Assalamualaikum..
Sedih, hanya Tuhan yang tahu..Kita yang tengok berita, yang menunjukkan hari dimana wira kita di semadikan dengan tanah, kita pun rasa sedih.. Lagi lagi lah mereka keluarga terdekat dan isteri arwah. Al-Fatihah…
Siapa sangka, ulang tahun perkahwinan yang ke 23 menjadi detik terakhir  Supt Ibrahim Lebar dan Isterinya. Rosiah telah menghantar SMS kepada suaminya mengucapkan ulang tahun perkahwinan mereka.. Tetapi Rosiah tidak tahu suaminya tidak akan membaca mesej tersebut apabila beliau telah dibunuh oleh pengganas Sulu..
“Saya perlu mendengar suara suami saya setiap hari. Saya menelefonnya pada pukul 2 petang dan kami berbual pendek. Kemudian dia berkata mahu bercakap dengan anak bongsu kami tetapi akan menelefon semula pada pukul 8 malam.

“Kami menunggu panggilannya tetapi menjelang tengah malam yang masuk tarikh ulang tahun perkahwinan kami yang ke-23, saya tidak boleh menunggu lagi dan hanya menghantar SMS mengucapkan selamat hari ulang tahun. Tetapi tiada jawapan. Itulah saat-saat buruk dan menakutkan saya.

“Kemudian, saya mendapat tahu bahawa beliau tidak lagi hidup pada masa saya menghantar SMS,” katanya ketika ditemui di rumahnya di USJ 9 di sini.

“Anak-anak menjadi kekuatan saya. Mereka tahu berapa banyak saya sayangkan suami saya dan bagaimana rapat dan kukuhnya hubungan kami.

“Saya juga perlu kuat untuk mereka. Sokongan besar diterima daripada keluarga, rakan-rakan, polis dan kerajaan telah membantu kami melalui masa yang sukar ini,” katanya.

Pasangan ini mempunyai tiga orang anak berusia antara 17 dan 22 tahun. Anak sulung, Amirul Shafiq, 22, sedang melanjutkan pengajian dalam bidang Diploma Pemasaran di UiTM, Segamat, manakala Amira Shahira, 20, belajar perubatan di Universiti Kaherah di Mesir. Anak bongsu, Amira Shadida, dijadualkan menduduki SPM tahun ini. Rosiah berkata dia dan anak-anaknya bangga Supt Ibrahim dan rakan-rakan lain yang terkorban telah diangkat sebagai Wira Negara.

Terdahulu, Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Rosnah Shirlin dan beberapa pemimpin Puteri Umno peringkat bahagian melawat Rosiah di kediamannya.

Mereka mengucapkan takziah sebelum menyerahkan sumbangan wang tunai untuk pendidikan anak-anak.- The Star

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

CommentLuv badge