ke Mesir…. nak lawat kawan. Boleh tahu, yg nak dapat chop passport tu, orang Mesir dengan orang bukan Mesir ke…
    Kalau tunggu masa tu, ada nampak macam nak reda tak?
    ke memang takkan reda orang kat tempat tu…
    salam….

    • Assalamualaikum En Rizal

      ….dah pergi Mesir ke? Kalau dah pergi, ingin nak tau sama ada rakyat Malaysia perlu mohon visa atau tidak.

      TQ

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

CommentLuv badge