Status Halal Auntie Anne’s | Kalau hujung minggu, penuh orang beratur di Auntie Anne’s nak beli PRETZEL yang sedap. Dari jauh boleh bau makanan dia dan memang menjadi tumpuan ramai.

Hari ini, kecoh mengenai Status Halal Auntie Anne’s yang dikatakan tidak mendapat Sijil Halal dari Jakim.

Memang dah viral, sehinggakan Farhatul Kamilah, yang merupakan QA Executive merangkap Halal Executive di Auntie Anne’s Malaysia, memberikan penjelasan apa yang berlaku.

Penjelasan Farhatul Kamilah, Mengenai Status Halal Auntie Anne’s.

status-halal-auntie-annes-4Saya bekerja sebagai QA Executive merangkap Halal Executive di Saya merupakan pemegang Ijazah Kejuruteraan Teknologi Kimia (Makanan) dan adalah seorang ‘certified’ Halal Executive dibawah badan Halal Development Corporation (HDC). Penyataan ini bukanlah untuk meninggi diri, tetapi bertujuan untuk mempertahankan kreadibiliti saya bagi menjawab isu status halal di tempat saya bekerja.

“Permohonan halal Auntie Anne’s (HALAL-20160627) ditolak JAKIM”

Kenapa? BACA SAMPAI HABIS!

Ya betul, permohonan kami telah ditolak atas beberapa isu. Isu-isunya adalah seperti berikut:-

1) JAKIM meminta kami untuk memohon sijil halal bagi Central Kitchen (CK) dahulu dimana proses re-packing dilakukan sebelum meneruskan permohonan bagi outlet.

2) Saya telah memohon sijil halal bagi kesemua 45 outlet Auntie Anne’s dibawah satu permohonan. JAKIM telah menolak permohonan dan meminta saya untuk mengasingkan permohonan mengikut zon untuk memudahkan proses audit. Situasi ini juga pernah berlaku kepada jenama Sushi King. Pada mulanya, hanya beberapa outlet sahaja yang disahkan halal kerana proses ini dijalankan secara berperingkat dan mengikut zon walaupun semua produknya adalah daripada CK yang sama.

3) Nama menu ‘Pretzel Dog’ haruslah ditukar kepada nama yang lebih sesuai. Saya telah mencadangkan beberapa nama baru dan masih menunggu keputusan mesyuarat panel dari pihak JAKIM. Setelah kami mendapat keputusannya, kami harus menukar kesemua menuboard sebelum proceed kepada permohonan baru.

Untuk pengetahuan semua, saya telah menghantar permohonan bagi CK. Kami telah melepasi peringkat pertama dan sudah pun menjelaskan bayaran dan sedang menunggu proses audit dari JAKIM. Saya sertakan surat dan resit bayaran dalam post ini.

Status Halal Auntie Anne's - Penjelasan dari Halal Executive

Ingin saya tegaskan, Auntie Anne’s BUKAN pemegang sijil halal JAKIM tetapi kami sedang BERUSAHA kearah itu.

JAKIM mempunyai standard yang sangat tinggi yang harus diikuti oleh semua pemegang sijil halal JAKIM. Pihak JAKIM bukan hanya memfokuskan kepada status halal bahan makanan, tetapi juga kebersihan outlet dan pengendali makanan.

Saya juga seorang Muslim dan ini adalah salah satu tanggungjawab fardhu kifayah saya untuk umat Islam. Doakan saya berjaya 🙂

Bagi yang was-was tapi mahu juga mencuba pretzel Auntie Anne’s, saya cadangkan anda menunggu sehingga kami disahkan halal terlebih dahulu kerana perkara yang syubhah sudah jatuh haram untuk kita memakannya. Jika Auntie Anne’s sudah disahkan halal oleh JAKIM, saya cadangkan anda beli Éclair Stix dan Jalapeno Cheese, kerana kedua-duanya favourite saya 🙂

Status Halal Auntie Anne's - Penjelasan dari Halal Executive
Pretzel kegemaran ramai!

Ikhlas,

Anak dara Makcik Anne : Farhatul Kamilah (FB)

Bagi admin, memang admin sedia tahu mengenai perkara melibatkan sijil halal. Ada sesetengah premis tidak mendapat sijil halal bukan sebab bahan yang digunakan, banyak piawaian yang perlu diikuti untuk menapatkan sijil halal.

Tepuk dada, tanya iman.  Semoga Farhatul Kamilah berjaya dapatkan Sijil Halal untuk Auntie Anne’s sebab memang ramai sangat peminat Auntie Anne’s. Dan semoga penjelasan ini boleh hilangkan rasa ragu ada. Bukan apa, sebab kena tolak bukan sebab bahan, tapi sebab lain.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

CommentLuv badge