i & Blog

Treasure Hunt Ephyra Bersama Bloggers

Written by Norfanil

Anda mempunyai produk? Ingin saya review Produk Anda? Peluang kini dibuka! Email ke norfanil[@]gmail.com

Hi hoi..hehe

Sabtu lepas sempat join Treasure Hunt Ephyra hasil pujukan bro KID yang entah ke berapa kali. Mula mula tak rasa nak pergi sebab tak ada geng dan ingankan kena bentukkan geng sendiri, then after KID bagitau organizer akan bentukkan geng baru la #ciknorpa join.

Mujur la masa tuh penyertaan masih dibuka.

Treasure Hunt Ephyra start pukul 11.00 tapi pukul 9.00 pagi dah ada kat Putrajaya. Serius #ciknorpa tak pernah pergi Putrajaya naik ERL. erk.. Ni firstime bayar RM9.50 naik erl dari Kl Sentral ke Putrajaya. Sampai sana sudah sedia Melastik Bintang ambil kiteorg yang naik ERL.

Perjalanan ERL dari KL Sentral ke Putrajaya

Sempat tangkap gambar sekeping dua dalam ERL.

Untuk treasure hunt kami dibahagikan kepada 7 kumpulan. 1 kumpulan ada 4 orang. #ciknorpa dapat group dua, satu group dengan Qaseh Dalia, Ujang dan juga kak Eyzamiel. Dah nampak dah semua muda muda. Haha.

Tugasan Pertama.

Kami kena minum Ephyra dan buat instavideo. Tak boleh mengelak sebab dah awal awal kena kira markah dah. =.=.. #ciknorpa buat tapi sangat la segan nak tengok video sendiri. Bila dah minum abis ephyra baru tengok video kat instagram. Sangat la kelakar.. dan dan .. patutnya kena sensor sebab ada watak belakang tabir.. Maaf kak.. tak sengaja.. Si ujang pulak sedap dia rakam.. hahha..

Tugasan Kedua.

Kami kena pergi ke Taman Botani untuk pencarian tanda pokok dan jenis jenis nya di sana. Excited sebab kami first group sampai. Penat jugak la nak cari satu persatu. Memandangkan kami terawal strategi kami adalah ambil gambo papan yang ada sebelum tulis. kekeke. Si Qaseh tukang tulis. Yang lain sibuk mecari.

Banyak, dan kebanyakkannya nama pun pelik pelik.. Yang tak leh blah yang last. Mujur la nampak bentuk kotak yang digunakan walaupun percubaan kali pertama salah. beria ingat 515. Rupanya 516. Mujur Abe Kid bagi klu sebelum tuh. “Eh tengok betul betul, betul ke tak nombor tuh”..tetttt… dah tau dah salah.. kekeke..

Task 2 ephyra treasure hunt

 Tugasan Ketiga 

Ini memang berani mati punya. Tapi bertuah kami sebab tak kena hon oleh pengguna jalan raya.. keke.. Dalam hati risau juga la kang apa apa jadi. Tapi Alhamdulillah, semua peserta selamat. Yang penting gambar masing masing yang selfie mengancam habis. Ada yang melompat, ada yang selfie sorang sorang.

Tapi kami, semua duk selfie je. Lepas 2 3 minit terus blah untuk next task. Konon nak cepat la ni..

Duk beria ria nak cepat ke tempat seterusnya iaitu KLIA 2 boleh pulak kena speed trap hahaha. Nasib la.. Ujang yang drive kot..

2014524113324

Tugasan di KLIA


IKLAN BERBAYAR


Tailor dah start ambil tempahan baju raya. Korang dah dapat kain belum? Ha.. Tahun ni tren songket printed tau.. Sekarang dah masuk batch ke 3. Songket Dokoh Pastel dan Terang, Songket Bintang.

Sehari 100 pasang terjual. Design Exclusive dan limited.. Lambat abis kena borong dengan mereka... Boleh visit catalog www.djennaexclusive.blogspot.com untuk dapatkan kain pasang songket yang superb cantik sementara stok masih ada.. 

Kain Pasang Songket

 

Bila dah sampai ke KLIA2 ingatkan singgah sekejap je. Rupanya 3 4 tugasan menanti di sana.. Boleh katakan bateri handset abis dekat situ je sebab kena record video dan upload gambar sebanyak mungkin. Mujur ada rakan-rakan prihatin yang bagi kongsi powerbank .. #ciknorpa bawa powerbank, tapi belum apa apa lagi dah standby untuk charge YES sebab takot lepas 8 jam tak ada bateri. Naya..

Tugasan ke 4 di KLIA2 kena penuhkan nama kedai yang ada dekat KLIA 2.. itu kacang je, sebab pakai sign board. hehe. Then kena ambil gambar dengan seorang foreigner. Speaking london la walaupun hampeh terabur. haha

Tugasan ke 5 tak leh blah kena cari lelaki yang pakai baju biru dan terangkan pasal Ephyra. Kami jumpa jejaka pakai baju biru, tapi warga indonesia pulak pak.. haha. Mula mula nak terang nak record video hampes dia tak paham. “saya enggak paham..enggap paham”.. bila cakap hanya dengar sahaja baru dia paham. sampai ngan #ciknopra sekali cakap indon..haha..

Tugasan ke 6 kami kena cari perempuan berbaju turquoise dan berambut panjang untuk terangkan lagi sekali pasal #ephyra. Mujur la girl ni sporting. Sekali shoot je terus jadi. Ini giliran Qaseh Dahlia pulak terangkan. Keke. #ciknorpa tukang rekod je..

Tugasan ke 7.. Masih lagi mencari orang dan record video. Ini takleh belah sebab kena cari 3 orang pelancong asing. First attempt kita orang jumpa sekumpulan warga Indian. Bersemangat cakap la dengan untie untie tuh, last last uncle tuh reject konon takut tertinggal flight.  Frust jugak sposen.. Tak sporting.. hehe

Then turun bawah, jumpa satu family Indian ni. Terus main tolak tolak aku kau sapa nak cakap omputih. #ciknorpa jugak yang kena. broken english betol! Mujur dieorg sporting. Kalau tengok video pon best senyum senyum. Million thanx la kat Uncle sekeluarga sebab faham dan sporting..

Maafla Video Senget. Excited sangat lupa record pakai apps Insta.. hehe.

Tugasan ke 8.. Kena cari makanan paling pedas di KLIA 2.. grr.. Ini payah sebab banyak kedai makan tak buka lagi. Terutama kedai makan indon. Oleh kerana makanan kat sana mahal, kami cuba jugak cari kat Jaya Groceries. Baik punya pedas kata penjual tuh, rupanya letak sebotol serbuk cili pun juri Eizil, MB dan Anarm tetap kata tak pedas. Hampeh.. Kuah ala ala bolognese tapi tak pedas. Mujur harga RM13 je.. haha….

Ephyra treasure hunt 2

Bila dah abis cari makanan yang tak berapa nak pedas ni, sempat kami rehat setengah jam dan solat sebab kami group paling awal. Ada group yang tak sempat cari makanan pedas so terpaksa la stop dan move to tempat lain.

Tugasan di Booth Epyra di Jom Heboh Putrajaya.

Lepas rehat di Petronas kiteorg kena gerak ke Booth Ephyra Jom Heboh Putrajaya. Ikut instruction kena park dekat PICC dan naik shuttle bus ke tapak Jom Heboh. Tapi disebabkan tempat parking PICC agak jauh dengan shuttle bas kami skip naik bas dan parking kat tapak Hari Belia. grrr.. Rupanya lagi jauh. Dekat 20-30 minit berjalan dari tapak Hari Belia ke Jom Heboh..

Penat gile!.. tapi gara gara nak menang gagah kan diri jugak.. haha..

Bila dah sampai kiteorg la team first sampai. Ingatkan dah abis. Rupanya belum…

Kena buat last tugasan iaitu main bola sambil tutup mata. Grr.. Ingatkan senang je, rupa-rupanya buta terus. Kena lawan dengan team 7, team yang ke 2 sampai di booth. Mujur ada Qaseh Dahlia tukang tendang suka hati. Gol jugok. #ciknorpa tak tau apa apa sedar sedar dah gol! hahaha..

Si Ujang pulak bagi arahan tapi tak tau untuk sapa…

Ephyra treasure hunt 3 Ephyra treasure hunt 4

At last dah habis jugak…

dan Team Kiteorg JUARA!!!! kekeke..

Alhamdulillah..

Penat lelah berjalan jauh..

Team work yang hebat. Semua benda berkongsi.. Kongsi powerbank, wifi.. #ciknorpa sampai buat booster semata untuk Ephyra Treasure Hunt. Pastu share share ngan teamates yang dah abis bandwidth. lagi lagi kat Jom Heboh ada gangguan internet.

Dan lagi satu…. berkongsi duit kena bayar SPEED TRAP! hahahaha.. ujang, bayar cepat cepat.. Nanti kena bunga mahal pulak! ;P..


IKLAN BERBAYAR


Tailor dah start ambil tempahan baju raya. Korang dah dapat kain belum? Ha.. Tahun ni tren songket printed tau.. Sekarang dah masuk batch ke 3. Songket Dokoh Pastel dan Terang, Songket Bintang.

Sehari 100 pasang terjual. Design Exclusive dan limited.. Lambat abis kena borong dengan mereka... Boleh visit catalog www.djennaexclusive.blogspot.com untuk dapatkan kain pasang songket yang superb cantik sementara stok masih ada.. 

Kain Pasang Songket

 

Pemenang Ephyra treasure hunt

Well, thanz a lot to organizer yang buat Ephyra Treasure Hunt best gila!.. Terbaiklah Team Denaihati. Dan tahniah untuk semua peserta yang berjaya habiskan treasure hunt. Semua pemenang sebab semua dapat hadiah. kan?

Tahniah Korang..

Ephyra rockkss!!!

Peserta Ephyra treasure hunt

About the author

11 Comments

Leave a Comment

CommentLuv badge