Assalamualaikum..

Makin kecoh kisah Shila Amzah, ND Lala dan Sharnaaz sekarang ni.. Aku tak menyebelahi siapa siapa.. tapi bagi aku lebih baik hormat dulu ibu bapanya.. Bak orang kata, nak ambil anaknya, kena ambil hati keluarganya juga…

Terbaru Dato Siti Nurhaliza memberi kata kata semangat untuk Shila Amzah dan menasihati Shila agar tidak terlalu mengikut perasaan.. Ha.. Pesanan bukan takat untuk Shila Amzah sahaja, tapi kalau ada diantara anda yang mungkin menghadapi masalah yang sama, boleh lah ikut kata nasihat dan semangat dari Dato Siti Nurhaliza..

Dato Siti Nurhaliza yang telah mengeluarkan kenyataan beliau di Astro Awani turut menegaskan bahawa kita sepatutnya mendapat restu ibu bapa dalam apa jua keadaan.. Dahulu, Dato Siti juga mengalami situasi yang sama dimana sukar untuk mendapat restu dari ibu bapa.. Tambah beliau, jika jodoh itu milik kita, insyaAllah walau apa jua keadaan sekalipun, tetap akan bersama…

Ha.. dengar tuh.. jangan nak loklak sangat nak ingkar… Memang sepatutnya mendapat restu dari ibu bapa… Jom tengok video nasihat dari Dato Siti Nurhaliza untuk Shila Amzah

 

Kata Siti : Memang Siti memahami situasi Shila dan ND Lala. Shila memerlukan suara dan haknya jugak. Sebenarnya tidak salah tetapi pada masa yang kita juga tidak boleh melupakan ibu bapa. Sebab Siti dulu pun melalui keadaan yang sukar. Macam Siti dulu, selagi ibu bapa tak restu, memang Siti takkan mendahulukan mereka. Kalau ada jodoh itu, buat macam mana pun, kalau Allah dah tulis dalam Luh Mahfuz, itulah jodoh kita.

1 COMMENT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

CommentLuv badge