Saya Hanya Ada RM8,000 Nak Pinang Misz Nina

Seperti yang kita sedia tahu, Mizz Nina dan Noh Hujan adalah pasangan artis yang paling top kalau bercerita tentang kehidupan mereka yang banyak memberi kesedaran dan contoh kepada masyarakat diluar sana.

Artikel ini dipetik daripada Noh sendiri melalui sebuah slot motivasi. Di dalam slot itu, Noh menceritakan bagaimana dia yang hidup susah dan akhirnya dapat berkahwin dengan Misz Nina.

Kisah Noh Hujan Melamar Misz Nina.

1. Saya tak berpeluang belajar di IPTA

Saya tak berpeluang belajar di ipta.. Tamat spm, saya memilih untuk cebur bidang nyanyian. Rezeki ikut musim, ada permintaan,ada duit. Ada hari, hanya makan nasik lemak pagi, tengahari dan malam ” berpuasa”, pernah pinangan ditolak sebab takda duit.

2. Menyanyi untuk cari rezeki yang halal.

Kemudian niat dalam hati. ” Ya Allah aku tak kutip harta yang haram, aku nyanyi sekadar untuk cari rezeki halal, aku tidak buat benda² haram, mudahkanlah urusan aku. ” Kemudian Allah bukak pintu rezeki, masih merangkak.

3. Jumpa Misz Nina, Pinang Terus.

Kemudian saya berjumpa dengan Misz Nina, saya pinang dia. Alhamdulillah dia tak tolak padahal dia orang hebat, anak org hebat.

4. Dalam poket hanya ada RM8,000.

Dalam poket hanya ada 8 ribu genap. Saya ulang, 8 ribu genap sahaja dalam akaun untuk menikah.

5. Jujur dengan Misz Nina.

Saya katakan pada Nina, “Girl, if u want to marry me, I’m a nothing. I have nothing. I could not promise wealth, but If you looking for someone to take care of you, be the real husband, guide you to Allah, insha Allah I’m able to do it. ” dan Nina terima ! 

6. Semua dipermudahkan.

Sekarang Alhamdulillah, dari niat yang baik, dan niat Nina yang baik, menikah dgn saya hanya untuk kenal Allah, Nina berubah. Berhijab, sudah tidak make up,baju nya semua besar2 , dia reject semua konsert, tinggalkan dunia nyanyian.

Semuanya, LILLAHITA’ALAA. So ladies, if you found a man who can increase you level of iman and taqwa and through him, he guides you to practise islam, do not let him go, marry him.

Alhamdulillah, kami doakan rumah tangga Misz Nina dan Noh Hujan kekal bahagia hingga akhir hayat.

Sumber: Azfar Mohd

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

CommentLuv badge