Assalamualaikum…

Story of the week. Setelah seminggu kisah Shila Amzah dan Sharnaaz berlalu kini , hangat pulak cite Fizz Fairuz dan Tunang nya.. Azlyn.. baru je bertunang 10 Februari 2013 yang lepas secara rahsia, semalam Fizz Fairuz membuat kenyataan bahawa Fizz Fairuz telah memutuskan pertunangan kerana mendakwa Azlyn merupakan isteri ke dua seorang usahawan muda. Azlyn dikatakan oleh Fizz berkahwin 4 hari selepas majlis pertunangan mereka.. Tunang Fizz Fairuz Bukan Isteri Orang…

Almy Nadia juga turut meminta agar Fizz berubat. Berikutan kenyataan Fizz Fairuz yang terasa diri tertipu dan dipermainkan

“Saya benar-benar tertipu dan tidak menyangka tunang saya itu isteri orang.
“Khamis lalu, saya menerima mesej dari kawan kepada adik wanita tersebut dan menjelaskan status sebenar. Malah saya juga sudah berjumpa dengan suami wanita itu pada Sabtu lalu”
Berikutan daripada kontroversi tersebut, Fizz turut memohon maaf kepada Almy Nadia secara terbuka.
“Kepada semua, saya mohon maaf terutamanya Almy Nadia. Saya tertipu dan sakit sekarang. Ini ujian terbesar sepanjang bergelar anak seni.

“Saya turut berasa pelik kerana tujuh tahun mengenali Almy Nadia, saya sukar mengikat tali pertunangan tetapi setahun bersama wanita itu saya terus bertunang.”

Hari ini, keluar pula berita di akhbar Berita Harian, Azlyn mendakwa Fizz Fairuz berbohong mengenai perkahwinannya bersama usahawan itu.

Saya tergamam dan terus menangis, tergamak dia mengeluarkan tuduhan yang sedemikian. Pelik kerana tanpa usul periksa, dia seberani itu menjatuhkan maruah saya dan keluarga. Saya berani menyatakan, tidak pernah berkahwin sepanjang 26 tahun usia ini. Dia boleh periksa di mana-mana pejabat agama atau bertanya sendiri kepada ibu bapa perihal sebenar status diri saya. Kalau pun saya sudah punya suami selepas bernikah di sempadan, takkan emak bapa saya tidak menghalang saya berkahwin lain? Kami masih ada agama, tahu hukum hakam. Jangan jatuhkan air muka mereka dengan cerita sebegini. Andai sudah tidak lagi menyayangi, saya boleh terima kenyataan, tetapi bukan dengan cara mengaibkan orang tua saya. Emak dan ayah saya turut menangis mengenangkan apa yang dilakukannya (Fizz).

Menurut Azlyn , Fizz bukan hanya berjumpa dengan keluarganya pada hari pertunangan, tetapi dia telah diperkenalkan oleh Azlyn kepada ayahnya lebih awal memandangkan Azlyn anak bongsu yang rapat dengan ayahnya. Malah, menurut Azlyn, Fizz turut diperkenalkan dengan ibu saudaranya yang tinggal di Australia.

Berita lanjut boleh dapatkan sisipan akhbar Berita Harian, HIP …

#p/s:

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

CommentLuv badge