Assalamualaikum.. hari ni 4 Ogos 2013 saya tengok berita di TV3 tadi.. Dan berita terkini adalah 4 produk DUMEX di tarik balik ekoran di khuatiri tercemar.. Saya tak sempat salin apakah produk tersebut tetapi saya google untuk mengetahui mengenai 4 produk DUMEX yang tercemar..

Melalui laporan dari The Malaysia Insider, produk ini di tarik balik ekoran daripada maklumat yang diterima dari Fonterra yang menyatakan sebahagian daripada ramuan yang dibekalkan kepada Danone Dumex berkemungkinan tercemar..

Oleh kerana itu, Danone Dumex mengambil tindakan untuk menarik balik produk tersebut. Senara 4 produk DUMEX yang di tarik balik adalah :

Dumex Dupro  Step 2 dengan nombor batch; 04263B2; 04273B2; 05033B2; 05093B2; 05153B2; 05223B2; 05233B2; 05143T1; 05153B1; 04263B1; 04273B1; 04273B2; 05033B1; 05033B2; 05093B1; 05093B2; 05153B1; 05153B2; 05223B1; 05223B2;05233B1.

Produk lain termasuklah Mamex Cherish Step 1; 06103T1; 06213B1; 06213B2; 06053R1; 06123R1; 06093T1; 06213B1

Mamex Explore Step 2; 06093T1; 06123R1; 06213B1; 06213B2; dan Bebelac Step 2; 05023R1; 05033R1.

Di nasihatkan kepada ibu bapa supaya tidak memberikan minum bayi dengan produk DUMEX yang di senaraikan berserta nombor batch yang di berikan sebagai langkah berjaga jaga..

Oh.. selain itu, ada lagi satu produk sekarang dalam ujian dari Kementerian Kesihatan dan sedang menanti pengesahan iaitu produk  ‘Nutricia Karicare follow-on formula products for children from 6 months old yang disyaki tercemar dengan dengan bakteria clostridium botulinum terdapat di pasaran tempatan.

Ibu bapa boleh menghubungi DUMEX CARE LINE di talian 1800-38-1038.

p/s: info keluarga untuk di kongsii.. bahaya ni…

24 COMMENTS

  1. ank guna mamex cherish,tgk batch no xda dlm tu tp batch no ada dlm snrai dumex dupro. mcm mna tu? lain ke atau sma gak? atau kbetulan batch no sma?

  2. adakah dumex dulac product danone / israel? kena boycott ni. baru beli td nk gantikn lactogen, rupanya danone pulak..

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

CommentLuv badge