i & Blog

Tips Pengiklanan Untuk Blog

Written by Norfanil

Anda mempunyai produk? Ingin saya review Produk Anda? Peluang kini dibuka! Email ke norfanil[@]gmail.com

Assalamualaikum.. Hari ini nak cerita sikir pasal tips pengiklanan untuk blog.. Agak kekeringan idea bila duk terperuk kat rumah, susah sebenarnya nak cari idea untuk bercerita. Selepas baca entry 5 Cara Mendapat Pembaca Setia di blog Kak Kujie, baru rasa relief sikit otak ni..

Entry ni khas untuk mereka yang nak tahu mengenai pengiklanan yang ada untuk blog. Saya sebagai blogger just kongsi apa yang saya tahu dan jenis iklan yang anda boleh guna untuk blog..

  1.  Nuffnang

Semua blogger pasti tahu pasal syarikat pengiklanan nuffnang. Sekarang nuffnang dah lebih maju berbanding dahulu. Kebanyakkan blogger pakai iklan dari nuffnang di blog untuk menjana income. Tapi macam biasa ramai yang mengeluh sebab income yang di terima lambat mencapai amount untuk cash out.

Tips untuk nuffnang:

  • Selalu update profile blog di nuffnang
  • Selalu bodek bodek sikit.. (buat entry la)
  • Loyalty.. Setia selama 3-4 tahun

Loyalty, sebenarnya blogger yang sabar bersama nuffnang akan dapat banyak rewards dan sponsored posts selepas 3 atau 4 tahun.. Serious saya cakap, kalau sekarang anda dah sampai 2 tahun setengah atau 3 tahun menggunakan nuffnang, just stay with it untuk dapatkan pulangan yang tinggi kemudian hari.. Dan paling lumayan kalau anda berada di Kuala Lumpur dan Selangor.

Dengan hanya bersabar.. Memang la iklan sedia ada susah nak dapat melainkan kalau dapat CPUV.. Dengan CPUV saja kalau trafik hangat anda boleh dapat RM30 untuk satu iklan.. Tapi kena usaha la.. Beruntung siapa yang pakai Nuffnang sekarang ni, sebab tak macam dulu.. Setahun baru boleh cash out.. Tak caya tanyala otai otai.

         2.  Komli

Selain dari nuffnang Komli jadi kegemaran blogger yang dah berjinak dengan dunia berita semasa. Iklan komli macam biasa ada CPC, dan CPM. Kalau CPM pastikan trafik tinggi baru boleh dapat income, kalau CPC menunggu orang click baru dapat income. Pengalaman aku sendiri pakai komli, fungsi reject dan accept tuh sangat berguna kalau traffic tak tinggi. Pilih mana iklan yang relevan dengan keadaan satu masa, dan reject mana yang tak berkenaan.  Untuk pengetahuan, di sebabkan pembayaran melalui USD membuatkan bloggers sangat gemarkan KOMLI..


IKLAN BERBAYAR


Tailor dah start ambil tempahan baju raya. Korang dah dapat kain belum? Ha.. Tahun ni tren songket printed tau.. Sekarang dah masuk batch ke 3. Songket Dokoh Pastel dan Terang, Songket Bintang.

Sehari 100 pasang terjual. Design Exclusive dan limited.. Lambat abis kena borong dengan mereka... Boleh visit catalog www.djennaexclusive.blogspot.com untuk dapatkan kain pasang songket yang superb cantik sementara stok masih ada.. 

Kain Pasang Songket

 

Tapi masih berpegang pada term periklanan, trafik penting untuk menjana income dengan komli..

          3. Innity

Innity tak boleh nak cakap banyak.. Kalau blog anda menepati syarat, terus je apply iklan innity. Sangat sangat berbaloi untuk blog anda dan saya admit it was a best advertiser ever..

          4. Google Adsense


IKLAN BERBAYAR


Tailor dah start ambil tempahan baju raya. Korang dah dapat kain belum? Ha.. Tahun ni tren songket printed tau.. Sekarang dah masuk batch ke 3. Songket Dokoh Pastel dan Terang, Songket Bintang.

Sehari 100 pasang terjual. Design Exclusive dan limited.. Lambat abis kena borong dengan mereka... Boleh visit catalog www.djennaexclusive.blogspot.com untuk dapatkan kain pasang songket yang superb cantik sementara stok masih ada.. 

Kain Pasang Songket

 

Ini iklan paling payah nak dapat. Sama ada anda betul betul layak untuk dapat ataupun anda sebenarnya yang apply sendiri untuk mendapatkannya. Google Adsense mengutamakan blog berbahasa Inggeris. Kebiasaannya bloggers yang pakai google adsense dan blog dalam bahasa melayu merupakan blogger yang terpilih oleh Google sendiri untuk menggunakan google Adsense. 

Keras saya nyatakan kat sini, sekiranya blog anda berbahasa Melayu, dan anda apply google adsense menggunakan blog bahasa inggeris ataupun mengambil service dari orang lain, bila anda pasang di blog bahasa melayu anda, kebarangkalian untuk akaun google adsense anda di block adalah tinggi. Ramai sebenarnya yang saya nampak, bila pasang google adsense tak sampai seminggu, dapat notifikasi dari google menyatakan iklan adsense di block. Itu di sebabkan blog anda tak menepati syarat untuk memasang google adsense walaupun alasan dia berikan adalah fraud click.

Nak cuba banyak kali boleh, tapi kalau bukan anda di pelawa untuk menggunakannya , agak payah untuk survive melainkan seperti saya nyatakan di atas..

Maximisekan penggunaan Support 

Saya lately banyak juga hantar support pada syarikat pengiklanan yang saya guna. Untuk apa? Kadang kadang untuk meminta penjelasan dan apa yang tak di fahami boleh tanya terus. Support di nuffnang sangat penting untuk anda yang menggunakan nuffnang di blog. Tak salah nak bertanya, tak salah nak mengetahui kenapa.. Sentiasalah bertanya “why” dengan apa yang berlaku supaya anda dapat penjelasan dari mereka..

Nota Norfa: Malas, rajin, malas.. Takkan nak kena lambung syiling baru rajin kot? Duit takkan datang bergolek, melainkan kita berusaha mendapatkannya… Alhamdulillah.. Rezeki datang dari Allah..

About the author

17 Comments

Leave a Comment

CommentLuv badge