Sepetang Bersama Blogger 2015 & Yeos 6

Hai,

Ramai yang excited menunggu pengumuman hari Sepetang Bersama Blogger & Yeos 2015. Alhamdulillah, sempat pergi ke majlis pengumuman hari #SBBYeos2015 haritu.  Ini adalah #SBB yang ke 4 dah.

Tahun ni memang menjanjikan kelainan sebab kali ni #SBBYeos2015 akan dilakukan secara outdoor. Bukan lagi indoor macam sebelum ni.  Dan aku rasa ia lebih menarik.

Kenapa aku cakap lebih menarik? Bila buat outdoor ni, lebih mudah nak bergaul mesra dengan rakan-rakan blogger. Orang macam aku, kalau indoor, disitu je la duduk nya. Tak reti nak mingle bertegur sapa.

Kalau outdoor dan perlu berkomunikasi dengan rakan-rakan, memang pandai la berkenalan sendiri sebab ia satu keperluan. Hehe

Sepetang Bersama Blogger 2015 di Putrajaya!

Sepetang Bersama Blogger 2015 & Yeos 2
Tuan Haji Amir membuat pengumuman tarikh Sepetang Bersama Blogger Yeos 2015

Bila cakap pasal outdoor, Taman Cabaran, Percint 5, Putrajaya menjadi tempat pilihan untuk #SBB2015 dengan kerjasama Perbadanan Putrajaya pada 13 Jun 2015. Tak lama lagi dah. Tinggal lebih kurang 3 minggu lagi.

Kali ni acara bermula pukul 8 pagi dan ada dua sesi, iaitu sesi pagi dan sesi petang. Sesi pagi untuk acara Blogger Treasure Hunt dan petang untuk Sharing Session.

Ramai blogger tak sabar nak masuk Treasure Hunt dan ada yang dah pilih team.. sabar ye sabar.. jangan risau pasal team sebab team-mates dipilih secara rawak oleh team Denaihati.hehe

Hadiah Treasure Hunt cukup lumayan iaitu Wang Tunai RM5000, Iphone 6, Samsung Note Edge dan lain-lain. Memang rugi la siapa yang tak datang.. Terutamanya Norpa! heh.

Sepetang Bersama Blogger 2015 & Yeos 4
Antara penaja Sepetang Bersama Blogger Yeos 2015 The Sumbs, dan Yeos. Penaja lain eQurban Resources Sdn Bhd, Jam tawaf Denaihati dan Perbadanan Putrajaya

Yeo’s Sitkom Blog Kontes

Untuk memeriahkan lagi #SBBYeos2015 kali ini, Yeo’s sendiri akan menganjurkan kontes untuk bloggers iaitu Yeo’s Sitkom Blog Kontes. Apa kena buat untuk contest ni? Masih lagi rahsia. Tunggu pengumuman nanti yo.. Hadiah lumayan ni iaitu GoPro Hero 4 x 3 pemenang.

Sepetang Bersama Blogger 2015 & Yeos 3
Orang kuat Yeos. Yeas sudah menjadi penaja 2 tahun berturut turut.

Daftar Sepetang Bersama Blogger 2015!

Pendaftaran #SBBYeos2015 sudah dibuka.. Blogger dah boleh mendaftar di www.sbb.my. Yuran dikenakan sebanyak RM30 seorang. Murah je. Tak kejam sangat pon! haha..

Yang berkeluarga boleh bawa family sekali ye. Tapi kena daftar jugak.

1 COMMENT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

CommentLuv badge