i & Travel

Sedikit Info Mengenai Airasia Complimentary Voucher

Info AirAsia Complimentary Voucher
Written by Norfanil

Anda pemilik Homestay atau Hotel? Ingin saya review Homestay atau Hotel Anda? Peluang kini dibuka! (KLIK)

Hi,

Kali ni nak share sikit mengenai AirAsia Complimentary VOucher yang saya menang untuk blogpost terbaik masa #TSDayOut Special Selangor Meets Sarawak.

Pertama kali dapat AirAsia Complimentary VOucher sangat la teruja. Dapat pula ke Maldives, orang kata pulau untuk honeymoon. Tapi takde la saya nak pergi honeymoon.

Malangnya,  AirAsia Complimentary VOucher expired pada akhir bulan 12 2015, dan saya dapat voucher tersebut seminggu bulan 12.

Memang tak sempat merancang.

Tapi alhamdulillah. Dapat jugak pergi. Kenapa? hehe

Sebelum tu saya bagi info mengenai AirAsia Complimentary VOucher dahulu.

Sedikit Info Mengenai  AirAsia Complimentary Voucher

  • Hanya boleh digunakan sebelum tarikh expired. Sekiranya hampir expired sekurang-kurangnya 1 minggu, boleh minta lanjutan dengan air asia. Cara? nanti saya kongsikan.
  • Hanya boleh di tebus di kaunter AirAsia. Online tidak dibenarkan. Saya tebus di KL Sentral.
  • Boleh digunakan orang lain, tidak semestinya pemegang voucher yang kena pergi melancong. Dengan syarat, ada voucher dengan anda.
  • Tidak boleh ditebus penerbangan pada public holiday, Sabtu dan Ahad. Tidak kira pergi atau balik.
  • Voucher hanya untuk AirAsia Seat Fee. Airport tax, insurance, lain-lain caj hendak la dibayar semasa mengambil tiket.
  • Voucher perlu ditebus 7 hari sebelum tarikh penerbangan.

Seperti saya cakap tadi, saya sempat pergi kerana saya buat extension / minta lanjutan tarikh travel ke Akhir Januari 2016.

Dapatkan kain pasang Daun Anzalna yang superb cantik sementara stok masih ada.. Gile ramai masuk order! Cepat!..

Koleksi Ariani Lebaran 2016

Cara-cara Memohon Lanjutan / Extension  AirAsia Complimentary VOucher

  • Pastikan voucher anda tidak expired. Sekiranya expired, tidak boleh memohon untuk lanjutkan tarikh.
  • Hantar email kepada [email protected]
  • Kalau selepas 3 hari tak ada maklum balas, contact semula pemberi voucher berkenan.
  • Tunggu tiket baharu di hantar melalui email.
  • Simpan email tersebut, mungkin pihak di Kaunter AirAsia bahagian penebusan ingin melihat email tersebut sebagai bukti dan untuk verify permohonan lanjutan dengan staff mereka.

Jimat dengan AirAsia Complimentary Voucher

Tiket penerbangan dari Kuala Lumpur ke Maldives memang mahal. Ada yang pernah dapat RM500 pergi balik, itu masa promo dan dibeli online.

Kalau tak memang tiket sahaja dah cecah RM1,000. Kalau dekat kaunter AirAsia boleh cecah RM1,500 pergi saje. DI itambah-tambah lagi di Maldives , mereka menggunakan USD. Memang kos yang agak tinggi.

Saya dah tebus voucher saya. Masa saya pergi tebus, mujur staff AirAsia ok. Mesra gile. Siap boleh sembang lagi. hehe

Info AirAsia Complimentary Voucher 1

Keseluruhan harga tiket dari Kuala Lumpur ke Maldives RM3,312.16 untuk SEORANG tidak termasuk luggage. Tolak dengan voucher, hanya kena bayar RM151.92.. Jimat-jimat. hehe..

Kalau ada luggage, selepas tolak dengan voucher, kena bayar RM267,92.. Ok la.. Nak fair bahagi dua nanti. Hehe..

Tak sabar nak pergi Maldives. Menenangkan jiwa raga, lihat pulau tercantik.

Happy Holiday!

p/s: saya tak kahwin lagi, saya pergi dengan abang saya untuk penjimatan duit bilik. Huhu

#

About the author

8 Comments

Leave a Comment

CommentLuv badge

TENTANG NORFANIL

25. Pemegang Ijazah Sarjana Muda Perakaunan (Universiti Malaya).

Merupakan blogger sepenuh masa dan juga freelancer

Suka makan, suka tidur, suka travel dan suka aktiviti lasak. Tidak suka jatuh cinta!

Advertorial? Review? Jangan segan-segan hubungi saya. [su_button url="mailto:[email protected]" target="blank" background="#f899ce"]norfanil @ gmail.com[/su_button

MY fanpage

SUBSCRIBE

[mc4wp_form]

© 2015. Norfanil - Salute to Life. All Rights Reserved. Powered by NR Network