i & Travel

Tips Melancong ke Maldives Untuk Honeymoon dan Bujang!

Picnic Island
Written by Norfanil

Anda pemilik Homestay atau Hotel? Ingin saya review Homestay atau Hotel Anda? Peluang kini dibuka! (KLIK)

Hi,

Hehe. Alhamdulillah, diberi kesempatan juga pergi ke Maldives selepas menang tiket flight Air Asia percuma semasa #TSDayOut tahun lepas.

Memang sedia maklum, di Maldives tempat penginapan agak mahal. Perancangan asal untuk pergi seorang diri, dan jual lagi 1 tiket. Tapi tiba-tiba, abang aku nak ikut. Jadi, terpaksa cancel jualan tiket .

Tapi untung la juga bila pergi dengan abang sendiri, jimat penginapan. Nak pergi dengan suami honeymoon, takde suami lagi Hahah.. So backpack je la. Padahal orang pergi Maldives semua bawak luggage.! kah!

Oh, entry ni pasal Male (cara sebut Ma-ley), Hulhumale (cara sebut Hul-hu-ma-ley) dan Maafushi (moo-fu-shi).

Tips Melancong ke Maldives

1 – Tiket penerbangan Air Asia

Buat masa sekarang, harga tiket penerbangan Air Asia ke Maldives tak menentu. Kalau beli awal masa promosi secara online boleh dapat murah. Kami tak risau sangat pasal harga sebab kami dapat Complimentary Ticket dari AirAsia. Cuma kami ada masalah tak boleh ambil flight pada public holiday.

Penerbangan Airasia pergi balik dari Kuala Lumpur ke Maldives buat masa sekarang hanya ada hari Selasa, Khamis dan Sabtu. Jadi kami tak ada pilihan dan kami pilih pergi hari Khamis balik hari Selasa 6 Hari 5 Malam. Nak pilih hari Selasa hingga Khamis, macam tak berbaloi. Kejap sangat.

Untuk anda nak beli tiket secara online, boleh dapat bawah dari 1k seorang. Kalau nasib baik, boleh dapat RM500 return seorang. Harga tiket kami? Erm.. RM3000 seorang, sebab beli dekat counter. Complimentary voucher memang tak boleh guna online. Mujur Rm3k tu free hahah.

Info AirAsia Complimentary Voucher 1

2- Hotel Penginapan

Memandangkan kami ada 6 hari 5 malam, kami pilih untuk stay 2 malam di Hulhumale, dan 3 malam di Maafushi.

Kalau anda seorang yang bajet, pilih hotel yang murah. Macam kami, di Hulhumale kami pilih Rani Beach. Mula-mula masa fikir nak pergi seorang memang target yang murah. Kami cek dekat website Hotels Combined.  Yang best bila cek hotel kat sini, dia buat comparison hotel yang murah dengan senarai jenis bilik yang ada. So boleh tengok lengkap!

Mula-mula cadang nak stay dekat UI INN, memang murah, tapi ramai komen kata bilik sempit. Aku pergi dengan abang aku, aku cek Hulhumale guna Hotel Combined memang susah nak dapat bilik Twin. Jadi disebabkan bilik di UI INN sempit dan tak ada twin bed, tak jadi stay di sana. Ye la, nak letak sleeping beg pun tak muat.

Then terjumpa hotel Rani Beach. Baca komen ramai cakap, gambar dekat Booking sama macam dekat sana. Comment pun positif. So dia tak tipu la. Dan bilik pun besar. Dekat pula dengan pantai. Masa tu ada promo Super Deluxe Room.  Then booked last minutes!

Oh, nak tahu sesebuah hotel tu bagus ke tak, friendly ke tak, boleh cek dekat Trip Advisor, Agoda, atau Booking. Then guna Hotels Combined.   untuk buat comparison untuk cari bilik yang murah.

Hotel Murah di Maldives Rani Hotel

Masa awal book aku dah dapat contact owner dia dekat Viber. Bagus sangat. Senang. Harga bilik USD 90 + 10 (airport Transfer) + 9 (Tax) = USD 110. Owner friendly, ada basikal boleh naik free keliling Hulhumale waktu malam.

Naik basikal keliling Hulhumale

Dekat Maafushi aku stay dekat Narnia Maldives. 3 minggu sebelum, aku cek, aku rasa mahal pulak. Then terpaksa ambil juga, sebab itu je yang last minutes murah dan ada twin bed. Cek dekat Hotels Combined juga nak tahu hotel mana ada twin bed. Ye la, takkan aku nak tidur untuk 3 hari lagi atas lantaikan.

Aku ada dua option, Narnia Maldives dan Shadow Palm. Tapi aku pilih Narnia sebab murah sikit walaupun tak ada orang recommend excursion Narnia. Dan alhamdulillah pilihan aku tepat, sebab di bahagian sebelah Kani Beach dan Shadow Palm, ada construction. Mungkin pembinaan hotel baru. So lega, tak de la kami dengar bunyi bising.

Narnia Hotel Maafushi Murah

Room rate 3 malam : USD 216++ (dah bayar guna kredit card Izni sebelum ke Maldives)

3- Rate Currency

Masa sampai kami decide nak tukar duit ke Maldivian Rufiyaa (MVR). So kami tukar USD 100 untuk pengangkutan dan belian makanan atau air.1 USD = 15 MVR. Kat mana-mana dia pakai rate ni. Termasuk kat pasar.

So better la pakai bayar guna Ruffiya. Tak rugi sangat. Tak payah fikir panjang-panjang. Tukar je. Sebab nanti nak balik Malaysia, tukar balik ke USD kalau ada lebih.

Hari kami nak balik Malaysia, kebetulan hari pertama penggunakan duit baru MVR. Macam duit Malaysia yang ala-ala plastik tu la. Dapat la simpan buat kenangan. Tak tau lagi bila akan pegi kan.

Tips Melancong ke Maldives -025

4- Pengangkutan di Hulhumale

Bila sampai di Lapangan Terbang Antarabangsa Ibrahim Nasir, staff hotel Rani Beach pickup. Aku memang malas nak fikir, suh je staff hotel pickup sebab dah tak larat. Jet lag kot. Haha.. Pukul 8 malam di Male = pukul 11 malam Malaysia.

Kat Hulhumale ada bas. Bas harga MVR 3 seorang (3 Rufiyaa). Bas mengelilingi Hulhumale dan boleh ke Jetty Hulhumale kalau nak ke Male City.

Ferry dari Jetty Hulhumale ke Male City  MVR 5.5 seorang . Perjalanan 10 minit ke Male City. Kami pergi Male City hari kedua saja jalan jalan di Male City. So dalam MVR 22 pergi balik + MVR 10 untuk hari ke tiga ke Male City.

Tips Melancong ke Maldives -025

5- Pengangkutan ke Maafushi

Awal-awal lagi dah plan nak naik Ferry ke Maafushi, bukan dengan speed boat. Sebab tu kami stay kat Hulhumale 2 malam. Jumaat tak ada ferry ke Maafushi. Orang solat jumaat. So plan asal kami ke Male City melalui Hulhumale dan naik teksi ke Viligili Ferry Terminal untuk ke Maafushi.

Harga teksi sepatutnya MVR 25 sekali naik tak kira ke mana-mana pun di Male City, tapi entah macam mana teksi tu kata, kalau ada bagasi/beg jadi MVR 35. Memandangkan dah sampai Jetty Terminal baru tahu, jadi bayar je la.

Ferry dari Viligili ke Maafushi MVR 16 seorang. Memang kami plan nak naik ferry yang makan masa 1 jam 30 minit paling cepat. Tapi entah macam mana, ada orang dari speed boat ajak penumpang ferry naik Speed Boat. USD 20 seorang.

Tips Melancong ke Maldives -025

Depan Ferry Ke Maafushi. Dah posing dah.. last last tak jadi naik haha

Aku masa tu diam lagi. Mahal kot. Then betul-betul last minutes kami dapat USD 25 untuk 2 orang. Kebetulan ada couple dari Indonesia juga. So dapat rate sama. Gila tak excited terus naik Speed Boat. Ini la rezeki. Tapi lupa nak ambil balik MVR 32 yang bayar untuk ferry. Haha

Selepas 20 minit perjalanan ke Maafushi, dalam hati syukur la juga. Kalau naik Ferry rasa 2 jam kemudian baru sampai. Dan aku tak rasa abang aku mampu bertahan naik ferry dua jam. So untuk kemudahan dia juga, bila balik semula ke Airport, kami naik speed boat juga USD 20 seorang x 2 = USD 40. Ini kami minta Narnia carikan.

Speed Boat pukul 4 petang. Tengok pada hotel juga la trip pukul brape. iCOM ada juga airport transfer tapi pukul 9 pagi, 12 tengah hari dan 5 petang. Kaani Beach mahal. USD 35 sorang. Memandangkan paling lewat kami boleh check out pukul 3.30, jadi kami guna airport transfer dengan Narnia je.

6- Makanan di Maldives

Sarapan pagi di Rani Beach memang sedap. Dia bagi makanan dia macam roti prata, makan bersama ikan dan parutan kelapa. Agak pedas tapi sedap. Siap ada kuih muih macam karipap. Dua hari kami makan benda ni.

Dapatkan kain pasang Daun Anzalna yang superb cantik sementara stok masih ada.. Gile ramai masuk order! Cepat!..

Koleksi Ariani Lebaran 2016
Tips Melancong ke Maldives -025

Oppss.. ada baju dan hanger.. sebab kami duk bahagian dalam kat rooftop ni.. Panas gile nak duk luar

Makan tengah hari dan malam? Haha. Kami jimat, bawak rendang makan dengan roti prata bawa dari Malaysia. Tapi tak bertahan juga. Beli air, roti dan biskut dekat kedai bawah hotel. Tapi kami tak makan nasi tak silap. Lupa daa..

Sebelum masuk Maafushi kami beli air botol mineral 1L 3 botol. Risau tak cukup air. Memang ngam-ngam air kami 3 hari sekali untuk makan maggi. heh.

Di Maafushi, Nania Maldives sediakan sarapan pagi memang tersedia dalam tempahan penginapan. Makan tengah hari memang ada dalam pakej excursion dari Narnia dan Shadow Palm untuk 2 hari. Makan malam hari pertama kami saja cuba Buffet Kaani Beach USD 12 seorang x2 = USD 26 inc tax.

Cuma hari terakhir kami melantak di Airport makan Thai Express.. USD 12 untuk 1 hidangan. Tapi berbaloi sedapnya! Haha.. Bayar jumlah USD 35 macam bayar RM35. Tak fikir panjang haaa.. USD 35  air dan makanan untuk 2 orang.

7-Excursion

Excursion rate la paling pening nak survey. Aku banyak baca dekat TripAdvisor. Baca komen hotel-hotel terpilih. Aku pilih 3 hotel, Narnia, Shadow Palm dan Kaani Beach. Orang kata ICOM murah, tapi ICOM dia single activity untuk newbie tak pandai berenang untuk snorkeling.

Memandangkan aku sampai Narnia pukul 4 petang, petang tu juga aku survey untuk night fishing. Tapi malangnya, tak ada trip yang aku boleh tumpang (masuk trip orang untuk dapat murah) samaada di Kaani Beach, Shadow Palm or Narnia. Narnia haritu busy sebab dia ada wedding pelancong asing.

So malam Sabtu tu kami just pergi makan buffet kat Kaani Beach. Aku survey terus untuk esok punya aktiviti. Memandangkan Narnia ada wedding dekat Picnic Island, so aku follow.

Hari Ahad kami pergi Picnic Island. USD 35 seorang termasuk lunch x2 = USD 70. Dan sebenarnya, itu picnic island yang kedua. Bukan yang utama. Geram juga aku. Kebetulan ada tour guide sampai kat island tu, kami sembang, dan dia yang cakap. Dah separuh hari kat situ baru aku tahu.

Picnic Island Maldives

Tapi ada hikmah! Sebab aku dah sruvey, setakat hari tu tak ada trip ke Picnic Island. Nak pergi sana kena minimum 8 -10 orang. Kalau tak speed boat mahal. So memang tak ada trip. Lagipun aku nak trip sekerat hari je.. Sebab nak pergi Night Fishing malam tu.

Picnic Island

Ini bukan Picnic Island hahaha

Night Fishing kami ambil dari Kaani Beach. Harga USD 30 seorang. USD 60 2 orang. Mahal? Sebab ini je satu-satu trip kat Kaani Beach yang kami ambil. Kata staff Kaani, kalau kami ambil next activity dengan mereka, baru la boleh bagi murah. Memandangkan trip tak kena hari, dan esok nya ada trip resort tour dan Andaaran, kami decided untuk tak ikut. Sebab kami tak minat tour tour ni. Full Day dan Mahal.  Resort tour USD 130 seorang dan Adaraan USD 90 seorang.. Jadi memang kami taknak.

Kalau anda yang pergi honeymoon dan memang plan nak pergi Resort Tour atau Adaaran, wajib la pergi.. Satu lagi Viligili Village..

Road to Night Fishing at Maldives

Road to Night Fishing at Maldives

Jadi esoknya hari Isnin, kami ambil Package Half Day Snorkeling dengan Shadow Palm. USD 37 seorang sekali dengan underwater picture. So total USD 74. Trip kami merangkumi  Turtles, Dolphins, Lunch di Sand Bank, Nemo Fish dan sting rays. Dari pukul 9 pagi sampai 3.30 petang.  Snorkeling dalam hujan dan ombak besar? Syok gila.. Dan syukur sangat mujur tak ambil Resort Tour atau Andaaran, sebab pukul 11 lebih hujan lebat sampai petang. Snorkeling takpe hujan-hujan pon.

Tips Melancong ke Maldives -032

Hari terakhir Selasa, kami buat water sport. Jumpa rakyat Malaysia kat sana. Kami naik Fun Tube 4 orang. Dapat USD 10 seorang. Total USD 20. Nak main lagi, tapi ombak macam kuat gila haritu. Angin pun kencang. Jadi kami balik bilik, packing-packing nak balik pukul 4 petang.

Sebenarnya, kalau bernasib baik, boleh dapat excursion rate murah. Biasa ada papan hitam yang tulis offer dekat depan hotel. Masa hari last, aku nampak offer Night Fishing USD 20 dekat depan Sun Tan Hotel. Offer dia memang tak menentu.

 Tips-Melancong-ke-Maldives-033

8- Male City

Kami pergi Male City masa hari Jumaat (hari ke dua). Hari Jumaat dan Sabtu, mereka cuti bekerja. Jadi meriah gila kut Male City. Kami pusing-pusing cari tempat menarik dan ke pasar berdekatan. Jangan risau, maps ada kat tengah-tengah Male City.

Pergi pasar minum kelapa muda USD 1 sebiji dan makan Pine Fruit.

Tips Melancong ke Maldives -032

Tips Melancong ke Maldives -032

Kebetulan dekat dataran ada event. Kami pun join sekali.

Tips Melancong ke Maldives -032

9- Souvenir

Kedai souvenir ada berdekatan pasar. Key chain paling murah USD 1 tapi aku tak berkenan. Beli yang USD 2. Fridge magnet paling murah USD 2.5 itu kalau beli banyak. Harga biasa USD 3. Ada kedai jual USD 4. Kena pandai cari kedai.

Orang kata lebih baik beli pakai duit MVR, penggenapan murah sikit. Tapi aku bantai je. Sebab risau MVR tak cukup. Sourvenier kami habis USD 35.

10- Maldivian

Hehe. Orang Maldives ni sama je macam Malaysia. Mereka orang Islam dan cara pemakaian perempuan Islam di sana sama macam Malaysia. Pakai Shawl kaler kaler, pesen tudung pun sama. Cuma depa gelap sikit je. Ye la duk pulau. Mujur aku cerah sikit, boleh beza haha.

Yang lelaki memang gelap la, sebab kerja dibawah terik matahari. Yang aku pasti Maldivian macam Bangladesh. Rasa memang keturunan dia kot sebab Staff Narnia selalu je bercerita pasal Malaysia banyak Bangladesh. Adik dia pun ada kat Malaysia.

So total perbelanjaan  kami?

Tips Melancong ke Maldives -036

So konklusinya, lebih baik la pergi berdua dari seorang. Ramai-ramai lagi syok. Sebab tu aku follow trip orang. Meriah sikit.. Boleh jimat juga dalam masa yang sama. Yang nak honeymoon boleh je candle light dinner tepi pantai Maafushi. Best? i don’t know la.. haha..

Semoga bermanfaat Tips Melancong Ke Maldives untuk Honeymoon dan Bujang ni…Yang pasti memang best woo Melancong ke Maldives.. Ada nak sponsor lagi? hehe

#

About the author

5 Comments

Leave a Comment

CommentLuv badge

TENTANG NORFANIL

25. Pemegang Ijazah Sarjana Muda Perakaunan (Universiti Malaya).

Merupakan blogger sepenuh masa dan juga freelancer

Suka makan, suka tidur, suka travel dan suka aktiviti lasak. Tidak suka jatuh cinta!

Advertorial? Review? Jangan segan-segan hubungi saya. [su_button url="mailto:[email protected]" target="blank" background="#f899ce"]norfanil @ gmail.com[/su_button

MY fanpage

SUBSCRIBE

[mc4wp_form]

© 2015. Norfanil - Salute to Life. All Rights Reserved. Powered by NR Network