i & Lifestyle

Syarif Sleeq Berlakon Drama Hanya Satu

Pelakon Drama Online Hanya Satu 2
Written by Norfanil

Anda pemilik Homestay atau Hotel? Ingin saya review Homestay atau Hotel Anda? Peluang kini dibuka! (KLIK)

Selepas kejayaan drama online Autumn di Hatiku, Dan Calonnya Adalah dan stand UP, tonton kini kembali dengan drama online baru.

Sempena ulangtahun keempat (4) portal video nombor 1 di Malaysia iaitu Tonton.com.my, sebuah drama online akan menemui peminat bermula 15 September 2014, khas untuk meraikan 4 juta pengguna laman tersebut.

Untuk peminat Syarif Sleeq, drama online Hanya Satu yang mempunyai 25 episod itu menampilkan Syarif Sleeq sebagai pelakon utama berganding dengan Kilafairy, Qhaud Rashid, Fezrul Khan, Wan Shamila dan beberapa artis jemputan seperti Altimet, Anzalna Nasir, RJ dan Raja Farah.

Pelakon Drama Online Hanya Satu

Aku dah tengok trailer drama ni. Best!.  Trailer drama Hanya Satu boleh tengok kat tonton ya..

Mereka ada lagu sendiri untuk drama Hanya Satu. Ada 5 buah lagu antaranya :

  1. Lagu #1 – Sleeq
  2. Pasti – Kilafairy
  3. Belantara Konkrit – Altimet, Salam & Aman-RA
  4. Si Putih Si Merah – Black dan RJ
  5. Resolusi – RJ dan Kilafairy

Boleh dengar lagu-lagu tersebut di www.tontonmusic.com.my.

Penyanyi Syarif Sleeq OST Drama Online Hanya Satu-3

Sinopsis Drama Hanya Satu

Kisah hidup Syarif (Syarif Sleeq) dan Suria Hana (Kilafairy) yang begitu menggemari bidang muzik. Syarif, Suria dan rakan baik mereka Ally (Qhaud Rashid) sering menyertai aktiviti “jamming” sambil mengasah bakat muzik bersama.

Suatu hari, Syarif mendapat tahu tentang ujibakat pertandingan nyanyian terkenal dan berkaya menyakinkan Suria untuk mencuba nasib. Ally pada mulanya tidak mahu membantu kerana kurang menggemari Suria namun akhirnya bersetuju demi Syarif. Semasa ujibakat, kehebatan vokal Suria telah berjaya menambat hati para juri.

Setahun berlalu, Suria kini berada di ambang kemuncak populariti dan dalam proses melancarkan album keduanya. Dalam temubual di sebuah program TV. Suria tidak mengakui yang hatinya telah dimiliki, lantas Syarif memaksa penjelasan daripada Suria.

Dapatkan kain pasang Daun Anzalna yang superb cantik sementara stok masih ada.. Gile ramai masuk order! Cepat!..

Koleksi Ariani Lebaran 2016

Sura pula menyalahkan keadaan dan kekangan industri hiburan serta mahukan hubungan mereka tidak digembar-gemburkan. Ally sekali lagi mengingatkan Syarif yang nyata kecewa bahawa Suria seringkali mengambil kesempatan terhadap dirinya dan mahu Syarif berjuang untuk dirinya sendiri.

Adakah cinta atau kerjaya yang bakal mempengaruhi perhubungan Suria dan Syarif??

Bersama Penyanyi Syarif Sleeq Drama Hanya Satu

Sempat bergambar dengan jejaka hensem Syarif Sleeq. Tinggi lampai vs pendek tak cukup inci.. Haha. Tapi dah nak kahwin. Selepas Alif Sleeq yang akan kahwin Sabtu ni, Syarif Sleeq pula dalam masa sebulan dua nanti. . eh..

Bersama Raja Farah Pelakon Drama Hanya Satu

Kak Raja Farah. Comel gila dia.. Sempat la aku ambil gambar dia kena interview.. Haha..

Bersama Diana Halik di Pelancaran Drama Online Hanya Satu

Masa dia datang, dalam hati aku kata. “macam kenal je..tapi siapa ye?” . Tak perasan lagi ada Aaron Aziz tadi. Nampak kak Diana Halik dulu. Bila tengok Aaron Aziz , terus teringat. Isteri dia.. Comel dan cantik dia .. Dah lama tahu dia dah pakai tudung. So aku amik la gambar ngan dia.. hehe

Abang AA tak ada. Dia dah lari lepas pelancaran. Tak sempat nak amik gabo.. Maybe next time. 

Untuk peminat Syarif Sleeq dan Kilfairy, jangan lupa tonton drama online ya.

  • 15 September -17 Oktober 2014
  • 12.00 Tengah Hari
  • 25 Episod – 1 Episod hanya 5 minit.

See yaa~

#

About the author

7 Comments

Leave a Comment

CommentLuv badge

TENTANG NORFANIL

25. Pemegang Ijazah Sarjana Muda Perakaunan (Universiti Malaya).

Merupakan blogger sepenuh masa dan juga freelancer

Suka makan, suka tidur, suka travel dan suka aktiviti lasak. Tidak suka jatuh cinta!

Advertorial? Review? Jangan segan-segan hubungi saya. [su_button url="mailto:[email protected]" target="blank" background="#f899ce"]norfanil @ gmail.com[/su_button

MY fanpage

SUBSCRIBE

[mc4wp_form]

© 2015. Norfanil - Salute to Life. All Rights Reserved. Powered by NR Network