i & Blog

Sampai Bila Nak Join Event Tak Berbayar?

make-money-blogging
Written by Norfanil

Anda pemilik Homestay atau Hotel? Ingin saya review Homestay atau Hotel Anda? Peluang kini dibuka! (KLIK)

Assalamualaikum…

Sesi bercerita hari ni.. Ikut kan hari ni wordless wednesday. Tapi memandangkan aku hanya dapat access internet melalui PC lab je, terpaksa la aku bercerita.. Nak karang entry advertorial memang tak la sekarang. Gara gara bawak laptop abis bateri tapi tak bawak charger.. memang bagus sangat..

Kali ni nak bukak topic sikit pasal Event Tak Berbayar… Kita ada 3 peringkat blogging life. Yang pertama newbie, yang kedua moderate, yang ketiga popular.

Biasa Event tak berbayar ni memang di uar-uarkan kepada blogger tapi tak ramai yang amik. Probability yang amik event tak berbayar ni kebanyakkannya newbie dan moderate.. popular sangat jarang amik..

Persoalan dia sampai bila nak join Event Tak Berbayar ni?

Dulu aku selalu dapat event tak berbayar.. As a newbie masa tuh sangat excited..hoho.. gila excited.. Then lama lama excited tuh dah kurang.. Mula mula dulu memang nak pergi event tak berbayar, tapi kelas pulak bertambung.. Banyak tolak..

La ni lepas takde kelas, ingat boleh join. Tapi bila fikir balik aku tolak jugak.. Haha.. Sebab nya takde fixed income untuk menampung perbelanjaan harian, JPA lagi sebulan or dua bulan baru masuk.. Aku mengharapkan Innity je bulan bulan.. Sewa rumah, internet, dan makan. Dah beberapa bulan hidup dengan Innity sepenuhnya.. Ada yang event tempat jauh, nak pergi tuh makan duit gak. So terpaksa la tolak.

Dapatkan kain pasang Daun Anzalna yang superb cantik sementara stok masih ada.. Gile ramai masuk order! Cepat!..

Koleksi Ariani Lebaran 2016

Bila fikir balik memang tak worth dari segi duit.  Tapi worth dari segi future relationship dengan advertiser. It takes time untuk dapat ROI.. ko belanje dulu, baru dapat hasil. Unless ko dah ada banyak duit simpanan untuk 3 4 bulan akan datang, then you will get the rewards a few months later. Kehidupan ko secure la sikit.. So kena buat simpanan dulu untuk bulan bulan hadapan sepuya risiko untuk duit tak cukup bulan seterusnya boleh di cover.

Kalau aku sekarang memang aku tolak abis untuk event tak berbayar yang memerlukan ko gi sana gi kemari.. Memang dah stop pergi event ni.. Ada banyak sebab kenapa. Dan sekarang  Aku memilih untuk part time depan komputer (untuk saving masa depan) dan juga part time blogger semata untuk innity.. Good? Bagi aku ok la… Itu je aku mampu setakat ni.

As a blogger, newbie memang suka event mula mula, lama lama dia akan sedar sampai bila nak join event tak free ni.. Dan makin lama dia dah tak join dah bila dapat event berbayar.. Malahan demand lagi.. huhu..

Hidup kena maju, tapi jangan pula baru buat blog seminggu nak harapkan event berbayar.. payah tuh..

Happy blogging.. ^.^

#

About the author

14 Comments

  • Kak Jie dari dulu kurang pergi event yang tak berbaloi… kalau org nak bina networking…kak jie pun nak tetapi tak berapa suka terlalu berlebihan, kalau boleh orang kenal sikit2 sudah.

    pelik kan.. org lain lagi suka nak diri dia ada di mana-mana…tapi itulah diri kak jie sebab tu dri dulu dok di level sama.. bukan tak nak pergi lebih jauh dlm bidang ni tapi itu saja had yang kak jie benarkan…itu sempadan kita dibina.

    lebih suka buat advertosial simple yang tak perlu keluar rumah. tak dpt income banyak mcm blogger lain pun tak apa, ada T&C bab agama dan adat yang perlu dijaga.
    Kujie recently posted..Laporan Ketua Audit Negara 2012My Profile

  • Setiap blogger ada target tersendiri…untuk newbie digalakan,yg dah popular pun,setakat 1 atau 2 pon ok juga,sebab nak menambahkan networking.
    Saya akan pergi jika saya rasa nak pergi,tetapi dalam setahun boleh dikira la berapa banyak.Bukan semua event tak berbayar saya sapu 🙂
    azman recently posted..Gua bukan blogger yang dibayar rm 1000.00My Profile

  • Bg saya hadir event tanpa bayaran ni bukan sia2 juga dan bkn dipergunakan. Tiada bayaran tapi ada rezeki lain dtg. Semuanya twrpulang pd diri. X nak pergi usah pergi. Duit bkn dtg begitu saja tanpa usaha…

    Byk cara blh dpt dari berblogging tanpa pergi event..
    nurmisnan recently posted..Wordless Wednesday #80My Profile

  • Dulu masa awal awal tak pernah pergi event banyak buat Blog pasal pregnancy yang pertama je. Start blogging suka suka waktu tu time study masa umur 19. Lepas tu blog je sampai 21. Ada pun event lipice pink party dulu.. pendirian tak tetap nama nama blog pun tukar tukar pakai Email lain lain haha sampai lah satu masanya fikir nak buat Blog yang boleh bagi informasi pasal beauty Pregnant ngan lifestyle. Last last waktu tu ramai pr invite untuk datang events. Masa tu tak expect anything pun termasuk bayaran just Datang suka suka je pergi events dapat makanan sedap sedap dan goodies bag hehe. Kadang2 goodies bag punya barang mahal mahal tu yang best. Sampai satu masa bila dah selalu pegi events dah kenal ramai PR ada juga yang tawarkan bayaran tu pun kita Grab. Event yang tak bayar kadang2 dorang pun bagi goodies bag mahal. Tapi ada je yang tempat dah la jauh bagi vouCher yang tak boleh guna.. produk pun sample size tapi expect suruh kita tulis kaw kaw kaw punya review.
    Kalau nak bina networking bagus juga sebenarnya pergi events kat situ akan jumpa banyak orang dan banyak kenalan. Jumpa yang otai otai dengan yang baru.

    Tapi bila terlampau banyak events tak berbayar memang tak akan pergi sangat bayangkanlah kos nak ke sana banyak area dalam KL tapi nak kena bayar transportation bayar kos tol bayar kos parking lagi kalau ada Anak terpaksa upah orang jaga pula. Kalau duit tu dah datang bergolek golek datang pun sedap je.

    Share sikit how to making money tanpa pergi events. Sebab kalau dalam blog reader banyak baca tips dengan daily lives kita je berbanding dari cerita pasal events.
    Syafiera Yamin recently posted..Cara nak Buat Bengkung tradisional Zig ZagMy Profile

Leave a Comment

CommentLuv badge

TENTANG NORFANIL

25. Pemegang Ijazah Sarjana Muda Perakaunan (Universiti Malaya).

Merupakan blogger sepenuh masa dan juga freelancer

Suka makan, suka tidur, suka travel dan suka aktiviti lasak. Tidak suka jatuh cinta!

Advertorial? Review? Jangan segan-segan hubungi saya. [su_button url="mailto:[email protected]" target="blank" background="#f899ce"]norfanil @ gmail.com[/su_button

MY fanpage

SUBSCRIBE

[mc4wp_form]

© 2015. Norfanil - Salute to Life. All Rights Reserved. Powered by NR Network