i & Travel

#TSDayOut Teroka Gua di Sarawak : Gua Pari dan Gua Angin

Teroka Gua di Sarawak Gua Pari (Fairy Cave) 11
Written by Norfanil

Anda pemilik Homestay atau Hotel? Ingin saya review Homestay atau Hotel Anda? Peluang kini dibuka! (KLIK)

Hi,

Hari terkahir kami di Sarawak dan aktiviti kami adalah teroka alam semula jadi iaitu Gua Angin (Wind Cave) dan Gua Pari (Fairy Cave). Kedua-dua gua ini terletak dia Bau.

Gua Pari (Fairy Cave)

Gua Pari-pari merupakan sebuah gua kapur yang terletak di kawasan Krokong Bau. Sebuah gua yang sangat menarik untuk dikunjungi apabila tiba di Sarawak.

Gua ini terkenal dengan tangga-tangga yang perlu didaki sebelum tiba di pintu masuk Gua. Penat? Boleh tahan lelah dia. Excercise sekali sekala ye..

Teroka Gua di Sarawak Gua Pari (Fairy Cave) 1

Teroka Gua di Sarawak Gua Pari (Fairy Cave) 2

Teroka Gua di Sarawak Gua Pari (Fairy Cave) 3

Tangga lama yang digunakan untuk masuk ke dalam Gua Pari. Kecil je, bebanding yang sekarang.

Teroka Gua di Sarawak Gua Pari (Fairy Cave) 4

Dalam gua pun ada tangga, lagi dan lagi. Tapi laluan ini sungguh berangin!

Tapi bila dah sampai ke atas, penat lelah berbaloi kerana Gua Pari memang cantik.

Teroka Gua di Sarawak Gua Pari (Fairy Cave) 5

Boleh lihat disini, Gua Pari mempunyai lubang gua yang dapat ditembusi dengan cahaya matahari ditambah lagi dengan aura kehijaun pada tumbuhan didalam gua. Memang cantik!

Teroka Gua di Sarawak Gua Pari (Fairy Cave) 11

Teroka Gua di Sarawak Gua Pari (Fairy Cave) 9

Tak penat ke kak panjat tangga?

Teroka Gua di Sarawak Gua Pari (Fairy Cave) 12

Model Gua Pari.. Ini pari-pari ke? hahahaha.. Hi Devi.

Teroka Gua di Sarawak Gua Pari (Fairy Cave) 8

Tangga, yang tersusun untuk naik ke sebelah lubang gua.

Lama kami dalam ni, sampai berpeluh-peluh. Memang macam marathon! Tapi pemandangan disini, buatkan rasa hilang sekejap penat lelah naik tangga.

Dapatkan kain pasang Daun Anzalna yang superb cantik sementara stok masih ada.. Gile ramai masuk order! Cepat!..

Koleksi Ariani Lebaran 2016

Setelah setengah jam di dalam Gua Pari, kami keluar untuk ke Gua Angin.

Oh ya, dibahagian luar gua ada pondok yang diperbuat dari jerami. Sangat cantik untuk bergambar.

Teroka Gua di Sarawak Gua Pari (Fairy Cave) 6

Gua Angin, (Wind Cave)

Menurut Wikipedia, Gua Angin merupakan gua semula jadi yang terletak 5km di barat daya Pekan Bau, Kuching Sarawak. Ia bersebelahan dengan Sungai Serawak.

Perjalanan ke Pekan Bau mengambil masa kira-kira 45 minit pemanduan dari Bandaraya Kuching, Sarawak.

Teroka Gua di Sarawak Gua Angin 5

Menurut sejarah, nama Gua Angin diberikan kerana terowong di dalam gua merupakan laluan angin yang keluar masuk dari pintu masuk gua ke pintu masuk yang lain.

Sebelum nak sampai ke pintu masuk gua, kena lalu titian ini dahulu.

Teroka Gua di Sarawak Gua Angin 1

Sepanjang memasuki Gua Angin, boleh dilihat bentuk stalagmit, stalagtit dan formasi batu kapur yang dikatakan terhasil sejak 60 juta tahun yang lalu. Boleh nampak beberapa bentuk yang pelbagai antaranya kepala buaya dan juga rangka buaya.

Sebelum masuk Gua Angin dinasihatkan untuk membawa lampu suluh. Kalau tak ada lampu suluh boleh pakai lampu dekat handset sahaja.

Memang diakui, kawasan dalam Gua Angin ini sememangnya gelap, dan juga laluan kayu yang agak licin. Jadi perlu berhati-hati.

Teroka Gua di Sarawak Gua Angin 2

Disini juga terdapat banyak kelawar, boleh dengar bunyi kelawar berterbangan.

Teroka Gua di Sarawak Gua Angin 3

Dan laluan angin ini yang diperkatakan dan penghujungnya adalah Sungai Sarawak.

Teroka Gua di Sarawak Gua Angin 4

Kami berhenti sampai di pintu ini sahaja, kerana jalan selebihnya ditutup.

Cantikkan? Bagi anda yang nak bercuti ke Sarawak, boleh teroka kedua-dua Gua ini.

Selepas habis teroka gua, kami terus makan tengah hari di Tandoori Place sebelum ke Kedai Kek Lapis Dayang Salhah. Tak sah kalau datang Sarawak tak beli Kek Lapis buat balik ke Kuala Lumpur.

Terima kasih kepada team Tourism Selangor #TSDayOut, Sarawak Tourism Board, Airasia, Empire Hotel dan semua media serta bloggers..

Sehingga Kita berjumpa lagi!

TSDAYOUT Special Selangor Meets Sarawak 2015

#

About the author

1 Comment

Leave a Comment

CommentLuv badge

TENTANG NORFANIL

25. Pemegang Ijazah Sarjana Muda Perakaunan (Universiti Malaya).

Merupakan blogger sepenuh masa dan juga freelancer

Suka makan, suka tidur, suka travel dan suka aktiviti lasak. Tidak suka jatuh cinta!

Advertorial? Review? Jangan segan-segan hubungi saya. [su_button url="mailto:[email protected]" target="blank" background="#f899ce"]norfanil @ gmail.com[/su_button

MY fanpage

SUBSCRIBE

[mc4wp_form]

© 2015. Norfanil - Salute to Life. All Rights Reserved. Powered by NR Network