Sambutan Tahun Baru 2017 Citta Mall

Tahun Baru biasa kita tunggu Bunga Api sambil-sambil layan konsert gitu. Tahun ni masih tak pilih lagi tempat nak sambut tahun baru dan tengok bunga api? Banyak tempat akan ada sambutan tahun baru 2017 tak terlepas jua di Citta Mall, Subang.

Kami berada di Citta Mall untuk Media Preview New Year Countdown Party bertemakan “16 going 17” pada 22 Disember 2016. Dalam masa yang sama dapat beramah mesra dan makan-makan makanan Korea dengan artis-artis yang bakal melakukan persembahan pada 31 Disember 2016 nanti.

Tak sangka berpeluang merasa hidangan Korea dari Restoran Mr. Dakgalbi. Sedap sungguh Tteokbokki. Dulu pergi Korea tak rasa. Kat Malaysia juga nak rasa.. hehe..

Mr. Dalgakbi Sambutan Tahun Baru di Citta Mall Pada 31 Disember 2016 4
Tteokbokki.. Yumm

Mr. Dalgakbi Sambutan Tahun Baru di Citta Mall Pada 31 Disember 2016 4

Pada tahun ini, Sambutan Tahun Baru 2017 di Citta Mall menampilkan beberapa artis tempat antaranya Dina Nadzir, Alvin Lee, An Honest Mistake, Shawn Lee dan juga Rejuvenate Dance Show. Sambutan ini di hoskan oleh pengacara & penyampai radio terkanal Baki Zainal.

Jumpa Dina Nadzir di sana!

Tak sabar nak tungguk Dina Nadzir perform. Sebab sejak dengar beliau cover lagi We Don’t Talk Anymore, terus jatuh cinta dengan suara dia. Dina ni kira salah seorang artis Malaysia yang punya suara sedap. Cuma beliau kearah dunia pemyampaian radio.

Kali ni boleh tengok Dina Nadzir perform masa Sambutan Tahun Baru 2017 di Citta Mall nanti.

Sambutan Tahun Baru di Citta Mall akan bermula pada pukul 8.00 malam. Tapi persembahan artis akan bermula pada pukul 9 malam. Sepanjang sambutan akan ada mini-karnival untuk barangan terpilih anda dengan harga yang jauh lebih menarik.

 

Yang menarik, akan di adakan CITTA Challenge pada 30 Disember 2016  sehingga 1 Januari 2017 dimana terdapat stesen mainan sebelum layak untuk membuat pusingan roda untuk memenangi hadiah menarik termasuk la barangan menarik dari Harvey Norman.

Yang lain lain bakal membuat persembahan..

Alvin Lee Sambutan Tahun Baru di Citta Mall Pada 31 Disember 2016
Preview dari Alvin Lee
Pengacara 16 going to 17 Countdown Party

Untuk mereka yang nak datang menyambut tahun baru di Citta Mall, di galakkan untuk datang lebih awal untuk elak kesesakan lalu lintas.

Dan jangan lupa untuk bersama-sama countdown dan menyaksikan bunga api di sini.

Untuk dapatkan sebarang update mengenai “16 going 17” New Year Countdown Party di Citta Mall, boleh ke laman Facebook Citta Mall.

See ya!.

 

p.s Restoran Mr. Dakgalbi ini Free-Pork, tapi kalau was was tidak di galakkan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

CommentLuv badge