Tips Melupakan bekas kekasih

Hi korang,

Sebelum ni dah kongsi tips melupakan bekas kekasih dekat Instagram & facebook. Banyak juga feedback yang diterima. Tapi ini tips memang aku kongsi dari pengalaman aku sendiri.

Aku tahu bukan senang nak melupakan bekas kekasih. Tapi kalau bekas kekasih tu dah nak kahwin or dah berkahwin, kena la lupakan juga. Bahaya kacau rumah tangga orang. Jangan sekali kali kacau rumah tangga orang. Kalau ada suami orang nak ngorat pun , jangan! Sebab dia orang ni memang mulut manis.

10 Tips Melupakan Bekas Kekasih

  1. Buang Gambar
    Buang semua gambar dan conversation yang kau orang pernah simpan. jangan cheat.. buang semua..
  2. Delete friend dunia maya
    Tak kira la facebook ke, instagram ke, twitter ke, email ke. Delete semua. Jangan gatal pergi buat akaun lain nak stalk.
  3. Jangan stalk
    Jangan sesekali stalk bekas kekasih korang. Lagi korang stalk lagi sakit hati. So belajar hidup sendiri dan bahagiakan diri sendiri. Be happy!
  4. Delete no telepon.
    Ini paling susah sebab ada kala no telefon bekas kekasih memang ada dalam ingatan Kalau kau masih ingat no dia, kau cakap kat dia tukar no baru. haha.. Boleh pulak.

    Kalau tak boleh jugak, berusaha la untuk lupakan nombor telefon dia walau macam mana sekali pun. Tapi biasa akan lupa sebab ditelan masa. Sedar sedar dah tak ingat dah. Tapi memang makan masa setahun dua. Melainkan kau orang memang jenis pelupa.

    Untung kalau tak ingat nombor bekas kekasih ni. Sekali delete je, terus tak boleh nak contact dah. Ye la. Takkan nak minta lagi sekali kan.

  5. Buat dia benci
    Sampai satu tahap, kau tak boleh nak melupakan. So kau tetap kacau dia, mesej dia. Setengah bekas kekasih ni dia tak rimas. So dia biar je kau kacau dia. Tapi sesetengah ni jenis yang rimas. Lama-lama dia block kau! haha.. Padan muka!

    Tapi itu bagus sebenarnya. So bila dia benci kau, dia block kau. So tak boleh dah nak kacau dia. Bagus untuk kau, senang nak melupakan.

  6. Rebound
    Salah satu cara untuk melupakan bekas kekasih adalah buat rebound. Iaitu cari pasangan lain untuk melupakan. Tapi orang kata ni jahat. Kau mainkan perasaan org lain.

    Tapi ada setengah orang dia terbabas terjatuh hati. Bagi aku rebound ni best! haha.. balas dendam. Jahat tak jahat. Janji puas! erk..

  7. Cari Pengganti. Mak cari calon.
    Yes, cari pengganti gerenti boleh melupakan bekas kekasih. Tapi kau kena pastikan ini bukan rebound. Kalau rebound nanti kau yang sakit.

    Nak cari pengganti, tapi tak ada calon. Better suh mak kau yang carikan. Nanti kalau kau yang carikan lain pula jadi. Mana tau boleh dapat pengganti yang lebih baik. Eh.

  8. Sibukkan diri, Pergi bercuti
    Ini cara common yang biasa orang buat. Sibukkan diri dengan kerja, sampai tak berfikir langsung pasal bekas kekasih kau. Then pergi bercuti bersama kawan-kawan. Gerentu bahagia. Lupa terus.

    Tips melupakan bekas kekasih 2
    Aku bercuti kat Medan. Ops!
  9. Doa Mohon Mudah Melupakan
    Balik pada fitrah manusia. Bila susah cari Tuhan. Sepatutnya ini tips pertama. Tapi aku saja letak last-last. Macam mana sekalipun, jangan berhenti berdoa minta pertolongan dari Allah supaya mudah melupakan, dan dijauhi buat perkara-perkara jahat seperti balas dendam.

    Selain tu, mohon didekatkan Jodoh dengan orang yang baik.

  10. Ulang sehingga melupakan
    Kalau tak dapat melupakan bekas kekasih, sila cuba lagi. Selamat maju jaya. Haha

Dah 10 tips melupakan bekas kekasih aku kongsikan dengan kau orang. Bukan apa. Kan aku dah cakap, ini pengalaman aku.

Selepas 3 tahun kot, baru berjaya. Ye la, hubungan hampir 4 tahun, 3 tahun baru berjaya melupakan. Korang? Agak agak berapa lama baru berjaya melupakan? 

4 COMMENTS

  1. Emi pernah break up beberapa kali. Dan ternyata cara yg plg berkesan utk emi selain dekatkan diri pada Allah adalah sibukkan diri. Emi lgsg x cuba utk buang gambar2 dia, brg2 kenangan dgn dia. Emi buat tak tau je. Start buat bisnes online, aktifkan diri dgn blog. Byk luang masa dgn family. Hari2 doa semoga dijauhkan hati dr rasa dendam & benci. Semoga Allah ikhlaskan hati emi dan hati dia utk saling melepaskan. Dan semoga kami berdua masing2 dpt jodoh yg terbaik. Alhamdulillah, now dah fully move on 🙂
    bearyblossom recently posted..TEASER Ready To Wear (RTW) Raya 2015 by Yaya RoslyMy Profile

  2. Memang sakit la buat benda gini.. aku break ngan gf last year… skitar bulan may.. hubungan x lama la dalam 2 tahun.. aku time tu btul2 sayang dekat gf aku ni.. x sanggup nak lepaskan..kalaula ada duit time tu memang sj terus masuj minang x payah tunggu lama2.. tp ada satu masa tu.. aku ngan dia gaduh.. hati aku betul2 sakit.. last dah x tahan dah brapa kali dah.. sebabnya x payah la bagi tau kan.. then kitorang putus .. aku bagi kata putus walhal hati aku kata x mau putus.. dia nangis malam tu and kata “kalau ada sudah orang lain jangan pernah lupa by ya” .. malam tu aku dah x bole nak ckp apa.. tp sumpah srius aku bagi kata putus tp hati aku kata x sanggup nak putus.. dalam brapa bulan la x contact.. dalam brapa lama tu jugala hati aku sakit.. kadang stalk juga fb dia.. tngk pict2 kalau rindu.. then akhir skali dah x tahan aku cari orang lain bagi mngubat sakit and tanpa sedar aku bole trima and sayang dia tp mulanya x brapa sayang mcm ex aku tu.. masuk juanuari tahun ni.. ex aku tu tiba2 text aku smula and kitorang berkol.. nangisnya aku dengar suaranya masa tu..tp aku cakap dekat dia.. bukan aku x sayang bukan aku x cinta..kalau aku btul2 dah x suka ko.. memang aku x akan nangis and sakit hati macam ni.. aku bagilah jawapan aku bahawa aku suda ada orang lain .. aku minta maaf banyak2 dekat dia sebab aku bukannya lelaki tamak lagipun aku x pernah sentuh dia so rasa bersalah tu x la berat untukku tanggung.. dia nangis.. hatiku pun sayu dibuatnya.. tp apakan daya.. memang dah x bole undur waktu.. last thing dia cakap “ok la (nama aku).. aku trima kputusan kau.. tp jangan cari and tagih cinta dariku bila aku suda bahagia bersama dengan yg lain” sakit juga dengar dia ckp mcm tu.. tp ok la kerana sakit tu yg buat aku lagi kuat and terus sayang sm yg sekarang ni.. aku ada jg bagi tau gf aku yg sekarang lpas malam tu.. pasal yg kitorang ada texting and berkol.. siap saya bagi fb pass sy lagi bagi tngk chat kitorang and screenshot watsapp.. lpas malam tu ex saya masih ada texting tanya2 adala dalam 3 hari.. slalu juga on fb.. tp lpas tu dah x on smpai skrg.. and fon number dia pun sy dah delete.. demi betul2 untuk menghapus rasa sayang tu..

    Terus terang kedua2nya saya dah bagi tau.. saya bukan lelaki tamak.. and gf sy yg skrg ni btul2 buat saya happy..sangat selesa.. saya btul2 sayang dekat dia.. kalau ada rezeki.. sy x mau tunggu lama .. terus masuk minang

    Gf yg skrg ni pun sy x pernah sentuh lagi.. x smestinya nak kapel pada zaman skarang ni mesti nak sentuh dulu baru kahwin..skalipun dah zaman moden..

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

CommentLuv badge