Assalamualaikum…

Tiba tiba jadi kecoh pasal status halal yang di katakan di tarik balik untuk Starbucks, Mcdonald dan Secret Recipes. Terasa la jugak bila dengar kan. Tapi mujur la itu semua tidak benar.. Alhamdulillah.. Aku tak makan benda haram.

Menurut laman web Halal Malaysia, kesemua restoran tersebut tidak pernah di tarik balik atau di gantung status halal mereka. Jakim sentiasa membuat pengawasan berkala untuk memastikan restoran ini mematuhi piawaian sijil halal.

So pada  mereka yang selalu mengeluarkan atau menyebarkan tentang status halal yang di tarik balik tuh, udah udah la.. Halal Malaysia pun dah keluarkan notis tentang ni. Keempat empat yang dikatakan tidak halal tuh semuanya halal.. Boleh makan.

Kadang kadang aku curious jugak kenapa ada orang buat penyebaran palsu ni.. Kalau bab boikot tuh atas hak masing masing la..  Tapi tak bagus kalau sebarkan fitnah cakap tak halal. Orang yang makan ni pulak rasa tak sedap tiba tiba.. Mujur Jakim cepat keluarkan notis.. Fuhh!..

Ini notis yang dikelurkan Jakim Halal Malaysia.

Pengguna yang dihormati sekalian,

Adalah dimaklumkan bahawa kebelakangan ini Jakim menerima pelbagai aduan dan pertanyaan daripada orang ramai mengenai status halal syarikat-syarikat berkenaan:

McDonald’s
Secret Recipe
The Chicken Rice Shop (TCRS)
Starbucks

Sukacita JAKIM menegaskan bahawa Sijil Pengesahan Halal Malaysia bagi syarikat-syarikat berkenaan tidak pernah DIGANTUNG / DITARIK BALIK sehingga kini. Syarikat-syarikat pemegang sijil halal sentiasa dipantau secara berkala oleh JAKIM dan mendapati piawaian pensijilan halal Malaysia sentiasa dipatuhi.

JAKIM menyeru kepada pengguna di luar agar tidak terpengaruh dengan berita-berita PALSU di laman-laman sosial yang sengaja disebarkan oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab.

Sebarang maklumat atau keterangan lanjut, para pengguna boleh berhubung terus dengan Pegawai Perhubungan Awam Bahagian Hab Halal Jakim di talian 03-83150200 (109) dan emel di [email protected]

Dapatkan maklumat restoran halal di

1 COMMENT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

CommentLuv badge