i & Lifestyle

Tips Memilih Pasangan Hidup dari Ustaz Azhar

tips memilih calon dari UAI
Written by Norfanil

Anda pemilik Homestay atau Hotel? Ingin saya review Homestay atau Hotel Anda? Peluang kini dibuka! (KLIK)

Assalmualaikum..

Rajin pulak aku nak bagi tips kat korang.. Haha.. Tips ini di ambil dari UAI yang sekarang dah kahwin tiga. Alhamdulillah.. Rezeki UAI.. Hehe.. Yang nak cuba tambah lagi boleh gak. Cuba tips ni.. Hahaha…. Isteri yang baca ni, jaga jaga dengan suami anda.. hahahaha..

Antara tips yang oleh di gunakan untuk memilih pasangan hidup…kata UAI..

1. Ketika mencari calon janganlah mencari isteri, tapi carilah ibu bagi anak-anak kita. Janganlah mencari suami, tapi carilah ayah bagi anak-anak kita.

2. Ketika melamar, anda bukan sedang meminta kepada orang tua/wali si gadis, tetapi meminta kepada Allah melalui orang tua/wali si gadis.

3. Ketika akad nikah, anda berdua bukan menikah di hadapan penghulu, tetapi menikah di hadapan Allah.

4. Ketika resepsi pernikahan, catat dan hitung semua tamu yang datang untuk mendoa’kan anda, kerana anda harus berfikir untuk mengundang mereka semua dan meminta maaf apabila anda berfikir untuk BERCERAI kerana menyia-nyiakan do’a mereka.

5. Ketika malam pertama, bersyukur dan bersabarlah. Anda adalah sepasang anak manusia dan bukan sepasang malaikat.

Dapatkan kain pasang Daun Anzalna yang superb cantik sementara stok masih ada.. Gile ramai masuk order! Cepat!..

Koleksi Ariani Lebaran 2016

6. Selama menempuh hidup berkeluarga, sedarilah bahawa jalan yang akan dilalui tidak melalui jalan bertabur bunga, tapi juga semak belukar yang penuh onak dan duri.

7. Ketika rumah tangga goyang : jangan saling berlepas tangan, tapi sebaliknya justeru semakin erat berpegang tangan.

8. Ketika belum memiliki anak : cintailah isteri atau suami anda 100%

9. Ketika telah memiliki anak : cintailah isteri atau suami anda 100% dan cintai anak-anak anda masing-masing 100%.

10. Ketika ekonomi keluarga merudum : yakinlah bahawa pintu rezeki akan terbuka lebar berbanding lurus dengan tingkat ketaatan suami dan isteri.

11. Ketika ekonomi berkembang : jangan lupa akan jasa pasangan hidup yang setia mendampingi kita semasa menderita.

12. Ketika anda adalah suami : boleh bermanja-manja kepada isteri tetapi jangan lupa untuk bangkit secara bertanggungjawab apabila isteri memerlukan pertolongan anda.

13. Ketika anda adalah isteri : tetaplah berjalan dengan gemalai dan lemah lembut, tetapi selalu berhasil menyelesaikan semua pekerjaan.

Semoga ini bermanfaat pada anda.. Hikhikhik… Cepat cepat cari calon.. Jadi macam abang saya pon ok.. Calon lepas nikah…

#

About the author

2 Comments

Leave a Comment

CommentLuv badge

TENTANG NORFANIL

25. Pemegang Ijazah Sarjana Muda Perakaunan (Universiti Malaya).

Merupakan blogger sepenuh masa dan juga freelancer

Suka makan, suka tidur, suka travel dan suka aktiviti lasak. Tidak suka jatuh cinta!

Advertorial? Review? Jangan segan-segan hubungi saya. [su_button url="mailto:[email protected]" target="blank" background="#f899ce"]norfanil @ gmail.com[/su_button

MY fanpage

SUBSCRIBE

[mc4wp_form]

© 2015. Norfanil - Salute to Life. All Rights Reserved. Powered by NR Network