TIP JADI BAPA YANG TERHEBAT

dad

1. Jadi Pendengar Yang Baik
Anak-anak kecil sewaktu tumbesarannya amat aktif. Di usia inilah mereka banyak bercakap dan bertanya. Dalam kajian mengatakan kanak-kanak akan bertanya 20 soalan sehari secara berulang kepada ibu dan bapanya. Maka peranan anda adalah menjadi seorang pendengar yang setia. Sentiasa melayannya bercakap dan menjawab segala pertanyaannya itu walaupun tidak masuk akal. Mereka akan sentiasa rasakan diri mereka terhibur dengan anda walaupun jawapan anda tidak logik.

2. Mendalami Dunia Anak-anak
Dalam usia anda memasuki umur 27 hingga 29 tahun, ada anak yang telah berumur empat tahun. Pada usia mereka ini, anda haruslah bersedia dijadikan sebagai ‘ruang rujuk’. Ruang rujuk ini bermaksud situasi anak-anak menganggap bapanya sebagai rakan sepermainan.

Maka pada usia anda 27 hingga 29 tahun ini, anda harus bersedia untuk menjadi kanak-kanak riang semula. Mungkin anda harus menemani anak bermain jongkang-jongket, buaian putar, menaiki kereta kuda muzik bersamanya di pusat membeli belah ataupun taman tema dan sebagainya.

3. Tidak Boleh Penat
Jangan berasa penat dengan kerja-kerja menjaga anak. Jangan menolak ajakan anak yang ingin ke tempat permainan walaupun pada waktu itu anda penat dengan aktiviti seharian dan baru ke rumah. Bagi yang masih kecil, jangan berat hati untuk bangun di tengah malam semata-mata untuk membuat susu kepadanya. Bila sudah jadi bapa, kena ingat semua itu merupakan tanggungjawab anda.

4. Sentiasa Memeluk Anak Anda
Kajian mendapati jiwa anak-anak kecil akan semakin positif sekiranya dia dipeluk setiap hari oleh orang tuanya. Anak-anak juga kurang jatuh sakit jika dipeluk dengan kasih saying lebih daripada tiga kali setiap hari. Emosi mereka juga lebih stabil. Kuasa pelukan ini terbukti apabila anak-anak yang dipeluk kurang menangis berbanding kurang dipeluk.

5. Ikuti Cara Didikan Rasulullah SWT
Ajaran dan perlakuan baginda merupakan contoh terbaik untuk diikuti dalam mendidik anak-anak. Rasulullah sering memanjakan anak dan cucu sewaktu bermain-main dengan mereka. Baginda juga selalu memeluk mereka dengan penuh kasih sayang sambil memberikan nasihat berguna.

Rasulullah juga sering menziarahi rumah para sahabat Anshar dan memberi salam kepada anak-anaknya dan mengusap-usap kepala mereka. Walaupun mempunyai tanggungjawab yang besar, Rasulullah tidak pernah mengeluh. Ketika bersolat, Baginda masih lagi memangku Al-Husain di atas leher sewaktu menjaganya.

(Temu bual bersama Tuan Hj. Hushimi Hj.Salleh- Hushim Motivational & Counselling Consultancy –HMCC)

18 COMMENTS

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

CommentLuv badge