i & Lifestyle i & Travel

#TSDAYOUT 2016 – Boleh saya race menuju ke hati awak? eh?

tsdayout-2016-sepang-1000km-endurance-race-2016-4
Written by Norfanil

Anda pemilik Homestay atau Hotel? Ingin saya review Homestay atau Hotel Anda? Peluang kini dibuka! (KLIK)

Hi, long time no see..haha

Baca tajuk, macam nak mintak kaki.. Hahahaha.. Sabar la ye.. Kisah 3 September 2016 yang lepas, masih diberi peluang untuk join #TSDayOut tahun ini.

Mula-mula macam taknak join sebab nak pergi Johor, tapi bila fikir balik, bila lagi nak bergumbira dengan rakan-rakan blogger, dah lama kot tak jumpa dieorg. Finally, fikir balik, takpe la, join je.

Untuk tahun ni ada #TSDAYOUT hanya sekali sahaja, tak macam tahun lepas.. Dua kali.. Lama juga tunggu ni.. Ingatkan dah tak ada, rupanya ada.

Yang pernah join mesti nak join lagi, sebab aktiviti-aktiviti dari #TSDayOut memang tak mengecewakan.

Untuk tahun ni, kami cover 4 tempat menarik di Selangor dengan tema Race Your Heart Out antaranya :

1. Paya Indah Wetlands, Selangor.

Paya Indah Wetlands, Selangor terletak di Dengkil, berdekatan dengan KLIA, Putarajaya dan Bangi.

Kalau ikut sejarah, Paya Indah Wetlands ni dulu bekas kawasan lombong biji timah dan hutan paya bakau. Selepas 7 tahun diberhentikan aktiviti melombok, ia telah dibuka kepada umum pada 13 Oktober 2001. (rajin betul baca sejarah ye Norpa?) haha..

Paya Indah Wetlands, mempunyai kawasan seluas 3,100 hektar dan kini telah berkembang menjadi sebuah kawasan alam semula jadi . Boleh dikatakan sekarang sebagai salah satu tempat pelancongan di Negeri Selangor.

Antara aktiviti yang kami buat kat sini adalah :

  • a) Mari mengenali Wildlife haha.. Ada buaya dan juga Badak Air.
  • b) Mari berbasikal – Ya ampun.. Semput tahu?
  • c) Mari meneropong Putrajaya
  • d) Mari bersonata musim luruh .. eh? haha
  • e) Mari berkayak ditemani pokok teratai.. romantika chapter 1
  • f) Mari memancing, u jump i tengok je – romantika chapter 2
  • g) Mari pecut balik,
    “Hai guys, masa tinggal lagi 10 minit.”
    “Kita ada lagi 10 minit la..”
    “Eh. ye ke? cepatnya”
    – romantika end.. hahaha.. (abaikan)
tsdayout-2016-paya-indah-wetlands-selangor-3

Encik Crocodile..

Selepas habis berlari lari di Paya Indah Wetlands, kami gerak ke Sepang International Circuit. Ada race katanya. Terus la teruja bila dengar race. !

2. Sepang 1000km Endurance Race 2016

Mula mula macam blur je, apa benda Sepang 1000km Endurance Race 2016 ni. Bila dah dapat penerangan baru la paham. Apa yang paham? Haha.. Apa yang saya dengar, race ni melibatkan 181 pusingan. Setiap team akan hantar 4 orang racer bertukar ganti untuk habiskan 1000km.

Paling best bila dapat masuk circuit sebelum bermulanya race. Tapi boleh tahan panas jugak la waktu tu.. Tabahkan hati sebab ni pengalaman pertama.. hehe..

Dan antara artis yang join Sepang 1000km Endurance Race 2016 adalah Zizan dan ….. saya lupa nama dia.. Tapi dieorg satu team la. Not bad Zizan and team. Leading masa kami kat sana. Masa kami dah balik, kami tak pasti la.. hehe.. sebab nak habiskan 181 pusingan tu malam baru habis.

Dapatkan kain pasang Daun Anzalna yang superb cantik sementara stok masih ada.. Gile ramai masuk order! Cepat!..

Koleksi Ariani Lebaran 2016
tsdayout-2016-sepang-1000km-endurance-race-2016-7

Ready?

3. Sepang International Circuit Tour

Insan insan terpilih je dapat join Tour ni. Siapa? Kami la hehehe. Lepas lunch kami terus ikut Tour yang diketuai oleh staff dari Sepang International Circuit.

Dari bilik monitor race, bilik press conference, podium kemenangan sampai la ke tempat media membuat liputan dan juga belakang tabir service kereta. Sepelusuk alam kami masuk.. Capek jugak la…..

Sepang International Circuit Tour mempunya dua kawasan iaitu Kawasan utara dan Selatan. Masing masing mempunyai kepanjngan laps tersendiri iaitu 2.71 km dan 2.61km. Arah laluan mengikut arah jam.

tsdayout-2016-sepang-international-circuti-tour

Monitoring proses. Kot kot la ada orang main tipu kan..

4. Sepang International Kart Circuit – Main Go Kart Weh!

Dah lama dah tahu kat sini ada Go Kart, tapi biasala. Takde kawan nak gi main.. So tak main la. Kali ni berpeluang main Go Kart.. terus la teruja.. tapi dalam masa yang sama macam.. takut pulak aku… Sebab kereta Go Kart ni kan kecil.. Tak macam kereta tu..

Sepang International Kart Circuit ni  sepanjang 1.247km dan lebar 10m. Mempunyai 11 selekoh mencabar sehinggakan norpa berpusing di atas litar.. Haha..

Pengalaman weh…

Tapi bila dah main, “ala.. dah abis dah?” haha.. tau pun..

tsdayout-2016-sepang-go-kart-circuit-6

Ehem… orang sebelah tu jaga jaga ye..

Haha. tu la 1/3 kisah kami di #TSDayOUt 2016 : Race to Your Heart.. eh.. Salah salah.. Race Your Heart Out! laaa.. Ada lagi 3 episod.. nak tahu sambungan?

Layan dulu video ni..

Thank you kepada Tourism Selangor, Sepang International Circuit, Sepang International Kart Circuit, Tourism Malaysia, Tvs dan semua yang sponsor.

Kalau takda anda, tak ada la #TSDayOut 2016 yang awesome!

 

#

About the author

Leave a Comment

CommentLuv badge

TENTANG NORFANIL

25. Pemegang Ijazah Sarjana Muda Perakaunan (Universiti Malaya).

Merupakan blogger sepenuh masa dan juga freelancer

Suka makan, suka tidur, suka travel dan suka aktiviti lasak. Tidak suka jatuh cinta!

Advertorial? Review? Jangan segan-segan hubungi saya. [su_button url="mailto:[email protected]" target="blank" background="#f899ce"]norfanil @ gmail.com[/su_button

MY fanpage

SUBSCRIBE

[mc4wp_form]

© 2015. Norfanil - Salute to Life. All Rights Reserved. Powered by NR Network