i & Lifestyle

Tempahan Kek Lapis Sarawak Dayang Salhah

Kek Lapis Sarawak Dayang Salhah
Written by Norfanil

Kisah ni dah sebulan lebih.. Masuk draft dekat Myselera.. Makin lama makin berulat. So aku masukkan kat sini la. Senang sikit. Malas nak tukar watermark. Nih pon copy direct. Jangan marah.. haha..

Ok sambung. Kek Lapis Sarawak Dayang Salhah yang popular di Kuching. Siapa tak kenal? Mustahil la kalau tak kenal Kek Lapis Sarawak Dayang Salhah. Orang yang pergi melancong ke Kuching pasti akan singgah ke sana. Untung yang pergi ke Kuching sebab boleh merasa terus setiap perisa.

Memandangkan kami hanya bercuti di Bintulu, kami hanya buat tempahan Kek Lapis Dayang Salhah dari Kuching  ke Bintulu. Tak sangka boleh buat tempahan memandangkan jarak dari Kuching ke Bintulu agak jauh. Tapi tempahan yang dibuat oleh pelanggan akan di hantar terus ke Bintulu menggunakan tumpangan bas pada waktu malam.

Harga Kek Lapis Dayang Salhah

Jarak masa perjalanan Kuching ke Bintulu dalam 11 jam. Dalam pukul 10 pagi kek lapis sampai dan kami pergi ambil di Terminal Bas Sungai Merah.

Memang di akui Kek Lapis Dayang Salhah sangat sedap dan lebih murah berbanding yang di beli di Shopping Complex di sekitar Bintulu.

4 jenis perisa yang saya beli iaitu Kek Lapis Cheese Coklat, Cheese Oreo, Blueberry dan Cadbury bersaiz 8 Inci Panjang.. Harga untuk Cadbury RM20, agak mahal sedikit sebab pure cardbury berbanding tiga yang lain yang berharga RM10 sahaja. Kalau di Shopping Complex di Bintulu harga dalam RM30 untuk perisa yang berharga RM10 di Dayang Salhah. Mahal kan?

-- Kek Lapis Blueberry

— Kek Lapis Blueberry

Apa yang best dengan kek lapis Dayang Salhah, kek dia lembut. Bila kita simpan dalam peti lama dan keluarkan, dalam masa 5 minit kek dah kembali lembut. Untuk Kek Lapis Cadbury rasa dia sedikit moist berbanding yang lain. Tapi sedap. Keempat empat kek ni boleh di katakan di gemari ramai.

-- Kek Lapis Cheese Oreo

— Kek Lapis Cheese Oreo

Untuk mereka yang beli dalam kuantiti yang banyak, kek lapis Dayang Salhah boleh di simpan dalam peti sejuk dengan ketahanan selama tiga bulan. Kalau tak letak dalam peti sejuk, tak sampai 3 hari dah berkulat. So isi dalam peti sejuk untuk lebih tahan lama.

-- Kek Lapis Cheese Coklat

— Kek Lapis Cheese Coklat

-- Kek Lapis Cadbury

— Kek Lapis Cadbury.. yang ni moist.. sedap gak..

Kalau anda melancong, sekitar Sarawak mungkin boleh buat tempahan seperti ini kalau tak sempat nak ke Kuching. Minimum tempahan adalah 3 dan setiap tempahan lebih dari RM100 akan dapat 1 free kek yang berharga RM10. Kos penghantaran melalui bas RM 10.

Boleh tengok senarai kek yang dijual di lawan web Kek Lapis Dayang Salhah.

Kek Lapis Sarawak Dayang Salhah
No 40,
Kampung Gersik, Petra Jaya,
93050 Kuching, Sarawak.

No. Tel : 019-877 7220
Email : [email protected]
Website : http://keklapisdygsalhah.blogspot.com/
Operating Hours : Monday to Sunday , 830am – 1030pm


IKLAN BERBAYAR


Tailor dah start ambil tempahan baju raya. Korang dah dapat kain belum? Ha.. Tahun ni tren songket printed tau.. Sekarang dah masuk batch ke 3. Songket Dokoh Pastel dan Terang, Songket Bintang.

Sehari 100 pasang terjual. Design Exclusive dan limited.. Lambat abis kena borong dengan mereka... Boleh visit catalog www.djennaexclusive.blogspot.com untuk dapatkan kain pasang songket yang superb cantik sementara stok masih ada.. 

Anda mempunyai produk? Ingin saya review Produk Anda? Peluang kini dibuka! Email ke norfanil[@]gmail.com

About the author

5 Comments

Leave a Comment

CommentLuv badge