Gedung Raja Abdullah

Hi,

#TSDayOut Selangor Meets Sarawak 2015 dah habis, tapi masih demam-demam lagi haha. Pertama kali dapat email jemputan dari Tourism Selangor menyatakan saya terpilih untuk menyertai #TSDayOut kali ni. Sungguh la sangat teruja sebab bukan senang nak terpilih. Tapi Alhamdulillah, rezeki.

#TSDayOut Selangor Meets Sarawak 2015 kali ini berlangsung selama 4 hari 3 malam di dua tempat iaitu Selangor dan Sarawak. Tapi hanya 1 hari sahaja di Selangor untuk kami teroka tempat bersejarah melalui treasure hunt sebelum terbang ke Sarawak selama 3 hari bersama Air Asia.

TSDAyOut Banner

Kami bermula di Klang, Selangor, bergerak dari Pejabat Tourism Selangor pada pukul 9 pagi ke Klang untuk memulakan aktiviti Treasure Hunt : Klang Heritage Walk.

Ingatkan Klang tak ada apa-apa, apabila di teroka, rupanya banyak yang saya tak tahu mengenai Klang. hehehe. Nampak sangat mind set tak betul.

Kami dibahagikan kepada bebarapa kumpulan, dan saya bersama Raw dalam satu kumpulan. Memandangkan ada teammates tak datang, saya sahaja la manusia yang pakai baju biru lain warna dari orang lain =.=. Ingatkan salah baju, rupanya teammates tak datang.

Treasure Hunt – Kenali Tempat Bersejarah di Klang

Treasure hunt kami bermula di 1909 The Royale Gallery yang menyimpan barangan diraja.

Tugasan yang pertama, kami diminta untuk menghiburkan pengurusan sebelum diberi kertas tugasan treasure hunt yang sebenar-benarnya. Bila sebut sahaja pasal nak hiburkan orang, sumpah! tak tahu macam mana nak buat. Saya dengan Raw dua-dua pemalu bila nak hiburkan orang (ye ke? haha). Betul la, saya suh Raw nyanyi, dan Raw suruh saya nyanyi.. Last-last dua dua krik krik krik fikir nak buat apa…

Klang Heritage Walk Treasure Hunt Tourism Selangor

Tapi mujur…… En. Saad buat pengumuman “Siapa yang datang kepada saya dahulu, tak perlu buat apa-apa. Dapat percuma.” Lebih kurang macam tu la ayat dia.

Terus laju saya berlari.. hahahaha… Dan alhamdulillah. Kami berdua terlepas bahagian hiburan! hahahahha.. Cheat? Rezeki namanya ..kekeke. (ini memang akan dikenang.. Thank you En. Saad! )

Lepas tu dapat la kertas! Ada 25 soalan yang diberikan melalui pantun. Ini katanya idea En. Saad. Pecah kepala nak fikir apakah nama tempat dan barang yang tercoret dalam pantun tu. Google pon tak dapat jawapan! Main jiwa betul!. Mujur ada Raw, so dia tahu sikit pasal Klang, nak dibandingkan dengan saya yang tak tahu apa apa. Tau angguk je hahaha.

Selepas meneliti 25 pantun berkerat-kerat tu, kami mulakan dengan mencari khazanah di Raja di Sultan Abdul Aziz Royale Gallery : 1909.

Adakah anda tahu,

Ini ibu kepada Sultan Sharafuddin Idris Shah AlHaj, bernama Raja Nur Saidatul Ihsan Binti Tengku Badar Shah.

Ibu kepada Sultan Sharafuddin Idris Shah, Raja Nor Saidatul Ihsan

Adakah anda tahu,

Barangan sebesar ini berharga RM1 sahaja?

Barangan Harga RM1 di Sultan Abdul Aziz Royale Gallery

Adakah anda tahu,

tragedi yang berlaku 3 bulan selepas pertabalan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Alhaj?

Buaya sepanjang 22 kaki ditangkap pada 14 September 1961 di Sungai Klang oleh Encik Mohd Salleh bin Abdul Karim. Katanya tanda kedaulatan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Alhaj.

Peristiwa 3 bulan selepasn pertabalan sultan salahuddin

Adakah anda tahu,

songket ini ditenun dengan 5000 benang?

Songket 5000 benang

Banyak lagi yang menarik yang perlu anda tahu dengan melawat The Royale Gallery ini.

The Royale Gallery, Klang

Dah habis dah?

Belum… itu baru The Royale Gallery, tak masuk lagi Bandar Klang.. Ai, tak sabar nak habis nampak. Kami baru berjaya jawab 10% soalan treasure hunt. heh.

Di Bandar Klang,  memang sesuai untuk mereka yang suka akan Sejarah. Dan Klang antara bandar yang unik dan menarik dari segi budaya dan juga seni binaan bangunan.

Kita mulakan dengan ini…

Adakah anda tahu,

sebuah kopitiam yang dikenali ramai yang sentiasa penuh dengan kunjungan pelbagai bangsa tidak kira Melayu, Cina dan India? Kopi kaw kaw, nasi lemak, roti bakar dan telur separuh masak menjadi taruhan.

Ini dia Chong Kok Kopitiam antara yang popular di Klang.

Chong Kok Kopitaim Famous Klang

Adakah anda tahu,

di Klang juga mempunyai Kilometer 0 (KM0)?

Adakah anda tahu,

ini adalah Gedung Raja Abdullah yang menyimpan biji timah?

Gedung Raja Abdullah

Adakah anda tahu,

ini Balai Bomba & Penyelamat Kota Raja yang mempunyai seni bina cantik bercirikan Victoria yang dibina pada tahun 1890-an.

Dan adakah anda tahu, didalam Balai Bomba & Penyelamat Kota Raja terdapat sebuah kotak besi yang tidak boleh dibuka sampai bila – bila, kerana tiada anak kunci. Tak caya, pergi la jengok!

Bomba & Penyelamat Kota Raja

Gambar kotak mana? Tak ada sebab kami tak tau ada kotak yang tak ada kunci dalam balai ni =.= haha

Ok.. sambung lagi…

Adakah anda tahu,

Kuil Sri Nagara Thendayuthapani adalah kuil tertinggi di Klang?

Kuil Sri Nagara Thendayuthapani tertinggi di Klang

Adakah anda tahu,

Masjid India Muslim Klang menjadi nadi perpaduan masyarakat India Muslim di Klang? Baca lagi mengenai Masjid India Muslim Klang di Kosmo.

Masjid India Muslim di Klang

Adaakah anda tahu,

Kuil Sri Nagara Thendayuthapani, Masjid India Muslim dan juga Rumah Berhala Kwan Im Klang digelar sebagai 3 segitiga budaya kerana berkedudukan bentuk segitiga.

Adakah anda tahu,

terdapat jambatan 2 tingkat yang diberi nama Jambatan Kota di Klang yang dibina oleh Syarikat British pada tahun 1957? Jambatan ini merentasi Sungai Klang.

Jambatan Kota di Klang

Adakah anda tahu,

Ini adalah keris yang saya nak bagi dekat bakal suami saya untuk diselit di samping beliau? eh.. hahaha. Gurau je.

Ini adalah tugu Keris yang menjadi mercu tanda Bandar Diraja Klang.

Tugu Keris di Klang

Adakah anda tahu,

Sebuah bangunan lama dari luar negara yang diberi nama Standard Chartered yang menjadi institusi kewangan pertama di Klang kini menjadi gedung pakaian sari yang diberi nama Chenai?

Adakah anda tahu,

Istana Alam Shah adalah istana yang ditanggung sepenuhnya oleh Sultan Alaudin Sulaiman Shah yang dibina pada tahun 1905 yang mempunyai 15 buah bilik?

Istana Alam Shah dibiayai oleh Sultan Alaudin Sulaiman Shah

Adakah anda tahu,

anda boleh lakukan semua ini di Klang?

Budaya Menarik di Klang

Budaya Menarik di Klang 2

Nampak tak bertapa banyak gambar yang tak ada? Itu menandakan, kami bagi jawapan yang salah dan sekaligus, kami tak menang Treasure Hunt ni!

Tapi tak apa, apa yang kami jumpa dan belajar mengenai sejarah di Klang ini sangat bermakna. Tak tahu jadi tahu. E

Selepas habis treasure hunt  kami terus check-in di Hotel Empire Subang.

Hotel Empire Subang 6

Keterujaan sejenis manusia apabila jumpa lobi yang ada cermin bahagian atas.. haha

Hotel Empire Subang 5

Hotel Empire Subang 1 Hotel Empire Subang 2

Terima kasih untuk malam yang sangat awesome dan terbaik dari Hotel Empire Subang. Bilik hotel best, buka je TV ada nama Siti Norfa Liana. Oh sem! haha

Nyenyak tidur sampai ke pagi. Tak sempat Jessy nak ambil gambar bilik, saya dah selerakkan bilik! Haha.

Dan makanan yang sedap gila. Sangat jarang jumpa hotel yang mampu sediakan makanan tradisional cukup rasa :D. Kuih ketayap oo kuih ketayap.. hehe

Cerita akan datang?

Bagaimanakah perasaan apabila missed flight? hahahaha…

Stay tune!

3 COMMENTS

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

CommentLuv badge