i & Lifestyle

Tips Beli Rumah Untuk Yang Pertama Kali

Pemandangan dari Apartment Parklane OUG Fasa 2- Orange
Written by Norfanil

Anda mempunyai produk? Ingin saya review Produk Anda? Peluang kini dibuka! Email ke norfanil[@]gmail.com

Hi,

Impian nak beli rumah sentiasa ada. Tak tahu kenapa keinginan nak beli rumah lebih tinggi dari keinginan nak beli kereta ataupun motor. Ye la. Motor dan kereta abang punya dah ada. Rumah je la asset yang nilainya semakin meningkat saban tahun.

Nak beli rumah kena ada ilmu. Belajar la sikit jangan nampak macam tin kosong sangat terutama pasal pinjaman dan kawasan sekeliling. Sedikit info untuk anda yang pertama kali ini membeli hartanah seperti di Parklane OUG.


IKLAN BERBAYAR


Tailor dah start ambil tempahan baju raya. Korang dah dapat kain belum? Ha.. Tahun ni tren songket printed tau.. Sekarang dah masuk batch ke 3. Songket Dokoh Pastel dan Terang, Songket Bintang.

Sehari 100 pasang terjual. Design Exclusive dan limited.. Lambat abis kena borong dengan mereka... Boleh visit catalog www.djennaexclusive.blogspot.com untuk dapatkan kain pasang songket yang superb cantik sementara stok masih ada.. 

Kain Pasang Songket

 

Tips Beli Rumah 

1.Kenal pasti bajet

Kalau nak beli rumah selepas dah kenal pasti kawasan yang dinginkan, kena kenal pasti berapa bajet sendiri. Jika ini merupakan rumah pertama ingin dibeli, kebiasaanya bank akan tawarkan 90% dari jumlah yang kita perlukan. Itupun kalau ansuran yang hendak di lakukan tidak melebihi 1/3 dari pendapatan kita termasuk apa-apa ansuran service yang lain.

Semasa mengenal pasti bajet sendiri, kena ingat caj lain seperti duti stem atau memorandum pemindahan yang mungkin membawa kepada kos beberapa ribu ringgit.  Sebagai contoh, jika anda mencari rumah untuk dibeli RM 600,000, caj tambahan-undang-undang yang akan dikenakan kepada anda mungkin hampir RM 30,000.

Tidak menolak kemungkinan kadar faedah meningkat pada tahun-tahun akan datang. Jadi kena buat bajet betul-betul supaya ansuran bulanan pinjaman kita tidak melebihi separuh pendapatan bulanan.

2. Kaji Kawasan Sekeliling Rumah

Ini sangat penting. Buat kajian kawasan sekeliling rumah seperti pengangkutan awam, restoran, sekolah, klinik, pusat membeli belah dan lain lain untuk kemudahan kita. Semua maklumat ini boleh di cari di Internet atau nak senang terus lawati PropertyGuru, siap ada maklumat seperti jumlah bilik mandi dan bilik tidur pada hartanah tersebut, keluasan rumah, kelengkapan rumah samaada separa siap atau sepenuhnya, dan usia hartanah.

Jika berminat untuk membeli hartanah di bawah pembinaan, kita boleh mendaftarkan minat dengan melawat di laman web pemaju hartanah. Apabila siap, mereka akan membuka galeri yang mengandungi unit yang berbeza untuk dipilih. Pilih sebuah unit yang diminati dan bayar yuran tempahan.

Apabila sudah buat tempahan dengan pemaju hartanah, bersedia untuk menunggu beberapa tahun sehingga hartanah siap kerana kebanyakan projek di Malaysia sedang dalam pembinaan apabila jualan dibuka kepada pembeli. Di bawah Akta Pembangunan Perumahan, kediaman hartanah perlu diserahkan kepada pemilik baru dalam tempoh 24 bulan dari tarikh menandatangani Jualan Perjanjian Jual Beli (SPA) dan 36 bulan untuk hartanah strata.

3. Lihat Hartanah

Jika berminat dalam hartanah, hubungi ejen yang terlibat dan mereka akan set temujanji untuk kita view hartanah tersebut. Salah satu perkara pertama yang anda harus tahu dari ejen adalah berapa lama mereka telah memasarkan hartanah tersebut. Jika hartanah baru di pasarkan, ada kemungkinan kita akan mendapat harga yang baik. Jika ia sudah berada di pasaran untuk jangka masa yang agak lama, harga boleh jadi agak tinggi, tetapi kuasa tawar menawar mampu mengurangkan harga.

Soalan-soalan lain yang perlu ditanya:

  • Hartanah tersebut pegangan pajak atau pegangan bebas
  • Yuran penyelenggaraan
  • Bilangan ruang letak kereta
  • Kadar sewa yang boleh di kenakan  sekiranya ingin disewakan
  • Hartanah tersebut untuk tujuan komersial atau kediaman

Sebagai pembeli, amatlah perlu untuk melihat kecacatan atau kebocoran seperti di bumbung samaada jubin hilang atau struktur yang retak. Ini kerana pembaikan boleh mencecah sehingga puluhan ribu ringgit. Maka rujuk sebaiknya pada pemilik atau agen hartanah tentang ‘title‘ pemilikan sama ada pegangan sementara atau tetap (leasehold atau freehold). Buat semakan sebaiknya dengan memastikan ketepatan serta kesahihan nama pemilik, alamat dan saiz keluasan rumah. Menyemak taraf pemilikan secara rasmi dpt membantu kita mengetahui tentang perkara-perkara yg tidak dinyatakan dalam iklan.

4. Periksa Harga dan Kejiranan


IKLAN BERBAYAR


Tailor dah start ambil tempahan baju raya. Korang dah dapat kain belum? Ha.. Tahun ni tren songket printed tau.. Sekarang dah masuk batch ke 3. Songket Dokoh Pastel dan Terang, Songket Bintang.

Sehari 100 pasang terjual. Design Exclusive dan limited.. Lambat abis kena borong dengan mereka... Boleh visit catalog www.djennaexclusive.blogspot.com untuk dapatkan kain pasang songket yang superb cantik sementara stok masih ada.. 

Kain Pasang Songket

 

Selepas semua dah selesa pasti kita terdoong untuk membeli. Walau bagaimanapun, sebelum membuat pembelian, sangat penting untuk berbual dengan jiran-jiran untuk mengetahui jika terdapat pembelian rumah yang terjadi baru-baru ini di kawasan itu dan berapa harga yang ditawarkan. Ini secara tak langsung adalah peluang terbaik untuk mengetahui lebih lanjut tentang keselamatan di kawasan kejiranan, perkembangan dan jenis kejiranan.

Kesimpulannya, sebelum membuat tawaran, ketahui dahulu dari institusi pemberi pinjaman kita berapa banyak mereka akan berikan kepada kita untuk membantu dalam penggubalan dan mendapat SPA dan mendatangani perjanjian pinjaman. Sebaik sahaja kita mempunyai pinjaman dari bank, menandatangani surat tawaran dan membayar deposit.

About the author

Leave a Comment

CommentLuv badge