Assalamualaikum..

Di saat bersendiri tanpa handphone berbunyi… terbuka account blogger.com yang dahulu semasa menggunakan platform blogger.. Kebanyakkan gambar di platform blogger akan disave di picasa web.. terpandang gambar mendaki Gunung Kinabalu.. teringat pulak kenangan indah semasa tahun pertama di Universiti Malaya..  Masa tuh excited benor bila dapat masuk Universiti Malaya, top University in Malaysia la katakan.. Tahun pertama duk di Kolej Kediaman Kinabalu aka Kolej ke 8… Best? banyak monyet.. hehe

Entry ni saya dah buat dulu..tapi memandangkan dah pindah ke wordpress, saya simpan entry bermula 2011 sahaja.. so entry before 2011 semua tak ada dah..

Tahun pertama porjek pertama Cik Norfa masuk adalah Projek Menggapai Kinabalu . Projek yang memberi kenangan terindah dan Cik Norfa sampai ke Sabah untuk kali pertama.. dan dan dan…. naik flight untuk pertama kali dalam hidup..  hehehe

Diberi amanah sebagai salah seorang MT untuk projek tuh, satu pengalaman yang berharga. bayangkan baru First year dah dapat jadi MT.. Terkejut. Tapi berusaha la juga jalankan tugas dengan elok di bantu oleh senior senior dan MT yang lain.. Alhamdulillah.. Tercapai hasrat nak mendaki Gunung Kinabalu walaupun banyak kerja kami lakukan untuk kumpul dana.. Salah satu nya community service, bersih kan rumah orang untuk dapatkan sedikit upah.. so boleh tampung perbelanjaan di sana..

Apa yang kami buat kat sana?

Sebagai aktiviti tambahan, banyak tempat kami melawat.. Melawat Muzim Sabah.. Pastuh melawat sekitar Universiti Malaysia Sabah yang terkenal dengan Aquarium Marine mereka.. Agak besar dan semestinya ada tour guide dari MPP UMS. Pergi Menara Yayasan Sabah memandangkan Yayasan Sabah la membiayai segala pembinaan Kolej Kediaman Kinabalu.. dan paling penting, dah nama pun menggapai Kinabalu kan, of course la mendaki Gunung Kinabalu.. best..

Layan la beberapa gambar zaman dulu kala semasa mendaki Gunung Kinabalu… Sekarang rasanya kene exercise balik baru boleh naik.. Tapi ingat lagi kata kata seorang penduduk kat kawasan kaki Gunung Kinabalu.

Pakcik : Berapa lama kamu orang berlatih untuk mendaki Gunung Kinabalu ni?

Kami : dalam 2 3 bulan je pakcik..

Pakcik : 2 3 bulan? hmm. tak sampai la kamu.. Biasa orang belatih setahun untuk naik ke atasss..

Kami masa yang ditanya oleh pakcik terus down moral.. sabar jeee.. tapi disebabkan kos nak datang dah tinggi RM800 so kami kuatkan semangat untuk sampai ke atass

— Tips mendaki Gunung Kinabalu.. Waktu Persediaan kami daki Batu Caves je dulu.. 4 5 round gak laaa.. mantap kan stamina.. dan berjoging keliling UM setiap pagi seminggu sebelum berangkat ke sabah
— Di LCCT..
— Sesi Port Luck dekat Hostel UMS.. memandangkan kami tiada makanan malam tuh.. SO kami share share Maggie dan Roti yang kami bawa
— Berada di Universiti Malaysia Sabah untuk sesi forum dan bertukar pendapat..
— Berada di Muzium Sabah.. melawat muzium sabah.. macam macam ada..
— The map.. kami mendaki Gunung Kinabalu kut Mesilau dan turun ikut Timpohon… Kalau lalu ikut Mesilau memang jauh..sebab mendatar. Tapi kalau lalu ikut Timpohon tangga di tinggi..cepat penat walaupun perjalanan dia singkat
— The MTs untuk Projek Menggapai Kinabalu.. Saya dengan Norman (baju biru) je First Year..
— Sebelum kami mendaki Gunung Kinabalu.. Menginap di Mesilau Resort.. Sangat sejuk.. Penginapan pun selesa..
— Di pertengahan perjalanan.. Nampak Air terjun…
— Rehat seketika.. sebelum terus mendaki sampai ke Laban Rata
gunung kinabalu
— Hujan sewaktu di pertengahan…
— Sempat sampai di Puncak Gunung Kinabalu sebelum matahari terbit.. So sempat menghayati keindahan di Gunung Kinabalu
— Kami yang sampai dulu. So kami la bergambar dulu.. Tak boleh duk lama lama atas ni. Beku..!
— Bersama Pengetua Kolej Kediaman Kelapan, Prof Dr Zulqarnain.. di Puncak Gunung Kinabalu.. Low Peak- 4095.2 Meter
— Siap sedia untuk turun.. Penuh dengan batu.. Masa nak turun ni la disaster sikit.. Sebab contact lens yang dipakai mungkin kekeringan menyebabkan mata pedih dan terpaksa buang sebelah contact lens.. So nak turun pakai sebelah je lagi..
— Batu bata yang curam bersama tali.. Masa kami naik, kami tak nampak betapa cerung nye curam ni.. Sebab kami naik pukul 12 malam.. Bila turun.. Nah.. bergetar lutut..
— Berakhirlah sudah trip mendaki Gunung Kinabalu.. Dapat 2 sijil berwarna.. yang tak sampai akan dapat sijil takde warnaaa..

Masa mendaki ada dalam 5 6 orang kawan yang tak sampai kat atas.. Atas sebab sebab tertentu seperti terseliuh, moral down, kesejukan dan lain lain.. dan kami yang sampai kat atas, bila sampai balik UM, kaki masing masing dah krem, masing masing jalan kengkang dan ramai yang mengalami kuku ibu jari kaki mati.. sebab mungkin tekanan pada kasut semasa nak turun Gunung Kinabalu buatkan kuku mati..

So tips mendaki gunung kinabalu bagi mereka yang nak pergi mendaki gunung kinabalu, pastikan prepare mental dan fizikal, dan jaga kesihatan.. Baju berlapis lapis at least 3 lapis berserta kasut getah.. Contact lens not recommended untuk dipakai kerana kat atas sana anda akan sejuk dan contact lens akan mengecut buatkan anda sakit mata. Bukan Cik Norfa je kena. Abg Fad senior cik Norfa pun hadapi benda yang sama..

Untuk kasut . Kat sana ada jual Kasut Getah.. tapi mungkin akan makan kuku (kuku kaki boleh mati) ..tapi takpe.. nanti tumbuh balik.. no worries.. yang penting sampai kat atas…

#opss..hari ni Keputusan UPU Kemasukan ke IPTA lepasan SPM  keluar kan? dah cek?  boleh cek kat sini  http://upu.mohe.gov.my.. congrates.. jangan mengalah..

12 COMMENTS

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

CommentLuv badge