i & Lifestyle

Sate Ikan Original di Kuala Terengganu… Sedap sungguh!

Sate Ikan Original di Kuala Terengganu... Sedap sungguh!
Written by Norfanil

Anda pemilik Homestay atau Hotel? Ingin saya review Homestay atau Hotel Anda? Peluang kini dibuka! (KLIK)

Assalamualaikum..

Dulu masa kecil, selalu je tunggu motor abang sate ikan waktu petang. Memang fenomena masa tu sate ikan kuah campur ( kuah pedas + kuah manis ). Harga jangan cakap la, murah gile. 1 batang sate ikan 10 sen. kalau beli RM1 dah dapat 10 batang satay ikan. Banyak weh..

Nak makan satey ikan ada cara tersendiri. hehe.. Tak sedap kalau makan macam sate biasa. Kena cabut batang dia dan biarkan terendam dalam plastik kuah, baru ngap.. Perghh..sedap sangat wweh..

Tapi sekarang, boleh tahan mahal harganya. Penjual pon makin ramai, sampai abang Bangladesh pun turut menjual satey ikan ni.

Beli satey ikan borong!

Setelah sekian lama tak makan Satey Ikan, haritu terfikir nak belanja family makan satey Ikan sempena Hari Raya Haji. Cari kat google, whatsapp semua. Erm.. Boleh tahan slow la tunggu reply. Last last tanya dekat group Kuala Terenganu Residen (Kuterer).

Ramai respons suruh pergi kat Bukit Berangin dekat dengan Padang Air. Dekat luar simpang dah nampak sign board “Sate Ikan Kak Yoh”… Sampai ke dalam rupanya banyak yang buat Sate Ikan. Ada Sate Ikan Rokiah, ada Sate Ikan Kak Ning dan ramai lagi la..

Memandangkan saya dah aim Sate Ikan Kak Yoh, so saya beli je la kat rumah dia.. Kesian dia, buat sign board dekat luar Simpang, tapi kat dalam banyak gile orang jual Sate Ikan. Sabo je la..

Kalau nak beli Sate Ikan ada 2 paket.

  1. Ikut kiraan batang.. 100 batang 1 paket (RM17)
  2. Ikut kiraan timbang. Yang timbang tak de batang. Dia bulat bulat je..
    1/2 kg atau 1kg (RM10 untuk 1/2kg)

Ikut saranan saya, lebih jimat beli yang bulat bulat takde batang. Sebab makan dengan sudu lagi sedap dari makan macam satey biasa. ehhe.. lagipon, nak panaskan dalam kuali pun senang.

Dapatkan kain pasang Daun Anzalna yang superb cantik sementara stok masih ada.. Gile ramai masuk order! Cepat!..

Koleksi Ariani Lebaran 2016

Cara Bakar Sate Ikan / Panaskan Sate Ikan

Sebenarnya, sate ikan ni kalau taknak bakar pun tak apa. Panaskan je dalam kuali atau fried pan tanpa minyak. Sebab sate ikan ni dah sedia masak. Cuma nak kena panaskan je. Dan tak perlu letak minyak, sebab sate ikan dah ada minyak.

sate-ikan-original-di-kuala-terengganu

Bila kita goreng tanpa minyak, minyak yang ada dekat sate ikan tu akan digunakan untuk bagi dia masak. Sekejap je, dalam 5-10 minit dah siap untuk dimakan.

Letak dalam pinggan, dan curahkan kuahnya ke atas. Bagi rendam lama sikit biar sebati dan makan macam makan coco crunch hehehe.. Sedap!

 

 

#

About the author

2 Comments

Leave a Comment

CommentLuv badge

TENTANG NORFANIL

25. Pemegang Ijazah Sarjana Muda Perakaunan (Universiti Malaya).

Merupakan blogger sepenuh masa dan juga freelancer

Suka makan, suka tidur, suka travel dan suka aktiviti lasak. Tidak suka jatuh cinta!

Advertorial? Review? Jangan segan-segan hubungi saya. [su_button url="mailto:[email protected]" target="blank" background="#f899ce"]norfanil @ gmail.com[/su_button

MY fanpage

SUBSCRIBE

[mc4wp_form]

© 2015. Norfanil - Salute to Life. All Rights Reserved. Powered by NR Network