Assalamualaikum..

Tempahan Qurban dan Aqiqah utuk raya haji

Sesiapa yang masih lagi mencari tempahan Qurban dan Aqiqah anda boleh ke E Qurban dimana tempahan boleh dibuat secara online untuk Qurban dan Aqiqah di Kemboja..

E-qurban di perkenalkan beberapa tahun lepas, dan permintaan di E Qurban sangat mendapat sambutan kerana ia memudahkan semua untuk melakukan Qurban. Untuk tempahan boleh rujuk di sini >> Tempahan Qurban dan Aqiqah

Qurban ialah penyembelihan binatang qurban yang dilakukan pada Hari Raya Haji (selepas solat ‘Idil Adhha) dan hari-hari Tasyriq iaitu  11,12 dan 13 Zulhijjah kerana beribadah kepada Allah s.w.t. , iaitu sebagai menghidupkan syariat Nabi Allah Ibrahim a.s. yang kemudiannya disyariatkan kepada Nabi Muhammad s.a.w.

Tempahan Qurban dan Aqiqah (Online)

Firman Allah s.w.t. yang bermaksud:

“Dan telah Kami jadikan unta-unta itu sebahagian daripada syi’ar Allah, kamu memperolehi kebaikan yang banyak daripadanya, maka sebutlah nama Allah ketika kamu menyembelihnya dalam keadaan berdiri (dan telah diikat). Kemudian apabila telah roboh (mati), maka makanlah sebahagiannya dan beri makanlah orang yang rela dengan apa yang ada padanya (yang tidak meminta-minta) dan orang yang meminta. Demikianlah Kami telah menundukkan unta-unta itu kepada kamu, mudah-mudahan kamu bersyukur.” (surah al-Haj:36)

“Maka dirikanlah solat kerana Tuhanmu dan berqurbanlah.” (Surah al-Kauthar:2)

HUKUM BERQURBAN

Hukumnya Sunnat Muakkad (Sunnat yang dikuatkan) atas orang yang memenuhi syarat-syarat seperti berikut:

  • Islam
  • Merdeka (Bukan hamba)
  • Baligh lagi berakal
  • Mampu untuk berqurban

Sabda Rasullullah s.a.w yang bermaksud:

“Aku disuruh berqurban dan ia sunnat bagi kau.” (Riwayat al-Turmuzi).

“Telah diwajibkan kepada ku qurban dan tidak wajib bagi kamu.” (Riwayat Daruqutni)

Walaupun hukum berqurban itu sunnat tetapi ia boleh bertukar menjadi wajib jika dinazarkan. Sabda Rasullullah s.a.w yang bermaksud: “Sesiapa yang bernazar untuk melakukan taat kepada Allah, maka hendaklah dia melakukannya.” (Sila Rujuk: Fiqh al-Sunnah)

booleh buat tempahan di –>  Tempahan Qurban dan Aqiqah (Online)

 

3 COMMENTS

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

CommentLuv badge