Sarawak River Cruise 13

Selepas sehari kami berada di Selangor, pukul 4 pagi kami bergerak dari Hotel Empire Subang menuju ke Lapangan Terbang Kuala Lumpur 2 (KLIA 2) untuk menaiki penerbangan Air Asia ke Kuching, Sarawak.

Kami ada 2 kumpulan, kumpulan pertama terdiri dari pengurusan Tourism Selangor dan kumpulan kedua dari kalangan blogger dan media.

Perkara paling tragis sekali terjadi pada kami semua yang membeli tiket secara berkumpulan apabila kami terlepas flight =.=.

Ini pertama kali terlepas flight dalam hidup? Haha. Asics Pas Cher Tak la, saya dah biasa terlepas flight atau terlepas bas. Memang dah biasa. hehe..

Macam mana boleh terlepas flight? ada sedikit masalah semasa check in. Soldes Fjallraven Kanken Menurut polisi baru Air Asia, check in di kaunter secara berkumpulan tidak boleh dilakukan untuk kumpulan melebihi 9 orang.

Take note ye rakan-rakan. Kalau lebih 9 orang kena buat check-in di website.

Sepanjang nak tunggu penerbangan seterusnya, macam-macam gelagat boleh tengok. Terfikir la juga, apa yang boleh dilakukan apabila missed flight ataupun stranded? Ada yang siap buat entry blog sementara tunggu penerbangan seterusnya. Saya, krik krik main handset yang tak ada game. nike tn femme Haha. Nak siapkan entry blog tak ada feel.!

Apa boleh dilakukan apabila missed flight 2

Tunggu punya tunggu, siap boleh pergi makan dekat Medan Selera KLIA 2. Harga tak ada la mahal memuncak sangat. Harga standard sebuah medan selera.

Tepat jam 12.30 tengah hari, akhirnya dapat juga kami terbang ke Sarawak. Terima kasih kepada Cik Renuga dari Tourism Selangor dan juga Cik Puteri dari Air Asia yang bertungkus lumus pastikan kami dapat ke Sarawak juga. Hehe..

Selamat datang ke Kuching, Sarawak!

Kedatangan kami disambut baik oleh En. Nazrieman dari Sarawak Tourism Board. Walaupun kami terlepas trip jalan-jalan bandar Kuching, tapi kami tetap gembira dapat bersama Sarawak Tourism Board.

Selamat datang ke Sarawak

Memandangkan sesi pagi dah terlepas, kami terus check in di Hotel Imperial yang terletak di Jalan Datuk Tawi Sli, Kuching. Dekat je dengan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching, hanya 5-6km sahaja ke Hotel Imperial. Dalam 15-20 minit perjalanan.

Lepas check in, terus siap-siap pergi ke Kuching Waterfront untuk naik River Cruise sepanjang Sungai Sarawak sambil layan sunset!

Sarawak River Cruise di Kuching Waterfront

Sarawak River Cruise merupakan salah satu tarikan pelancongan di Negeri Sarawak. Fjallraven Kanken Perjalanan Sarawak River Cruise selama 1 jam 30 minit.

Harga Sarawak River Cruise: a) 2.30-3.30 petang RM45 seorang b) 5.30 petang – 7.00 malam (Sunset) -RM60 seorang

Sarawak River Cruise 3

Sarawak River Cruise mempunyai dua bahagian iaitu bahagian atas untuk pelancong melihat pemandangan sepanjang Sungai Sarawak dan bahagian bawah untuk mereka yang ingin melakukan sebarang event atau gathering secara berkumpulan.

Sepanjang perjalanan, anda boleh menikmati air free flow dan juga kek lapis yang dihidangkan di atas cruise.

Sarawak River Cruise 2

Banyak mercu tanda negeri Sarawak yang boleh di lihat apabila menaiki Sarawak River Cruise dan sepanjang perjalanan, tour guide akan memberikan penerangan untuk setiap satu bangunan yang dilalui.

Bangunan Dewan Undangan Negeri Sarawak

Bangunan Dewan Undangan Negeri Sarawak

Bangunan Dewan Undangan Negeri Sarawak adalah dewan undangan tertua di Malaysia yang ditubuhkan oleh Raja Muda Charles Brooke, atas arahan Raja James Brooke pada 8 September 1867.

Bangunan Astana

The Astana, SarawakBangunan Astana ini sangat unik. Ia terletak di seberang Sungai Sarawak. Bangunan Astana memiliki sejarah tersendiri.

Bangunan ini adalah gabungan 3 bangunan yang dicantumkan menjadi satu. Ia dibina oleh Rajah Kedua, Charles Brooke pada tahun 1870 sebagai hadiah perkahwinan kepada isterinya yang deri gelaran ‘the Ranee Margaret’.

Kini bangunan Astana diubahsuai dan dijadikan kediaman rasmi Yang di-Pertua Negeri Sarawak.

The Square Tower (Detention Camp)

The Square Tower (Detention Camp)

Bangunan ini dibina pada tahun 1879 bertujuan sebagai kem tahanan untuk banduan. Berbentuk segi empat yang dikenali sebagai The Square Tower, kemudunai bangunan ini digunakan sebagai kubu pertahanan.

Ia turut digunakan sebagai dewan tarian pada suatu ketika dahulu.

Masjid Bahagian Kuching

Masjid Bahagian Kuching Masjid Bahagian Kuching merupakan produk pelancongan Islam di Sarawak dan merupakan mercu tanda di bandaraya Kuching. Merupakan masjid pertama dibina di Bandar Kuching pada tahun 1947. Masjid ini dirasmikan oleh Yang Di-Pertuan Agong Malaysia pada 20hb September 1968 yang boleh menampung 4,000 jemaah.

Kediaman Ketua Menteri Sarawak

Kediaman Ketua Menteri Sarawak

Dipenghujung sungai Sarawak sebelum River Cruise berpatah balik, kita akan jumpa Rumah Ketua Menteri Sarawak iaitu Taib Mahmud. Agak besar rumahnya.

Kampung Nelayan

Kampug Nelayan Sarawak 2

Sepanjang perjalanan Sarawak River Cruise, kita boleh lihat dua dunia berbeza. Pembahagian Sungai Sarawak boleh lihat beza antara Kampung Nelayan dan juga kawasan bandar.

Lagi gambar pemandangan yang menarik sepanjang menaiki Sarawak River Cruise,

Sarawak River Cruise 10

Sarawak River Cruise 9

Sarawak River Cruise 4

Sarawak River Cruise 13

Kami juga turut di tontonkan dengan tarian tradisional kaum di Sarawak.

Bangunan Dewan Undangan Negeri Sarawak Bangunan Dewan Undangan Negeri Sarawak

#TSDayOut di Sarawak River Cruise

Seronok!. Melayan sunset!

Bagi anda yang taknak naik cruise, boleh naik tradisional bot! Tu pun layan!

Habis menyusuri sungai Sarawak dengan Cruise, kami terus ke Topspot untuk menikmati makanan laut yang popular di Sarawak.

Topspot Tempat makanan laut popular di Sarawak!

Kata pelancong, setiap kali datang Sarawak, wajib singgah makan seafoad di Topspot Sarawak. Sebab apa? Ramai yang kata disini makanan laut sangat murah dan sedap. asics homme pas cher Memang khas untuk penggila seafood. Topspot Tempat Makan Seafood Sedap di Sarawak Pertama kali jejak kesini, terkejut dengan lautan manusia yang ramai tidak kira bangsa. goedkoop nike air max 2016 Dan yang pastinya apabila tengok makanan atas meja, penuh pinggan menandakan disini adalah syurga seafood. Walaupun anda nampak banyak tulisan cina di papan tanda kedai, jangan risau disini kedai muslim. Dan kalau dapat dilihat, tidak kira kedai mana pun, tetap melayu ada yang makan. Jadi jangan risau la. Yang penting Yakin.

Topspot Tempat Makan Seafood Sedap di Sarawak Udang Tepung

Topspot Tempat Makan Seafood Sedap di Sarawak Oyster Pancake

Oyster Pancake? Wajib cuba ni! Top faveret yang makan di Topspot.

Topspot Tempat Makan Seafood Sedap di Kari Siput Buluh

Siput Buluh masak kari! Oh! Maveles

Topspot Tempat Makan Seafood Sedap di Sayur Midin Goreng

Disini juga popular dengna sayur Midin. Fresh, dan lembut. Sedap gila.

Topspot Tempat Makan Seafood Sedap di Sarawak Ikan Siakap Masam Manis

Ikan siakap

Topspot Tempat Makan Seafood Sedap di Sarawak Sup Ikan Yu

Sup seafood!

Topspot Tempat Makan Seafood Sedap di Sarawak Sotong Kicap

Sotong masak kicap! Fresh..

Terliurkan tengok gambar? Sangat la rugi kalau pergi Sarawak tak makan kat sini. Sekali makan pasti nak datang lagi. Oh. Sarawak memang syurga Seafood!

Habis 1 hari di Sarawak. Sungguh seronok. Balik terus tidur dengan nyenyak di Hotel Empirial Kuching sebab esoknya kami akan melawat orang utan dan berkayak!

Sarawak Imperial Hotel 2

Sarawak Imperial Hotel

Sarawak Imperial Hotel 3

Post seterusnya? Bagaimaa kuat nya kami berkayak sejauh 11km..

1 COMMENT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

CommentLuv badge