i & Lifestyle

Tuntut Ilmu Blogging di Seminar Buat Duit Dengan Blog 2013 #SBDdB13

IMG_20130521_110511
Written by Norfanil

Anda pemilik Homestay atau Hotel? Ingin saya review Homestay atau Hotel Anda? Peluang kini dibuka! (KLIK)

Assalamualaikum..

Fuhhh… Alhamdulillah.. Berpeluang juga Cik Norfa pergi Seminar Buat Duit Dengan Blog 2013.. Sebelum tiba hari seminar, setiap hari Cik Norfa tengok orang update pasal Seminar Buat Duit Dengan Blog 2013,.. Teringin nak pergi.. Hari hari terakhir sebelum mulanya Seminar Buat Duit Dengan Blog, dapat PM dari bro Denaihati, katanya ada orang nak sponsor saya… Selepas fikir akan satu hari semalam, bersetuju laaa.. Alhamdulillah.. Berpeluang juga pergi walaupun dalam kekurangan…

Cik Norfa plan dengan Maza nak pergi sana naik LRT… Kebetulan malam tu dia daftar last minutes… Kalau ikutkan perancangan asal nak naik Motor direct dari Taman Bukit Angkasa ke Hotel Singgahsana.. Dah search google maps dah.. dan tahu laluan ke sana.. Tapi tak jadi.. Pergi naik LRT.. terjumpa pulak blogger makan makan Hazman Fadzil dalam LRT.. hehe.. segan silu je nak tegur.. Cakap 2 patah diam.. tanya 5 patah diam.. hahaha..

Sampai Hotel Singgahsana, dah nampak blogger blogger..tapi tuh.. segan silu sikit nak join..sebab tak kenal.. Cik Tom pon tak jumpa.. Kalau jumpa Cik Tom boleh speaking ganu.. hhehehe…

Apa yang ada kat Seminar Buat Duit Dengan Blog?

IMG_20130521_110511

First!!!.. ada Hilal Azmi.. tak kenal pun dia sebenarnya dan tak tau pun Hilal Azmi seorang pengacara.. Tapi sejak tau dah pasang niat nak ambil gambar tapi tak sempat.. Lagipun DSLR dah takda. Tuan dia dah amik.. yang tinggal hanya Ninetology jeee..Tuh pun agak payah nak amik gambar sebab dia tak dapat catch pergerakan..

Second..!! ada Forum blogger Hebat! Yes.. Cik Norfa tak nafikan, Forum blogger hebat untuk Seminar Buat Duit Dengan Blog 2013 mencapai matlamat Cik Norfa dan tujuan Cik Norfa ke sana.. Nisa Kay yang  tak pernah jumpa, just stalk instagram telah  membuat perkongsian yang menarik.. Jangan pandang remeh dengan orang yang suka letak gambar sendiri dekat blog.. Itu adalah cara untuk promosi kan diri kepada advertiser.. Ok!! Fikir positive..


cats

Dapatkan kain pasang Daun Anzalna yang superb cantik sementara stok masih ada.. Gile ramai masuk order! Cepat!..

Koleksi Ariani Lebaran 2016

Then, dapat ilmu dari En.Titan mengenai affiliate.. orang yang paling Cik Norfa tunggu tunggu untuk mendengar perkongsian ilmu.. dan Alhamdulillah.. perkongsian menarik mengenai affiliate dan tanda tanya menegenai affiliate dah terjawab.. Cara En.Titan berkongsi sangat sempoi.. Hilang semua ngantuk.. Lepas ni oleh suruh En.Titan buat talk lagi.. heheeh

Dan ada juga Ikhwan Nazri, CEO amanz.my dan juga Shuth, founder wangcyber.. Shuth merupakan orang pertama memperkenalkan E-book di Malaysia.. Kata Shuth, buat e-book paling bagus sebab takda modal.. Kita dapat untuk 100%.. berbanding penerbitan buku.. Tapi nak fikir ebook apa nak buat tuh makan masa sikit..  Ikhwan Nazri pulak berkongsi mengenai Iklan digital, dan bagaimana Amanz.my boleh survive dengan meletakkan iklan exclusive saja dan cara meletakkan pakej iklan…

Third, Rayyan Haries si traveler comel pun ada buat perkongsian mengenai blog beliau yang pernuh dengan angan angan cik Norfa.. Heheh.. Sangat minat travel.. Tapi ada kekangan buat masa sekarang.. Perkara paling penting Cik Norfa nak kongsikan hasil dari kata kata Rayyan Haries, “value yourself”.. Jangan berasa rendah diri.. Dan sentiasa hargai diri sendiri dalam apa jua sekali pun..

Amacam.. banyak tak ilmu.. rugi tau tak join.. Tapi takpe.. Insya Allah kita minta Tuan Denaihati buat lagi akan datang..

Karipap Mini Sedap dan Cabutan Bertuah?

Seminar Buat Duit Dengan Blog 2013 bukan sahaja bagi Ilmu, tapi dapat makan.. Hehehe.. Sedap sangat Karipap Mini yang telah di sponsor oleh seorang blogger Ejam Othman.. Tapi malang nya sekarang dah habis.. tunggu hari nak order balik je ni., So sesiapa yang nak order Karipap Mini Sedap boleh ke facebook Sedapnya Karipap Mini..

Dan.. Banyak sangat cabutan bertuah ada .. Lebih kurang 30 hadiah.. Tapi masih bukan rezeki saya.. InsyaAllah, kalau Allah kata ada rezeki ada la ia.. Tahniah pada kawankawan blogger yang dapat Cabutan Bertuah… hehe.. bak mai sikit tuah tu.. Supaya saya pulak bertuah lepas ni…=P

IMG_20130519_100039

Heh.. Gambar tak banyak sangat.. sebab fokus kang.. hehehe… Terima kasih Denaihati yang anjurkan Seminar Buat Duit Dengan Blog 2013.. Sangat superb!!.. Maaf sekiranya saya tak bertegur.. Bukan sombong..tapi tak reti nak menegur.. Hehe.. Memang saya happy dalam internet je.. Kalau kat luar makan masa sikit…

#

About the author

27 Comments

Leave a Comment

CommentLuv badge

TENTANG NORFANIL

25. Pemegang Ijazah Sarjana Muda Perakaunan (Universiti Malaya).

Merupakan blogger sepenuh masa dan juga freelancer

Suka makan, suka tidur, suka travel dan suka aktiviti lasak. Tidak suka jatuh cinta!

Advertorial? Review? Jangan segan-segan hubungi saya. [su_button url="mailto:[email protected]" target="blank" background="#f899ce"]norfanil @ gmail.com[/su_button

MY fanpage

SUBSCRIBE

[mc4wp_form]

© 2015. Norfanil - Salute to Life. All Rights Reserved. Powered by NR Network