i & Travel

Tempat Shopping di Kuala Lumpur

Tempat Shopping Menarik di Kuala Lumpur
Written by Norfanil

Anda mempunyai produk? Ingin saya review Produk Anda? Peluang kini dibuka! Email ke norfanil[@]gmail.com

Hi,

Sudah 5 tahun saya tinggal di Kuala Lumpur, setiap kali keluarga berkunjung ke KL mesti mereka akan bertanya nak bawa mereka ke mana. Pastinya tempat shopping menjadi tumpuan dan akan pergi berulang kali.

Beberapa tempat shopping di Kuala Lumpur menjadi kegemaran kami. Memang akan pergi berulang kali mengikut bajet yang kami ada.

10 Tempat Shopping di Kuala Lumpur

1- Berjaya Times Square, Jalan Imbi, KL

Tempat Shopping Menarik di Kuala Lumpur - Berjaya Times Square

Berjaya Times Square. Foto kredit selinawing.com

Time Square merupakan shopping complex yang paling best nak shopping. Sebab apa, di Time Square ada banyak kedai-kedai kecil untuk orang yang  bajet ciput sehingga bajet besar.

Kalau anda shopping di Time Square dan ingin kepuasan shopping boleh terus ke tingkat 3 sehingga tingkat 6. Kat situ memang banyak kedai jual baju, skirt, kasut dan beg. Semua murah-murah. Ini bagi mereka yang tak kisah pasal brand la.

Selain tuh, ada cinema dan banyak attraction lain.

Nak ke Time Square mudah sahaja, perlu naik Monorail terus ke Jalan IMBI.

Lokasi :  Times Square Jalan Imbi, 55100 Kuala Lumpur, Malaysia.

2- Masjid Jamek, KL (Jalan TAR)

Tempat Shopping Menarik di Kuala Lumpur - Masjid Jamek dan Jalan Tar

Jalan Tar & Masjid Jamek. Foto kredit bombasticpage.blogspot.com

Masjid Jamek atau lebih dikenali dengan lokasi berdekatan Jalan Tengku Abdul Rahman (Jalan TAR) menjadi tumpuan bagi setiap hari Sabtu. Peniaga akan berniaga setiap hari Sabtu sepanjang Jalan TAR. Pada hari lain hanya sedikit sahaja gerai di bukan berhadapan Masjid Jamek.

Kalau nak syok shopping boleh la pergi hari Sabtu. Akan tetapi, memang agak sesak disana kerana terlampau ramai. Ditambah lagi dengan shopping complex yang ada di sekitar kawasan.

Di Jalan TAR, barang agak murah ibarat macam pasar malam. Terdapat banyak jualan seperti pakaian, kasut, handbag, dan juga makanan. Boleh dikatakan juga tempat paling senang nak jadi street food kalau ada yang mengidam.! Makanan berat seperti nasi berlauk pun ada.

Sekiranya ingin ke Masjid Jamek boleh naik LRT Putra / LRT star menuju ke Masjid Jamik. (bergantung pada kedudukan semasa anda)

Lokasi : Jalan Tuanku Abdul Rahman, Kuala Lumpur.

3- Sogo, KL

Tempat Shopping Menarik di Kuala Lumpur - Sogo KL

Sogo KL. Foto kredit niamustika.blogspot.com

Sogo menjadi tumpuan bagi barangan branded. Bagi mereka yang ada duit banyak boleh shopping di Sogo. Kalau bertuah, boleh dapat harga runtuh sebab Sogo sering kali mengadakan Sales untuk pemilik kad Sogo ataupun Kad Maybank.

Kalau ada sales memang dapat brangan branded harga murah la, tapi kalau tak ada sales agak mahal. Kami jarang pergi Sogo, sebab harganya. Hehe.

Tapi bagi mereka yang nak ke sogo, boleh naik LRT Star turun di Bandaraya atau naik LRT Putra turun di Masjid Jamek. Tapi kena jalan sikit la.

Lokasi : 190, Jalan Tuanku Abdul Rahman, 50100 Kuala Lumpur.

4- Mid Valley Megamall

Tempat Shopping Menarik di Kuala Lumpur - Midvalley megamall

Midvalley Megamall. Foto kredit travel.findbulous.info

MidValley Megamall yang terletak berdekatan Universiti Malaya memang menjadi tumpuan pelajar untuk lepak. Dalam masa yang sama shopping juga la.

Kat sini kebanyakkannya kedai berjenama murah dan mahal dan berkualiti. Semua ada kat sini. Kedai pun boleh tahan banyak. Boleh patah kaki berjalan. Kat sini pun ada GSC, boleh layan movie terus.

Kalau nak singgah di Mid Valley Megamall boleh naik pengangutan awam seperti Teksi dan juga KTM (Komuter).

Lokasi : Mid Valley Megamall, Mid Valley City, Lingkaran Syed Putra, 59200 Kuala Lumpur

5- Suria KLCC

Tempat Shopping Menarik di Kuala Lumpur - Suria KLCC

Suria KLCC. Foto kredit kualalumpurphotos.com

Untuk mereka yang nak melawat tempat menarik di Kuala Lumpur, iaitu KLCC boleh terus shopping kat Suria KLCC sambil bersantai. Suria KLCC tak sebesar Mid Valley Megamall tetapi barangan kat sini memang branded la.

Kalau kami bawa keluarga, memang datang untuk cuci mata. Tapi bagi anda yang tak kisah dengan value of money yang akan digunakan, boleh la membeli belah kat sini.

Pengangkutan mudah boleh naik LRT Putra ke KLCC.

Lokasi : Jalan P Ramlee, Kuala Lumpur City Centre, Kuala Lumpur.

6- The Pavillion, KL

Tempat Shopping Menarik di Kuala Lumpur - The Pavillion

The Pavillion. Foto kredit paviliondesign.com

Satu lagi shopping complex yang dianggap sebagai high-end kerana terdapat banyak kedai dan butik pakaian, dan minyak wangi berjenama. Kat sini menjadi tumpuan orang yang berduit.

Kat sini best kalau cuci mata. Cuma nak pergi kesana kena mengadap jem.

Lokasi : 168, Jalan Bukit Bintang, Bukit Bintang, 55100 Kuala Lumpur.


IKLAN BERBAYAR


Tailor dah start ambil tempahan baju raya. Korang dah dapat kain belum? Ha.. Tahun ni tren songket printed tau.. Sekarang dah masuk batch ke 3. Songket Dokoh Pastel dan Terang, Songket Bintang.

Sehari 100 pasang terjual. Design Exclusive dan limited.. Lambat abis kena borong dengan mereka... Boleh visit catalog www.djennaexclusive.blogspot.com untuk dapatkan kain pasang songket yang superb cantik sementara stok masih ada.. 

Kain Pasang Songket

 

7- Sungei Wang, KL

Tempat Shopping Menarik di Kuala Lumpur - Sungei Wang Plaza

Sungei Wang Plaza. Foto kredit everything-kuala-lumpur.com

Sungei Wang yang terletak berhampiran dengan Berjaya Times Square di tengah kotaraya Kuala Lumpur merupakan pasara yang tertua di buka sejak 1977.

Mempunyai banyak kedai jualan seperti kasut, baju dan aksesori. Menjadi tumpuan kerana barangan lebih murah dari pasaraya yang lain.


IKLAN BERBAYAR


Tailor dah start ambil tempahan baju raya. Korang dah dapat kain belum? Ha.. Tahun ni tren songket printed tau.. Sekarang dah masuk batch ke 3. Songket Dokoh Pastel dan Terang, Songket Bintang.

Sehari 100 pasang terjual. Design Exclusive dan limited.. Lambat abis kena borong dengan mereka... Boleh visit catalog www.djennaexclusive.blogspot.com untuk dapatkan kain pasang songket yang superb cantik sementara stok masih ada.. 

Kain Pasang Songket

 

8- Plaza Low-Yat

Tempat Shopping Menarik di Kuala Lumpur - Plaza Low Yat

Plaza Low Yat. Foto kredit mamadarwiish.blogspot.com

Bersebelahan Sungei Wang terdapat sebuah pasaraya untuk barangan komputer iaitu Plaza Low Yat. Plaza Low Yat antara yang menjadi tumpuan sekirnya ingin membeli hard disk, laptop, handphone dan juga kamera.

Cuma kena pandai memilih dan perlu berhati hati untuk mengelakkan di tipu. Terutama pembelian handphone.

Lokasi : Low Yat Plaza, 7, Jalan Bukit Bintang, Kuala Lumpur

About the author

Leave a Comment

CommentLuv badge