i & Blog

5 Tips jadi penulis artikel yang bagus!

Tips jadi penulis artikel yang bagus 3
Written by Norfanil

Anda mempunyai produk? Ingin saya review Produk Anda? Peluang kini dibuka! Email ke norfanil[@]gmail.com

Ramai yang tertanya, macam mana nak jadi penulis artikel yang bagus? Penulis artikel bukan untuk professional seperti surat khabar sahaja, tapi boleh jadi pada blogger.

Sekarang ramai yang dah mula hire penulis artikel untuk blog terutama blog berita. Dan kebanyakan kerja yang diberi adalah penulis perlu olah semula berita di top media seperti Berita Harian, Utusan, Harian Metro dan lain lain.

Selain itu, tak dinafikan ramai blogger yang tak mampu nak tulis artikel dengan bagus. Sebab blogger biasa bercerita mengenai hal peribadi. Tapi kalau pandai cerita, hal peribadi boleh jadi artikel terbaik.

Tips jadi penulis artikel yang bagus 3

5 Tips jadi penulis artikel yang bagus!

1- Elakkan menulis cerita berunsur lucah

Untuk menjadi penulis artikel yang bagus, jangan sesekali menulis artikel berunsur lucah.. Kadangkala blogger ni mereka suka tulis Tajuk berunsur lucah untuk tarikan pembaca, tetapi dalam artikel tiada unsur lucah.

Tapi bagi aku lebih baik elakkan  artikel berunsur lucah. Ada dua kesan penggunaan apabila buat artikel berunsur lucah.

  1. Orang pandang serong pada blog tersebut
  2. Orang pandang serong pada penulis.
2- Elakkan melencong dari tajuk

Biasa bila menulis, tengok pada idea dan kerajinan. Bila ada idea dan rajin, terus mula menaip. Banyak kali terjadi pada aku sendiri, bila idea dah ada dan kerajinan dah ada, tiba-tiba apabila dah sampai setengah, boleh lost.

Kalau dah lost lebih baik berhenti menulis, berehat seketika ataupun sambung esok. Untuk mengelakkan menulis artikel merapu.


IKLAN BERBAYAR


Tailor dah start ambil tempahan baju raya. Korang dah dapat kain belum? Ha.. Tahun ni tren songket printed tau.. Sekarang dah masuk batch ke 3. Songket Dokoh Pastel dan Terang, Songket Bintang.

Sehari 100 pasang terjual. Design Exclusive dan limited.. Lambat abis kena borong dengan mereka... Boleh visit catalog www.djennaexclusive.blogspot.com untuk dapatkan kain pasang songket yang superb cantik sementara stok masih ada.. 

Kain Pasang Songket

 
3- Jangan sesekali copy paste.

Seorang penulis artikel yang baik tidak sewenang-wenangnya copy and paste artikel orang lain. Ini perkara yang paling tidak disukai oleh semua orang tak kira la blogger ataupun penulis dalam surat khabar.

Mereka memang pantang kalau ada orang copy paste artikel mereka kerana boleh merosakkan pagerank sesebuah blog.

Topik hangat suatu ketika dahulu, wartawan selar blogger copy cerita mereka. Kerana blogger dapat earn banyak duit tanpa perlu keluar cari cerita.

Tapi ada sesetengah blogger tak kisah blog dia di copy and paste asalkan diberi credit.

Boleh baca entry ini dari blogger Ariff Shah – Bagaimana Melaporkan blog copy paste untuk Blogger dan Wordpres.

Tips jadi penulis artikel yang bagus

Kredit to www.yourkidcanread.com

4- Banyak membaca

Nak jadi penulis artikel yang bagus kena banyak membaca, supaya apa yang kita tulis tu berasas. Bukan main tulis je.

Tidak dinafikan aku pun disuruh supaya banyak membaca tapi aku kalau membaca malas betul Hehe.


IKLAN BERBAYAR


Tailor dah start ambil tempahan baju raya. Korang dah dapat kain belum? Ha.. Tahun ni tren songket printed tau.. Sekarang dah masuk batch ke 3. Songket Dokoh Pastel dan Terang, Songket Bintang.

Sehari 100 pasang terjual. Design Exclusive dan limited.. Lambat abis kena borong dengan mereka... Boleh visit catalog www.djennaexclusive.blogspot.com untuk dapatkan kain pasang songket yang superb cantik sementara stok masih ada.. 

Kain Pasang Songket

 
5- Elakkan menulis khabar angin. Buat kajian!

Apabila menulis artikel, elakkan menulis khabar angin. Untuk jadi penulis artikel yang bagus cuba buat kajian melalui laporan yang valid. Kalau rajin lakukan interview dengan pakar untuk mendapatkan fakta yang betul.

Biasa perkara yang terlibat adalah kesihatan dan hal agama. Sekarang ramai yang main copy and paste je perihal agama. Tapi aku, lebih suka elakkan perihal agama, sebab takut tersilap.

Kesimpulan

Jadilah penulis yang beretika. Tak kira la anda blogger ataupun penulis background. 

 

About the author

7 Comments

Leave a Comment

CommentLuv badge