i & Travel

10 Tempat Menarik di Medan, Indonesia (Sangat Cantik!!!)

Bukit Kapur 2 10 Tempat Menarik di Medan
Written by Norfanil

Anda pemilik Homestay atau Hotel? Ingin saya review Homestay atau Hotel Anda? Peluang kini dibuka! (KLIK)

Hi,

Seminggu lepas saya sempat la pergi melancong dalam waktu-waktu kritikal ada projek. Hehe. Dah planning awal, jadi terpaksa la pergi juga walaupun dalam otak tengah fikir pasal kerja.

Ramai yang bertanya, kenapa saya pergi Medan sebab Bandung ada banyak tempat shooping. Jawapan dia sebab Nature. Memang Medan banyak tempat-tempat cantik dan nature memang cantik.

Orang yang suka dengan alam semester memang patut la pergi Medan. Cuma yang susahnya jarak antara satu tempat ke satu tempat agak jauh. So kat situ makan masa.

10 Tempat Menarik di Medan 

Tempat-tempat ni sebenarnya agak lasak. Kenapa saya cakap lasak, sebab nak pergi tempat ni kena duduk dalam kereta berjam-jam dan jalan berbatu-bata!

1- Air Terjun Ponot, Siguragura Kisaran (Ponot Waterfall, Siguragura Kisaran)

Fakta :

  • Ketinggian 250 meter.
  • Air terjun berasal dari Sungai Asahan

Hari kedua kami di Medan, kami terus ke Air Terjun Ponot dari Danau Toba. Perjalanan mengambil masa lebih kurang 3 jam.

Dari bawah ke tempat Air Terjun Ponot tidak jauh. Hanya mengambil masa beberapa minit nak sampai atas. Setakat pakai selipar jepun tuh, boleh je sampai. hehe

Air Terjun Ponot 10 Tempat Menarik di Medan

2- Bukit Kapur, Medan

Fakta :

  • Keluasan 167 Hektar
  • Nama lain Salju Panas.
  • Tahap kepanasan boleh mencapai 90 darjah celcius.

Lepas Ponot Waterfall, kami terus bergerak ke Bukit Kapur.Perjalanan mengambil masa 2 jam lebih. Bukit Kapur ini salah satu benda yang unik di Medan. Merupakan tempat yang terdapat air panas. Tapi tak boleh mandi. Hehe..

Air panas boleh dikatakan agak panas mencapai 90 darjah celcius. Kalau nak rebus telur pon boleh.

Bukit Kapur 10 Tempat Menarik di Medan

3- Pemandian Air Soda, Desa Parbubu

Fakta:

  • Terletak di Kaki Bukit Daerah Tarutung
  • Dikelola oleh seorang bidan bernama Minar Shite.
  • Dikelola sejak 1976.
  • Hanya dua didunia!

Lepas dah busuk kan diri kat Bukit Kapur (bau beleran), kita menuju ke Pemandian Air Soda. Untuk mandi ye kawan-kawan, bukan untuk diminum. Hehe

[su_quote]Pemandian Air Soda hanya ada dua di DUNIA.. iaitu di Tarutun, Medan Indonesia dan di Venezuela, Sepanyol.[/su_quote]

Apa yang best kat Pemandian Air Soda? Bila mandi, akan ada buih-buih dekat badan. Dan disini pemandangan juga cantik!

Pemandian Air Soda, 10 Tempat Menarik di Medan

Pemandian Air Soda, Medan 10 Tempat Menarik di Medan

4- Pulau Puteri, Medan (Puteri Island)

Hari ke 3, kami bergerak ke Pulau pula. Antara salah satunya Pulau Puteri. Pulau Puteri ni kecil je, seluas 2.5 Hektar. Tapi pemandangan dia cukup cantik.

Laut memang biru, pasir halus dan putih, ambil gambar memang cun!.

Cuma kami rugi sebab sempat turun bergambar sahaja, tak sempat mandi dan meronda pulau..  erm

Pulau Puteri, 10 Tempat Menarik di Medan

5- Air Terjun Pulau Mursala (Mursala Island Waterfall)

Pulau Mursala ni merupakan pulau terbesar di wilayah Kabupaten Tapanuli Tengah. Pulai ini terletak di sebelah Barat Daya Kota Sibolga dengan jarah 22.5km dari Pandan, Tapanuli Tengah.

Luas Pulau Mursala adalah 8,000 hektar. Perjalanan dari Sibolga memakan masa selama 3 jam kalau naik bot nelayan dan 1 jam naik speed boat.

Pulau Mursala dikatakan tempat pengambaran filem Kingkong. dan disini terdapat air terjun yang menjadi tumpuan.

Air Terjun Pulau Mursala, 10 tempat menarik di Medan

Perjalanan ke pulau memang best tapi kami sebenarnya menanggung kerugian semasa ke Pulau Puteri dan Pulau Mursala. Kerugian apa? Kerugian masa.

Menurut Abg Din, berdasarkan GPS pemandu boat bawa kami jalan jauh. Selama 11 jam kami di atas bot nelayan ni. Memang rugi. Kalau nak kesini tolong guna speed bot. Kenapa kami tak ambil speed bot? jangan tanya.. Sensitif.

6- Patung Menari Si Gele-Gele, Pulau Samosir

Hari ke empat, kami menuju ke Pulau Samosir. Kami naik Ferry di Ajibata makan masa selama 1 jam.

Dapatkan kain pasang Daun Anzalna yang superb cantik sementara stok masih ada.. Gile ramai masuk order! Cepat!..

Koleksi Ariani Lebaran 2016

Tempat pertama kami pergi adalah Patung Menari Si Gele-gele. Ini sejarah. Kalau minat sejarah boleh la pergi dan dengar sejarahnye. Memandangkan saya bukan peminat sejarah, apa yang diceritakan, masuk telinga kanan keluar telinga kiri. ;P

Kat sekitar tempat ni ada kedai souvenir. Boleh la shopping fridge magnet dan baju!

Patung Menari si Gele Gele, 10 Tempat Menarik di Medan

7- Air Terjun Sampuran Efrata, Samosir (Efrata Waterfall)

Akhirnya dapat juga mandi air terjun!. Air Terjun Efrata. Sebelum ni Air Terjun Efrata dikenali sebagai Air Terjun Sosor Dolok (sumber). Sebelum diberikan nama Efrata salah satu pelancong luar negara yang berasal dari negara Eropah.

Air Terjun Efrata mempunyai air yang sangat sejuk. Dikelilingi pokok-pokok besar. Nak masuk ke air terjun dekat sahaja, tak perlu berjalan jauh.

Seronok dapat mandi di Air Terjun Efrata cuma kena berhati-hati kerana batu dalam air agak tajam dan licin!.

Air Terjun Efrata 10 Tempat Menarik di Medan 2

Air Terjun Efrata, 10 Tempat Menarik di Medan

8- Bukit Teletubbies, Medan

Dengan cuaca terik yang panas, kami ke Bukit Teletubbies. Boleh tahan sakit juga nak sampai sebab jalan yang berbatu bata dan berpasir. Kelajuan? 20km/jam.

Terima kasih kat Pak Tony kerana menjadi driver yang baik. Memang berhati-hati bawa kereta.

Saya rasa nama bukit Teletubbies ni diambil sebab banyak bukit-bukit hijau macam cerita Teletubbies. Memang cantik. Teruja bila sampai sana ditambah lagi dapat melihat kehijauannya. (ayat skema, sbb dah xada idea nak tulis 😉 )

Bukit Teletubbies 10 Tempat Menarik di Medan

9- Silalahi, Batak

Silalahi ni sebenarnya tempat persinggahan kami sahaja, untuk duk bersantai makan tengah hari. Tapi Pemandangan sangat cantik. Kalau ambil gambar nampak macam sebuah lukisan.

Persinggahan kami jadi lebih lama dari sepatutnya sebab tayar sebuah lagi kerata pecah langgar batu.

Silalahi, Batah 10 tempat menarik di Medan

10- Air Terjun Sipiso- piso

Orang kata ini air terjun yang patot korang pergi bila sampai Medan! Air Terjun Sipiso-piso mempunyai ketinggian 120 meter dan merupakan salah satu air terjun tertinggi di Indonesia.  Kalau nak tengok Air Terjun Sipiso-piso dari dekat, anda perlu turun melalui jalan bertangga.

Macam biasa, disebabkan menunggu lama untuk baiki tayar kereta, kami terlepas untuk turun ke bawah untuk melihat lebih dekat Air Terjun Sipiso-piso. Apa nak buat. Dah terjadi..

Air Terjun Sipiso-piso, 10 tempat menarik di Medan

Foto Kredit : Amerda OmeyLiee

10 tempat menarik di Medan je? Sebenarnya bukan 10. Ada banyak lagi tempat yang kami tak sempat lawati seperti Air Terjun Dua Warna, Sibolangit dan Air Terjun Tongging sebab tak ada dalam Itinerary trip Medan kami.

Tempat Shopping di Medan

Kalau nak shopping, tempat shopping di Medan ada Gudang Hajjah Mariani, boleh beli kain telekung sedezon ;p, dan Bingka Zulaika yang femes sebab dia jual kuih bingka dan segala jenis kek gulung. Oh, orang kata kalau pergi Medan, memang wajib beli pisang kaki. Bentuknye bukan seperti pisang, tapi seperti tomato! haha

Restoran Halal di Medan

Restoran Halal di Medan kena pandai cari. Banyak je sebenarnya tapi kena pandai la. Jangan salah masuk kedai. Kadang kala bila di pedalaman walaupun islam, dieorang campur saja. Macam satu kedai ni, air basuh tangan dia letak dalam botol air arak. ermm..

Ada satu kedai makan yang makanan dia memang sedap di Medan, nama tempat dia Lesehan Terapung Tibrena Mekar. Sila google.. ! hehe

Btw, thank you pada guider saya Joe, Roy, Pak TOny dan Ronny.. U are awesome!. Jumpa lagi lain trip ye!

10 tempat menarik di medan 1

#

About the author

26 Comments

Leave a Comment

CommentLuv badge

TENTANG NORFANIL

25. Pemegang Ijazah Sarjana Muda Perakaunan (Universiti Malaya).

Merupakan blogger sepenuh masa dan juga freelancer

Suka makan, suka tidur, suka travel dan suka aktiviti lasak. Tidak suka jatuh cinta!

Advertorial? Review? Jangan segan-segan hubungi saya. [su_button url="mailto:[email protected]" target="blank" background="#f899ce"]norfanil @ gmail.com[/su_button

MY fanpage

SUBSCRIBE

[mc4wp_form]

© 2015. Norfanil - Salute to Life. All Rights Reserved. Powered by NR Network