Assalamualaikum… Beberapa minggu lepas aku dan beberapa geng blogger terpilih untuk join blogger drive untuk Honda Civic yang berlangsung di Publika.

Kami semua di kehendaki pandu kereta Honda Civic bersama ahli kumpulan kami secara bergilir-gilir. Dan seterusnya kami diberi latihan untuk menggunakan segala kemudahan yang ada dalam Honda Civic tersebut. Nak cerita lanjut nanti baca entry official pasal blogger drive nanti. Best bak hang! hehe.. jangan jeles..

Nak di pendekkan cerita, ada satu part latihan tuh kami kena buat break mengejut. Jadi dia minta 3 orang untuk memulakan secara bergilir-gilir dan masa tuh aku, Farid Laham (terbaik network) , dan Faizal Fredley secara sukarela nak buat dulu.

Excited punya pasal, orang pertama yang buat latihan ialah Farid Laham.. Sebelum mula abang walkie talkie dah bunyi suruh pakai tali pinggang..tapi aku macam dengar tak dengar je.. Untuk latihan sebelum tuh pun, abang walkie talkie tolong ingatkan. Then bila bermula sesi untuk Farid Laham buat break mengejut .. Hahahaha! Amik kau.. kedepan.. Hahaha.. Kesian Farid Laham, sekali je  boleh buat.. Gara gara aku dia pun dah terlepas untuk buat betul betul.. hehe..sorry farid..

Ini lah padahnya, bila tak biasa pakai tali pinggang bila pandu kereta. Bila di suruh orang sebelah baru buat. Kalau tak suruh? jumpa polis baru tergopoh gapah!..

Tak kira la kereta sapa pun aku naik, cam tuh lah..Selamber jeee.. hahaha.. Jangan ikut perangai aku k!.. Tak elok.. Aku dengar kak Yana Yassin pun kena macam ni gak masa blogger drive honda. Sekali dengan IPAD masuk bawah kerusi.. Haha..

Cakap pasal IPAD masuk kerusi, masa aku punya turn, aku letak DSLR atas kerusi.. Lupa pulak nak suruh si Faizal pegang DSLR. Last last habis DSLR jatuh bawah kerusi.. Alamaknya.. Alhamdulillah.. Masih sihat walafiat.. Maaf tuan DSLR… hehehe

Norfanil bersama Kelly dan Penmerah
— Tercapai jugak hasrat nak jumpa Kelly dan Pen Merah.. Hi sek ganu kite.. kekeke.. Tapi macam biasa la.. Aku takkan banyak cakap.. gitu la ropenya aku ni..

21 COMMENTS

  1. kak jie tak.. dah disiplin pakai selalu
    anak2 kat seat belakang pun dah disiplin pakai… skrg ni tak payah suruh, depa dok belakang pun pakai.

    p/s warna backgroung komen ni terang , sampai tak jelas komen

    • itu lah.. kene disiplin..

      # saya tengah edit balik comment background ni… lambat effect..edit smlm, hari ni baru berubah…
      nih edit balik, esok pulak berubah kot.. keke

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

CommentLuv badge