i & Travel

5 Tempat Menarik di Penang. Wajib kunjungi!

Hard rock cafe Penang
Written by Norfanil

Anda mempunyai produk? Ingin saya review Produk Anda? Peluang kini dibuka! Email ke norfanil[@]gmail.com

Hi,

Penang. Alhamdulillah, sempat jejak dan ambil kenangan di Penang. Misi utama, jalan-jalan cari makan untuk Portal Destinasi Makanan Halal Myselera.com.

Penang boleh dikatakan syurga makanan bagi saya. Banyak tempat makanan best di Penang dan juga tempat menarik di Penang. Rasa tak puas berada di sana. 3 hari macam tak cukup!

Bagi keluarga yang ingin bercuti di Penang sempena cuti sekolah ini, boleh melawat tempat-tempat menarik ini.


IKLAN BERBAYAR


Tailor dah start ambil tempahan baju raya. Korang dah dapat kain belum? Ha.. Tahun ni tren songket printed tau.. Sekarang dah masuk batch ke 3. Songket Dokoh Pastel dan Terang, Songket Bintang.

Sehari 100 pasang terjual. Design Exclusive dan limited.. Lambat abis kena borong dengan mereka... Boleh visit catalog www.djennaexclusive.blogspot.com untuk dapatkan kain pasang songket yang superb cantik sementara stok masih ada.. 

Kain Pasang Songket

 

5 Tempat Menarik di Penang

1. Penang Street Art – Review

Penang Street Art

Ronda Penang Street Art dengan Basikal

Salah satu tumpuan pelancong di Penang adalah Penang Street Art (Mural) atau lebih dikenali sebagai seni jalanan. Boleh dikatakan kawasan street art di Penang ada merata tempat. Kalau nak mudah boleh sewa basikal atau beca untuk mengelilingi penang dan teroka kawasan street art.

Harga basikal hanya RM10 untuk 1 orang, kalau sewa basikal panjang untuk 2 orang harga RM30. Syok naik basikal keliling Penang. Lagi best dapat pusing sampai Padang Kota Lama dan juga Gurney! Tapi risiko keselamatan la. Sebab disitu jalan sesak.

Penang Street Art Mural buaian

Penang Street Art – Mural buaian

Ada lebih kurang 20 lebih seni mural di Penang. Masa sewa basikal boleh mintak maps supaya mudah nak cari setiap satu mural yang ada.

Baca review penuh disini.

2. Padang Kota Lama

Mee Sotong Hameed Padang Kota Lama

Padang Kota Lama

Padang Kota Lama antara tempat menarik di Penang. Sering menjadi tumpuan sebab pemandangan yang cantik. Boleh lepak-lepak bersama keluarga di tepi laut.


IKLAN BERBAYAR


Tailor dah start ambil tempahan baju raya. Korang dah dapat kain belum? Ha.. Tahun ni tren songket printed tau.. Sekarang dah masuk batch ke 3. Songket Dokoh Pastel dan Terang, Songket Bintang.

Sehari 100 pasang terjual. Design Exclusive dan limited.. Lambat abis kena borong dengan mereka... Boleh visit catalog www.djennaexclusive.blogspot.com untuk dapatkan kain pasang songket yang superb cantik sementara stok masih ada.. 

Kain Pasang Songket

 

Selain tu, ada tempat makan di sekitar. Antara yang popular di Padang Kota Lama adalah Mee Sotong Hameed. Cuma kami tak berkesempatan nak merasa kesedapan Mee Sotong Hameed sebab tak dibuka pada hari Ahad.

Pada waktu malam pula, ada busking. Seronok layan busking malam-malam sambil santai dan lepak bersama kawan-kawan. Boleh katakan agak ramai juga yang menonton!.

3. Gurney

Pasembor Gurney

Gurney!

Gurney ni kawasan makanan pasembor paling sedap di Penang. Selain dari pasembor ada juga makanan lain, tapi pasembor yang banyak dicari disini.

Selepas makan boleh lepak-lepak tepi laut macam di Padang Kota Lama. Cuma disini agak jammed sebab sangat menjadi tumpuan. Nak cari kawasan parking pon susah!.

Pasembor Gurney Penang

Pasembor sedap di Gurney Penang

4. Bukit Bendera -> Review

Bukit Bendera Penang Hills

Bukit Bendera Penang Hills

Bukit bendera ni tempat wajib bila datang Penang. Kalau musim cuti sekolah, perghhh! Sangat ramai yang beratur! Sampai kita yang datang tak sanggup nak beratur sekali.

Tapi kalau taknak beratur, kena datang awal dalam pukul 9-10 pagi. Kalau tidak, sangat semak!

Bukit Bendera Penang Hills 2

Posing serond!

Apa yang best di Bukit Bendera? Bukit bendera ada keretapi 5 minit untuk naik keatas, ada kawasan pemandangan yang cantik, ada kunci cinta dan lain-lain.

Nak bersantai, dan tenangkan fikiran elok pergi sana. Tapi agak panas la.

Baca review di sini.

5- Batu Feringghi

Hard rock cafe Penang

Hard rock cafe Penang

Di Batu Feringghi terletaknya Hard Rock Cafe Penang. Bagi yang suka sangat kumpul koleksi baju Hard Rock Cafe atau yang suka layan live band boleh singgah la. Macam saya ni memang takat ambil gambar sign board saje la. Bukan penggemar mengumpul barangan! hehe..

Hard rock cafe Penang

Posing lagi..

Kat Batu Feringghi juga terkenal dengan pasar malam. Bahasa omputeh, Night market! Pasar memang agak panjang dan banyak barangan dijual seperti handbag, baju, jam, dan perhiasan.

Pantai pun ada. Cantik. Tapi sunset tak nampak dari Pantai Batu Feringghi. Selain itu, ada perkhidmatan menunggang kuda dan jualan layang-layang.

Masa kami disana kami menginap di Fang Zu Ming Motel, Hotel Murah dekat Bukit Bendera

Jadi kalau anda pergi Penang, wajib singgah tempat menarik di Penang ini. Rakam detik-detik indah bersama keluarga dan rakan-rakan!.

Jangan lupa menikmati makanan sedap di Penang seperti Pasembor, Nasi Kandar, Nasi beriani dan Mee Sotong! Sedak bak hang!

About the author

4 Comments

Leave a Comment

CommentLuv badge