Senarai kedai terima baucer buku 1 malaysia 1
Senarai kedai terima baucer buku 1 malaysia 1

Assalamualaikum..

Dah dapat Baucer Buku 1 Malaysia (BB1m)? Semangat betul bila dapat Baucer Buku 1 Malaysia. Tapi aku punya tak ambil lagi. Tak dan masa nak gi ambil sebab sekarang dah intern kan. Nak keluar pejabat tuh pikir patplohkali sebab kerja tinggi menggunung.

Banyak kedai buku boleh guna Baucer Buku, bezanya ada portion wajib atau tak je. Ye la, seperti dah sedia maklum, MPH ngan Popular ada buat portion sendiri. Samaada 80% untuk buku dan 20% untuk alat tulis. atau yang 75% dan 25%.

** Updated 18.04.2014 – Untuk MPH tiada lagi portion. Anda boleh beli buku sebanyak mana. Baucer boleh guna untuk beli semua buku. Tapi kalau alat tulis kena make sure buku lebih banyak dari alat tulis. Gadget dan barangan komputer tak dibernarkan guna baucer buku. ( Beli novel di MPH pakai baucer buku )

Kat mana nak cari kedai yang tak ada portion? Biasa kedai kecik kecik jarang ada portion. Macam baru baru ni aku pergi Pustaka Mukmin (Kedai Buku dan Alat tulis) dekat Jalan TAR, terperasan ada tulis boleh guna baucer buku. Boleh tahan ramai orang. Dan aku rasa kat situ tak ada portion macam kat MPH ngan POPULAR.

Masa pergi tuh nak beli novel. Siapa ada diskaun 20% lagi. Untung sungguh kalau masa tuh ada baucer buku.. hehe.. Almaklum la, sekarang tengah intern, takde buku lain dah nak beli.. hehe..

 

kedai yang boleh guna baucer buku
Antara kedai yang boleh guna baucer buku 1 Malaysia

Kalau kat kedai Borders aku pernah tulis dulu. Kedai Borders tak ada portion tapi ada syarat lain. Kira ok la tak seketat macam MPH dan Popular.

Selain tuh, kalau nak guna untuk beli printer, ink printer, hardisk, pandrive dan seangkatan dengannya mungkin kena tunggu PC fair atau Book Fair. Kat UM ada, tapi aku ingatkan awal awal, kat UM ni markup memang tinggi. So mahal dari harga biasa. Dan kalau nak beli jugak printer biasa kena tempah dulu.

Ramai yang taknak bila harga mahal, tapi gitu la. Atas diri masing masing. Kalau ada tempat lain nak share, boleh komen supaya senang nanti ramai nak singgah beli guna baucer buku..

Kedai Terima Baucer Buku 1 Malaysia

  1. MPH (boleh juga beli online guna baucer buku..tapi ada zon xboleh. tengok senarai poskod.. untung beli online dapat diskaun 10-20%)
  2. Popular
  3. Pustaka seri intan (hanya pantai timur : tganu, kelantan)
  4. Pustaka Mukmin
  5. Border
  6. Konikuniya
  7. dan lain lain kedai bernama pustaka.. acu try tanya.. heehehehe

 

Updated 29.04.2014 : 

Mahasiswa yang memiliki Baucar Buku 1Malaysia (BB1M) hanya boleh membeli buku akademik, jurnal dan majalah ilmiah sahaja, berkuatkuasa pada 1 Mei depan.

Menurut Kementerian Pendidikan, langkah ini diambil selaras garis panduan yang baharu dan bagi memastikan pemberian BB1M mencapai matlamatnya.

“Selain itu, kelonggaran yang¬† membolehkan mahasiswa mengguna sebanyak 20 peratus daripada nilai baucar yang tidak dapat dihabiskan untuk membeli barangan lain selain buku turut dimansuhkan. – Sumber Sinar Harian

11 COMMENTS

  1. Kat pustaka mukmin lg owsom..hehe..sbb leh beli supplemen bagai..tk nak beli buku pn tkpe..250 beli alat2 kcntikan..dye trime!!

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

CommentLuv badge