Suamiku Encik Sotong

Suamiku Encik Sotong, sebuah novel yang diadaptasi ke drama di saluran Astro. Novel Suamiku Encik Sotong ditulis oleh Syikin Zainal dan diterbitkan oleh Media Prima dibawah Karangkraf.

Mula mula saya tengok trailer drama Suamiku Encik Sotong saya agak tertarik dengan lakonan Shanaaz. Memang buatkan kita tergelak. Belum lagi layan drama. Tahniah buat Sharnaaz.!

Dalam Drama Suamiku Encik Sotong, Sharnaaz Ahmad memegang watak sebagai Farish ‘lelaki sotong’, Amyra Rosli sebagai Erica, Amar Bahrain sebagai Izhan (sepupu) dan penampilan Hanis Zalikha sebagai Dhia, rakan sekolej Farish.

Suamiku Encik Sotong

Sinopsis Novel Suamiku Encik Sotong

ERICA SOFFEA melonjak kegembiraan. Mana tidaknya, dialah bakal peneraju Khaleeda Holding. Walaupun hubungannya dengan arwah nenda bu-kanlah baik sangat pun. Terasa macam hendak buat aksi akrobatik ketika namanya diumumkan.

Naik senak kepala Erica bila dia terpaksa dijodohkan dengan sotong peliharaan nendanya, Farish. Dah lah tak macho, pakai baju warna pink. Kalau bercakap tangan bukan main lentik lagi macam orang nak main mak yong. Farish terpaksa menerima Erica kerana dua sebab.

Pertama, sebab wasiat arwah Tengku Khaleeda. Kedua, kerana tidak tahan dengan perangai berlagak Erica. Lagipun bukan lama sangat dia perlu bergelar suami pada diva berlagak itu, tiga tahun sahaja. Dalam tempoh perkahwinan mereka jatuh cinta. Tapi… cinta itu bukan milik mereka berdua. Milik siapa ya?

Peninglah, kalau dah dapat suami sotong. Bukan hanya lembut fizikal tapi lembut juga hatinya. Erica pula terpaksa terus bersama dengan Encik Sotongnya kerana cinta. Encik sotong bukan lelaki biasa, tetapi lelaki yang sanggup berkorban segala-galanya demi tidak mahu melihat Erica merana. Walaupun jiwa lelakinya menderita, tapi sampai bila?

“Amboi sedap aje mulut kau mengata kat aku. Aku pun tak ingin nak ambil perempuan macam kau ni jadi isteri aku tau. Mulut macam puaka.” – Farish

“Bukanlah Kak Ain, bukan Rica nak sembunyikan suami Rica. Tapi dia sibuk maklumlah nak jahit baju pertunangan Izhan dengan Qarina. Faham-faham ajelah golongan tengku-tengku ni bertunang pun kena buat yang grand. Baju tu kalau boleh bukan setakat labuci, lampu lip-lap tu pun kalau boleh suruh dipasang kat baju. Itu yang suami saya sakit kepala. Nak fikir macammana nak letak lampu lip-lap kat pergelangan tangan.” – Erica

Drama Suamiku Encik Sotong
Saluran Astro Ria (104) & Maya HD
Bermula 27 Oktober 2014
Setiap hari Isnin, Pukul 10 Malam

Tonton online drama Suamiku Encik Sotong
Episod 1   l    Episod 2  l   Episod 3  l  Episod 4  l  Episod 5  l
Episod 6   l    Episod 7  l   Episod 8  l  Episod 9  l  Episod 10  l
Episod 11   l    Episod 12  l   Episod 13  l  Episod 14  l  Episod 15  l

Ingin baca novel Suamiku Encik Sotong?
Boleh ke sini –> Karangkraft

2 COMMENTS

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

CommentLuv badge