i & Travel

8 Tempat Menarik Di Kuala Terengganu (Wajib Kunjungi)

Tempat menarik di Kuala Terengganu-1
Written by Norfanil

Anda pemilik Homestay atau Hotel? Ingin saya review Homestay atau Hotel Anda? Peluang kini dibuka! (KLIK)

Hi,

Anda kini berada di Kuala Terengganu? Tercari cari Tempat Menarik di Kuala Terengganu? Jom baca ni.

Terengganu yang mempunyai 7 daerah iaitu Kuala Terengganu, Dungun, Marang, Besut, Kemaman, Setiu, dan Hulu Terengganu semakin hari semakin pesat membangun. Dan sejak kini mempunyai daerah baru iaitu Kuala Nerus.

Kali ini saya ingin kongsikan  8 tempat menarik di Kuala Terengganu. 1 daripada 8 daerah Terengganu. Kuala Terengganu berkembang pesat dengan terbinanya bangunan kedai di bandar Kuala Terengganu dengan seni bina yang unik untuk menarik pelancong asing.

Bagi yang ingin melancong ke Terengganu, ketahui 8 tempat menarik di Kuala Terengganu.

8 Tempat Menarik di Kuala Terengganu

1. Masjid Kristal, Pulau Wan Man

Rata-rata yang datang Kuala Terengganu pasti akan singgah di sini untuk mengambil gambar. Masjid Kristal yang telah dibina sejak tahun 2008 bersama beberapa monumen seperti Taj Mahal menjadi tarikan pelancong asing.

Sempena cuti sekolah, Masjid Kristal boleh dikatakan agak sesak dengan pengunjung. Yang rata-ratanya datang secara rombongan. Rombongan cik jah atau rombongan pelajar sekolah.

Macam mana nak pergi ke Masjid Kristal? Boleh guna 2 jalan. Samaada melalui jalan darat ikut Cabang Tiga ataupun naiki bot penambang dari Seberang Takir atau Pasar payang.

Aku pun tak pasti sebab tak pernah naik bot penambang.

Tempat menarik di Kuala Terengganu-1

Masjid Kristal, Pulau Wan Man. Di ambil semasa sesi outdoor shooting untuk perkahwinan abang dan kakak saya.

2- I-City Pulau Warisan

Ini pun Tempat Menarik di Kuala Terengganu. Bukan takat Shah Alam sahaja ada I-City, Kuala Terengganu pun dah ada. Boleh kata sekarang setiap negeri pasti dah ada antaranya Kedah.

Biasa pelancong yang datang akan singgah untuk melihat jambatan dan keunikan lampu pada pokok sekeliling.

I-city Pulau Warisan terletak dekat dengan Pasar Kedai Payang.

Pulau_Warisan_Terengganu

Jambatan Gantung di Pulau Warisan. Foto kredit Wikipedia

3- Kampung Cina , Kuala Terengganu (Chinatown Street Art)

Kampung cina atau lebih dikenali sebagai China Town terletak di Jalan Bandar. Beberapa tahun lepas, China Town telah di bangunkan semula dan dihiasi dengan lukisan mural di sekitarnya.

Anda boleh berjalan kaki sahaja sepanjang jalan Kampung Cina sambil merakam seni bina unik di Kampung Cina. Sekiranya anda ke Pasar Kedai Payang boleh terus sahaja ke Kampung Cina kerana ia terletak bersebelahan Pasar Kedai Payang.

Mural dapat dilihat sepanjang jalan dan juga lorong lorong tersedia. Boleh baca post saya sebelum ni mengenai Lukisan Mural di Kampung Cina.

Lorong-lorong mural Kampung Cina 5

4- Pantai Batu Buruk, Kuala Terengganu

Pantai Batu Buruk menjadi tempat paling popular bagi pelancong apabila datang ke Kuala Terengganu. Walaupun namanya tidak secantik nama lain atau dalam bahasa inggeris (ugly stone) ia tetap menjadi tumpuan.

Pantai Batu Buruk yang mempunyai deretan pohon rhu menjadi tempat perkelahan sambil menikmati tiupan angin Laut Cina Selatan. Selain itu, Pantai Batu Buruk menjadi tumpuan untuk keluarga bermain layang-layang dan juga ada yang menawarkan perkhidmatan Kereta Kuda.

Dapatkan kain pasang Daun Anzalna yang superb cantik sementara stok masih ada.. Gile ramai masuk order! Cepat!..

Koleksi Ariani Lebaran 2016
Pantai_batu_buruk_kuala_terengganu

Perkhidmatan Kereta Kuda, Pantai Batu Buruk, Kuala Terengganu. Foto kredit commons.wikimedia.org

5- Pantai Teluk Ketapang, Seberang Takir.

Selain dari Pantai Batu Buruk, Pantai Teluk Ketapang turut menjadi tumpuan. Bukan sahaja kerana pantainya, turut menjadi penyebab adalah gerai-gerai di tepi laut yang menyediakan ikan celup tepung dan lain lain.

Selain itu, pelancong turut boleh menikmati air kelapa dan ABC bagi menyegarkan diri yang dijual di kebanyakkan gerai kawasan Pantai Teluk Ketapang.

Di Pantai Teluk Ketapang turut terjual layang-layang dan juga perkhidmatan kereta kuda untuk bersiar siar di kawasan sekitar.

Pantai Teluk Ketapang, Kuala Terengganu

Pantai Teluk Ketapang, Kuala Terengganu. Foto kredit FFTerengganu.blogspot.com

6- Pasar Kedai Payang, Kuala Terengganu

Tak lengkap kalau pergi ke Terengganu tanpa ke Pasar Kedai Payang yang sangat popular dengan pelbagai barang jualan seperti keropok lekor, telur penyu dan juga batik.

Ramai pelancong singgah di Pasar Kedai Payang untuk mencari kain Batik atau baju batik dan juga songket. Terdapat banyak kedai jualan batik di bahagian atas Pasar Kedai Payang. Memang rambang mata. Yang penting kena pandai tawar menawar.

Pasar Kedai Payang, Kuala Terengganu

Pasar Kedai Payang, Kuala Terengganu. Foto kredit Mstar.com.my

7- Muzium Terengganu

Muzium Terengganu yang terletak di Kampung Losong menjadi tumpuan bagi mereka yang membuat rombongan seperti rombongan sekolah.

Banyak sejarah yang boleh diterokai di Muzium Terengganu. Sangat sesuai bagi pencinta sejarah. Banyak maklumat boleh diperolehi. Selain itu terdapat juga pertunjukan ular di sana.

Disini, bayaran dikenakan bagi mereka yang ingin masuk ke Muzium Terengganu.

Muzium Terengganu, Tempat Menarik di Kuala Terengganu

Muzium Terengganu, Kampung Losong. Foto kredit Fuse+N Photography

8- Masjid Tengku Tengah Zaherah

Masjid Tengku Tengah Zaherah yang lebih dikenali sebagai Masjid Terapung sememangnya menjadi tumpuan pelancong. Keunikan Masjid Terapung adalah berdasarkan Masjid yang berada di atas air selain dari tempat beribadah.

Selain itu, ia turut menjadi tempat persinggahan bas pelancong untuk menunaikan solat. Dalam masa yang sama turut terdapat gerai jualan makanan dan pakaian di sekitar.

Masjid Terapung Terengganu

Masjid Terapung Terengganu. Foto kredit Pelancongan-terengganu.blogspot.com

Ini antara 8 Tempat Menarik di Kuala Terengganu yang patut anda lawati kalau melancong ke Kuala Terengganu.

Watermark auto generated. Semua gambar dikredit kepada pemiliknya. Terima kasih

#

About the author

3 Comments

Leave a Comment

CommentLuv badge

TENTANG NORFANIL

25. Pemegang Ijazah Sarjana Muda Perakaunan (Universiti Malaya).

Merupakan blogger sepenuh masa dan juga freelancer

Suka makan, suka tidur, suka travel dan suka aktiviti lasak. Tidak suka jatuh cinta!

Advertorial? Review? Jangan segan-segan hubungi saya. [su_button url="mailto:[email protected]" target="blank" background="#f899ce"]norfanil @ gmail.com[/su_button

MY fanpage

SUBSCRIBE

[mc4wp_form]

© 2015. Norfanil - Salute to Life. All Rights Reserved. Powered by NR Network