i & Gajet

Serba Baru Samsung Galaxy Tab 7.7–Saya sudah memilikinya

Written by Norfanil

Anda pemilik Homestay atau Hotel? Ingin saya review Homestay atau Hotel Anda? Peluang kini dibuka! (KLIK)

 

Alhamdulillah… setiap tahun mesti ada sahaja gadget impian penulis untuk di beli.. macam tahun lepas penulis beli Nokia C7 selepas membuat pertukaran Yari dengan kakak penulis, memandangkan beliau nak handset biasa biasa je, baik penulis kebas beli baru.. Dan bertarikhkan 20 Feb 2012, penulis berjaya memilik Samsung Galaxy Tab 7.7 pula.. Setakat ni apa yang penulis guna amat amat berpuas hati..

Pada permulaan, terfikir untuk beli menggunakan pakej. tetapi bila di selidik better penulis beli tanpa pakej dan terus dari Samsung. Pakej Samsung Galaxy Tab 7.7 dari Digi lagi murah berbanding Celcom, tetapi apabila dibuat pengiraan sebenarnya hampir sama. Total perlu dibayar untuk pertama kali sekiranya membeli Pakej Samsung Galaxy Tab 7.7 dari DIGI adalah RM1800++ (total up device payment + upfront)..dan perlu bayar bulanan untuk 3G  dan seterusnya ada contract selama 2 tahun..

So penulis decided untuk memberli dengan samsung terus, dengan harga RM2099.. tanpa contract, tanpa 3G tanpa bayaran bulanan.. sebab buat masa sekarang Wifi di kolej sudah memadai, dan lagipun sekarang ada simpack 1 Malaysia untuk 3G kan, itu lagi murah berbanding pakai pakej plan yang disediakan..

Jom baca serba sedikit tentang Samsung Galaxy Tab 7.7

SAMSUNG memperkenalkan premium dunia tablet mudah alih pertama dengan Super AMOLED Plus Display untuk mereka yang mementingkan gaya selain tampil elit.

Ia menjadi tablet pertama di dunia menampilkan Super AMOLED Plus Display, dengan resolusi tinggi skrin pintar yang memberikan anda pengalaman menonton yang sangat menakjubkan.

Selain itu, saiznya yang unik memudahkan ia dibawa ke mana saja selain pelbagai kegunaan lain yang tidak pernah difikirkan anda. Pengguna kini boleh menikmati pengalaman menonton dengan lebih terang, prestasi yang berkuasa dan kandungan yang pelbagai.

Didatangkan dalam salut logam yang menarik dan dilengkapi ciri-ciri tersendiri, tablet ini mampu memenuhi cita rasa golongan yang mementingkan gaya dalam kehidupan.

GALAXY Tab 7.7 menunjukkan komitmen berterusan Samsung kepada inovasi. Selain itu, produk ini menjadi antara yang terbaru dipasarkan dengan ciri-ciri ringan, kuat, malah termaju dari segi teknologi.
Mengikut kenyataan yang dikeluarkan Samsung, syarikat itu mensasarkan produknya akan terus mengekalkan kedudukan sebagai salah satu pembekal telefon mudah alih terkemuka di Malaysia.

Dapatkan kain pasang Daun Anzalna yang superb cantik sementara stok masih ada.. Gile ramai masuk order! Cepat!..

Koleksi Ariani Lebaran 2016

Dengan berat hanya 340 gram dan 7.89mm nipis, GALAXY Tab 7.7 adalah salah satu daripada kebanyakan peranti mudah alih di pasaran, memberikan kesempurnaan untuk diletakkan dalam poket, tas tangan atau jaket.

Dilengkapi dengan pemproses teras dua 1.4GHz dan Android Honeycomb 3.2, ia menjadi pek lengkap untuk semua. Pada masa sama, mengekalkan reka bentuk yang paling memikat.

Selain menikmati muat turun dengan pantas, penyambungan segera dan pengalaman menonton maksimum, GALAXY Tab 7.7 juga membolehkan pengguna membuat panggilan suara dan video tanpa menggunakan alat dengar.

Dengan rangkaian HSPA + 21 Mbps, anda akan mengalami pengalaman muat naik dan muat turun yang sangat pantas. Ia juga dilengkapi dengan bateri 5100 mAh, menyediakan sehingga 10 jam masa main balik video tanpa menjejaskan hayat bateri.

GALAXY Tab 7.7 dijual pada harga RM2,099 dan boleh didapati di semua outlet Samsung.

SPESIFIKASI Samsung Galaxy Tab 7.7
Paparan: 7.7 inci 1280×800 (WXGA) Super AMOLED Plus
Prosesor: 1.4GHz Dual Core application processor
jaringan: HSPA+ 21Mbps 850/900/1900/2100
EDGE/GPRS 850/900/1800/1900
Memori: 16GB movi NAND + microSD (sehingga 32GB)
Kamera: 3 MP Flash AF LED (belakang), 2MP FF (depan)
Sambungan Wireless: WiFi 802.11 a/b/g/n, 802.11n, WiFi Direct, BT v3.0, USB 2.0 Host
Audio: MP3, AAC, AAC+, eAAC+, WMA
Video: MPEG4, H.263, H.264, WMV, DivX (1080p Full HD video @ 30fps)
GPS: A-GPS
kapasiti bateri: 5,100 mAh
OS: Android Honeycomb 3.2

#

About the author

6 Comments

Leave a Comment

CommentLuv badge

TENTANG NORFANIL

25. Pemegang Ijazah Sarjana Muda Perakaunan (Universiti Malaya).

Merupakan blogger sepenuh masa dan juga freelancer

Suka makan, suka tidur, suka travel dan suka aktiviti lasak. Tidak suka jatuh cinta!

Advertorial? Review? Jangan segan-segan hubungi saya. [su_button url="mailto:[email protected]" target="blank" background="#f899ce"]norfanil @ gmail.com[/su_button

MY fanpage

SUBSCRIBE

[mc4wp_form]

© 2015. Norfanil - Salute to Life. All Rights Reserved. Powered by NR Network