i & Travel

Team Building Back To Nature di Awana Genting Long House

Kem Motivasi Back To Nature Awana Genting Long House 001
Written by Norfanil

Anda pemilik Homestay atau Hotel? Ingin saya review Homestay atau Hotel Anda? Peluang kini dibuka! (KLIK)

Hi,

Tak ramai yang tahu sebenarnya di Genting Highland ada Long House yang diberi nama Awana Genting Long House. Saya pun tak tahu sebelum ni.

Awana Genting Long House sesuai untuk dijadikan tempat membuat team building dan juga kem motivasi.

Baru-baru ini saya sempat merasai dan melihat sendiri program team building dan juga kem motivasi yang dianjurkan oleh Genting Highland yang diberi nama Back To Nature selama 2 hari 1 malam pada 5-6 Disember 2015 yang lepas.

Program Back to Nature dihadiri oleh 85 remaja dan berpeluang merasai sendiri program Back to Nature di Genting seperti jungle tracking, kerja dalam kumpulan dan tidur di rumah panjang.

Program Back to Nature Genting Higland

Hari Pertama

Program bermula dengan kehadiran peserta dari beberapa Daerah di Negeri Pahang iaitu, Bentong dan Pahang, serta Rumah Charis dari Kuala Lumpur bersama-sama dengan blogger dan media.

Kem Motivasi Back To Nature Awana Genting Long House 001

Macam biasa, kalau dah nama kem motivasi atau team building mesti ada yang kena buat group, namakan group dan sorakan untuk group. Seronok tengok adik-adik ni bersemangat!

Kem Motivasi Back To Nature Awana Genting Long House 001

Selepas selesai tugasan pertama, kami bergerak untuk masuk ke hutan untuk aktiviti Eco Nature Trail  yang merangkumi perjalanan sejauh 1.8km jungle tracking dalam hutan simpan 130 juta tahun.

Kem Motivasi Back To Nature Awana Genting Long House 001

Kem Motivasi Back To Nature Awana Genting Long House 001

1.8km tu tak jauh sangat. Tapi biasa la. Seronok tengok mereka ni masuk hutan sebab takut dengan pacat. Haha. Biasa la, ada pacat baru mencabar. Tak ada pacat tak mencabar la.

Selepas 1 jam 30 minit berjalan dalam hutan, kami disajikan dengan makan tengahari sekalipun perasmian Program Back To Nature Genting Highland.

Majlis ini dirasmikan oleh Yang Berbahagia Senator Datin Paduka Chew Mei Fun, Timbalan Menteri Wanita, Keluarga dan Komuniti bersama Ms Katherine Chew, Timbalan Presiden Resorts World Genting.

Acara perasmian dilakukan dengan penanaman pokok dan siraman pokok oleh  Yang Berbahagia Senator Datin Paduka Chew Mei Fun.

Kem Motivasi Back To Nature Awana Genting Long House 001

Sungguh sempoi beliau, hanya dengan T-Shirt dan seluar jeans.. ;D

Selepas sahaja majlis perasmian, kami di berikan pendedahan dan kesedaran mengenai Eco Nature oleh Fadly Bakthiar, Direktor Program dari Eco Knight. Pendedahan ini sekaligus memberikan ilmu kepada peserta mengenai Reduce, Reuse & Recycle.

Kem Motivasi Back To Nature Awana Genting Long House 001

Pada sebelah malam, peserta di kehendaki menyiapkan pakaian yang direka dan dibuat menggunakan bahan kitar semua untuk diperagakana pada program Fashion Show keesokkan harinya.

Hanya dibekalkan dengan kotak, plastik sampah, dan botol, mereka perlu mengerahkan otak untuk mencipta sesuatu yang unik untuk diperagakan di pentas.

Kem Motivasi Back To Nature Awana Genting Long House 001

Dapatkan kain pasang Daun Anzalna yang superb cantik sementara stok masih ada.. Gile ramai masuk order! Cepat!..

Koleksi Ariani Lebaran 2016

Pengalaman tidur di Long House? Erk, malangnya kami memilih untuk tidur di dalam khemah. Semua blogger sebulat suara ingin tidur di dalam khemah.

Sebenarnya lagi syok tidur di dalam khemah berbanding di long house sebab tak ada nyamuk. hehehe. Dan rasa la ada privasi sikit berbanding tidur di long house.

Kem Motivasi Back To Nature Awana Genting Long House 001

Khemah yang di bina elok di depan long house.

Hari ke 2

Kem Motivasi Back To Nature Awana Genting Long House 001

Kabus pagi di Awana Genting Long House.

Pagi pagi, dalam program apa pun, mesti ada senaman pagi atau joging. Sebelum kami dipecahkan kepada kumpulan semula untuk melakukan aktiviti paling best iaitu Treasure Hunt. Excited kami! haha. Macam budak-budak sekolah dah.

Treasure hunt memang mencabar. Kena banyak bersabar. Walaupun pasukan kami tak menang, kami dah lakukan yang terbaik.

Ini memang betul-betul merapatkan hubungan sesama ahli kumpulan.

Kem Motivasi Back To Nature Awana Genting Long House 001

Pindahkan orang ke seberang? Namanya Bridge to Far.

Kem Motivasi Back To Nature Awana Genting Long House 001

 Blogger yang excited.. parah-parah haha

Aktiviti terkahir dalam treasure hunt kami kena jawab quiz. Ala senang je. Google aje. ;p

Selepas habis treasure hunt kami terus buat Fashion Show. Masa ni la semua kumpulan menghantar model masing-masing.

Kem Bulding Back To Nature Awana Genting Long House 017

Kumpulan Kami. PineApple – 7

Kem Bulding Back To Nature Awana Genting Long House 017

Macam-macam ada.

Dan pemenangnya adalah….

Kem Bulding Back To Nature Awana Genting Long House 017

Group kami la menang. Model cantik gilos.. baju pown cantik.. Haha..

Tahniah.. Dapat Hadiah makan di Coffee Terrace dua orang.. kekeke..

Memang seronok dapat bersama mereka dalam program Back To Nature 2015. Semoga ada lagi program-program macam ni.

Terima kasih Genting Highland atas jemputan.

Bagi anda yang nak buat team building atau kem motivasi pelajar, elok la buat kat sini. Di Awana Genting Long House, memang akan betul-betul jadi kem motivasi.. hehe..Sejuk pown sejuk. Kemudahan tandas tempat mandi dan makanan semua ok! Terbaik!

#

About the author

1 Comment

Leave a Comment

CommentLuv badge

TENTANG NORFANIL

25. Pemegang Ijazah Sarjana Muda Perakaunan (Universiti Malaya).

Merupakan blogger sepenuh masa dan juga freelancer

Suka makan, suka tidur, suka travel dan suka aktiviti lasak. Tidak suka jatuh cinta!

Advertorial? Review? Jangan segan-segan hubungi saya. [su_button url="mailto:[email protected]" target="blank" background="#f899ce"]norfanil @ gmail.com[/su_button

MY fanpage

SUBSCRIBE

[mc4wp_form]

© 2015. Norfanil - Salute to Life. All Rights Reserved. Powered by NR Network