Sinopsis Encik Suami Perfect 10
Sinopsis Encik Suami Perfect 10

Suamiku Encik Perfect 10. Boleh dikatakan one of the best novel yang saya pernah baca. Ada lawak, ada sedih, ada gembira.

Novel Encik Suami Perfect 10 adalah novel terbitan Karya Seni yang ditulis oleh Syamnuriezmil. Dengan ketebalan 527 muka surat, sangat syok baca!

Encik Suami Perfect 10 akan ditayangkan di Astro pada 22 Januari 2015. Tak sabar nak tengok Aaron Aziz dan Lisa Surihani berlakon.  i Love watching Lisa Surihani acting!

Filem Encik Suami Perfect 10
Aaron Aziz dan Lisa Surihani memegang watak utama dalam filem Encik Suami Perfect 10

Siapa Syamnuriezmil?

Syamnuriezmil atau nama penuhnya Nur Azyyati Abu Bakar merupakan seorang pegawai bank. Merupakan penulis separuh masa, Telah menghasilkan beberapa karya iaitu Encik Suami Perfect 10, Terlanjur Mencintaimu, Pabila cinta memanggilku dan banyak lagi.

Syamnuriezmil berkelulusan BA (Hons) in Finance, UiTM Shah Alam berasal dari Shah Alam, Selangor dan menetap di Ipoh Perak.

Sinopisis Suamiku Encik Perfect 10

Pertemuan yang tidak terduga sewaktu penerbangan dari Heathrow, London ke KLIA, Sepang menciptakan sebuah lakonan suami isteri di antara Aleeya Azmeen dan Zarief Danial. Lakonan selama seminggu demi menyelamatkan Aleeya Azmeen untuk berdepan dengan ibunya, Puan Yazmeen telah memutikkan perasaan lain pula di antara mereka. Perasaan yang sukar diluahkan dengan kata-kata dan kadang kala membuatkan masing-masing keliru.

Saat itu, Syed Muzaffar, bekas kekasihnya, cuba menagih semula cinta Aleeya Azmeen. Konflik bertambah hebat apabila keluarga Syed Muzaffar cuba merebut anak yang dikandungkan oleh Aleeya Azmeen untuk mendapatkan harta dan kekayaan.

Azura Hanim, seorang model dan juga tunangan Zarief Danial selama tiga tahun menjadi penghalang rasa cinta Zarief Danial terhadap Aleeya Azmeen. Azura yang selama ini gemar mengelak dari berbicara tentang perkahwinan tiba-tiba sahaja meminta untuk mempercepatkan tarikh perkahwinan mereka. Zarief Danial akhirnya mengambil keputusan drastik dengan memutuskan pertunangannya bersama Azura demi cintanya terhadap Aleeya Azmeen.

Aleeya Azmeen menjadi keliru tetapi mengakui Zarief Danial mempunyai ciri-ciri lelaki ‘perfect 10’ yang diidaminya selama ini. Namun, Aleeya perlu memilih di antara tanggungjawabnya terhadap Syed Muzaffar ataupun cintanya pada Zarief Danial.

Siapakah yang layak menjadi suami paling sempurna buat Aleeya Azmeen? Adakah Syed Muzaffar ataupun Zarief Danial? Adakah Aleeya akan memperoleh cinta dari Encik Perfect 10, seperti mana yang diharapkan selama ini?

Pelakon Encik Suami Perfect 10
Aleeya Azmeen dan Zaried Danial… Mesti comel watak lisa dalam filem ni
Pelakon Encik Suami Perfect 10 Aaron Aziz
Hot guys! Harus la kelakar watak dia ni
Pelakon Encik Suami Perfect 10 Lisa Surihani
Cantik Lisa Surihani bertudung..

Suamiku Encik Perfect 10
22 Januari 2015

Pelakon –
Aleeya Azmeen – Lisa Surihani
Zarief Danial – Aaron Aziz
Syed Muzaffar – Syazwan Zulkifly
Azura Hanim – Raja Ilya
Puan Yazmeen – Jasmin Hamid
Tok Zaharah – Normah Damanhuri
Akram – Jehan Miskin

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

CommentLuv badge