i & Makan

Satay AK24 Semakin Maju, Cawangan Ketiga di Seksyen 7

Written by Norfanil

Assalamualaikum..

Satay AK24.. dah lama sebenarnya aku nak makan sate ni.. Kenalan kepada kenalan.. Duk berjanji sejak bulan 5 lepas kot, sehingga lah bulan 10 baru dapat merasai sate dari Satay AK24. Tertangguh sebab takda kenderaan nak pergi..

Tapi memudahkan aku apabila dalam masa yang singkat, Satay AK24 dah ada 3 cawangan. Alhamdulillah.. Makin maju.. Dulu masa mula mula nak pergi makan hanya ada 1 je. Sekarang dah tiga.. Korang boleh terjah di cawangan berikut..

  • Restoran Bisik-Bisik, Seksyen 7, Shah Alam
  • Restoran Murjana Maju, Seksyen 24, Shah Alam
  • Restoran SK Corner, Meranti Jaya, Puchong

Kami pergi cawangan paling baru iaitu di Restoran Bisik-bisik..

Sate Ayam AK 24 Seksyen 7 Norfanil

— Satay Ayam Satay AK24 – 1 cucuk RM0.80

Sate Daging AK 24 Seksyen 7 Norfanil

— Sate Daging Ak 24 – 1 cucuk RM0.80

Sate Kambing AK 24 Seksyen 7 Norfanil

— Sate Kambing Ak24 – 1 cucuk RM1.00

Masa aku pergi makan dengan team Myselera, memang tak boleh nak rasa kesedapannya sebab perut dah penuh dengan makanan Restoran Bisik Bisik.. So terpaksa tapau yang tak habis…

Sampai rumah aku bagi kat housemate aku.. paling lawaknya bila housemate aku yang tidur kat ruang tamu cerita, sedap sedap dia tengah tidur, dia dengar dua orang lagi housemate duk cakap “sedap la satay ni” sambil depa makan sate.. hahah..terganggu tidur dia..

Aku bangun pagi esok, tengok ada lagi sate..sebab simpan untuk kawan yang tak sempat makan dekat restoran bisik-bisik.. tapi tak pulak di makan…so terus aku sambar.. Sate kambing pulak tuh.. kuah berbaki sangat banyak.. And you know what, baru aku rasa nikmatnya Satay AK24 walaupun agak keras sikit.. Ye la dah semalaman kot.. ish!.. tapi paling best kuah dia..pekat.. satu mangkuk abis aku makan dengan sudu..

Ini la dia bila orang yang gila sate jumpa sate…!

Ha.. kalau korang nak buat tempahan untuk makan makan Klik FB Satay AK24 di bawah.. perhantaran FREE ye.. !

Semoga Satay AK24 semakin maju.. Amin..

— Team Myselera..


IKLAN BERBAYAR


Tailor dah start ambil tempahan baju raya. Korang dah dapat kain belum? Ha.. Tahun ni tren songket printed tau.. Sekarang dah masuk batch ke 3. Songket Dokoh Pastel dan Terang, Songket Bintang.

Sehari 100 pasang terjual. Design Exclusive dan limited.. Lambat abis kena borong dengan mereka... Boleh visit catalog www.djennaexclusive.blogspot.com untuk dapatkan kain pasang songket yang superb cantik sementara stok masih ada.. 

Anda mempunyai produk? Ingin saya review Produk Anda? Peluang kini dibuka! Email ke norfanil[@]gmail.com

About the author

9 Comments

Leave a Comment

CommentLuv badge