5 sebab kena tonton filem rentap 2

Setiap tahun pasti ada banyak filem Melayu yang dikeluarkan. Saya tengok semua? Tak! Saya tak tengok melainkan ia betul-betul berkualiti. Ada banyak cerita melayu yang dibuat sekadar ada cerita.

Ye memang tak dinafikan tak semua. Tapi kebanyakkanya rakyat Malaysia sendiri tak puas hati dengan kualiti filem melayu yang ada. Bila ajak tengok sahaja, mesti akan keluar “taknak la weh, aku tak layan cerita Melayu”.. Bukan nak demand, tapi kualitinya sangat tidak membantu filem Malaysia.

Baru baru ini saya sempat ke Premier Screening filem Rentap arahan Simon Long terbitan Double Vision. Antara pelakon utama filem Rentap The Movie adalah Zahiril Adzim, Syafie Naswip, dan Elfira Loy. 

Jadi kali ini nak buat review filem Rentap sikit.

5 sebab kena tonton filem rentap
Rentap The Movie – Apa itu Parkour?

Rentap the Movie

Serba sedikit mengenai filem Rentap The Movie, ia merupakan sebuah filem yang menceritakan kisah 2 orang ‘adik beradik’ Rashdan (Zahiril Adzim) dan Rasyid (Syafie Naswip)  yang menyertai Parkour untuk melupakan segala masalah sebagai anak yatim.

Parkour (bacaan – Paar-kuur) adalah aktiviti yang bertujuan untuk berpindah dari satu tempat ke tempat lainnya, dengan efisien dan secepat-cepatnya, menggunakan prinsip kemampuan badan manusia. Kalau bahasa saya, aktiviti melompat-lompat! hhehe – Wikipedia

Kisah bertambah menarik apabila mereka bertemu dengan wartawan Elaina (Elfira Loy) dan mempunyai misi yang sama untuk membawa jutawan bisnes, Naga ke muka pengadilan dalam masa yang sama menyelamatkan Sofiya!.

Nak lagi? Pergi tengok sendiri.

3 Sebab Perlu Tonton Filem Rentap?

Saya berbesar hati untuk berkongsi 5 sebab anda perlu tonton Filem Rentap:

1- Bukan diterbitkan sekadar ‘ada’

Yep, filem Rentap bukan filem yang di buat semata untuk ‘ada’ di pasaran. Ia boleh dikatakan gabungan mantap antara 3 pelakon yang hebat! Walaupun jalan cerita simple, tapi ada elemen-elemen sempoi diterapkan menjadi filem ni seronok untuk ditonton!

2- Pelakon sempoi dan hebat!

Kategori pelakon hebat saya bagi sebab kalau korang tengok filem ni, korang takkan nampak watak pelakon seperti ‘awkward’ dan tidak berpengalaman. Paling seronok tengok watak Rashdan, Rasyid dan Elaina apabila bergandingan.

3- Filem simple, ringan dan tidak serabut

Anda tak perlu kerahkan sangat otak untuk proses jalan cerita ni sebab cerita dia simple dan ringan. Pandai mereka buat filem, filem simple tapi apabila ditambah elemen lawak pecah perut, menjadikan filem ini seronok untuk di tonton.

Tahniah uncle Naga dan Syafie Naswip atas lawak yang sangat sempoi dan menjadi. Hastag #senak! hahaha. Dan ini merupakan filem pertama Elfira Loy dan saya boleh kata, anda berjaya!

Tahniah juga pada crew produksi dan pelakon-pelakon Rentap The Movie, menghasilkan filem yang best. Semoga lepas-lepas ni boleh buat movie best-best lagi.

Kalau anda nak pergi tengok atau dah tengok, jangan lupa kongsi gambar anda dengan Hashtag #Rentap #Parkour dan follow @RentapTheMovie.

1 COMMENT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

CommentLuv badge