Assalamualaikum…

Fuhhh… hari ni agak letih badan sikit..sebab tak sihat..batuk, sakit tekak, sakit kepala datang kejap kejap..dan kepanasan disebabkan cuaca yang tak menentu.. Di tambah pula bangun pagi tadi pukul 9 (awalnyaaaa.. =P) ..takpe kelas kul 2.. heheh… bila nak mandi masuk bilik air terasa air macam melimpah je.. rupanya air bertakung lagi..¬†Salur Air Tersumbat…

Adehh.. Housemate keluar pi kerja dalam kul 7.45 pagi. Sampai pukul 9 pagi air bertakung tak kering lagi.. Stress pulak tengok.. Nak panggil plumber RM50 sekali kena. Kalau ikutkan aku duk umah ni dari sem lepas, rasa dah 2 kali panggil plumber untuk air yang bertakung ni. Dulu aku duk bilik master, bilik air ok je.. takde masalah.. Bila tukar bilik single ni, bilik air luar lately salur air tersumbat je..paling teruk hari ni la…. Yang duk sebelum ni pun dah kena.. aisehhhh…

Malas punya pasal nak jimat duit, aku try la google.. Yang paling tak tahan aku tak tau nak tulis apa kat google. Bila dah stuck, aku bantai je tulis “cara air tersumbat” ¬†… hahaha.. tup tup ada kuar tips.. Cara nya dengan menggunakan Clog Remover.. bila aku baca, dieorg cakap bila guna Clog Remover ni akan ada asap keluar. Baru aku teringat , masa plumber datang dulu, aku pernah tengok berasap asap.. rupanya dia guna Clog Remover.. Jimat duit aku…

Clog Remover ni barangan dari Cosway. Aku gi laman web cosway cari kedai terdekat. Jumpa la dekat The Sphere, Bangsar South. Alhamdulillah.. dapat sebotol Clog Remover dengan harga RM10.. betul ke tak tak tau harga dia ni.. Mungkin sebab aku bukan ahli.. tapi aku nampak kat kedai tuh tulis RM8.50.. entah la..

1366206749463

Janji aku berjaya jalankan kerja sebagai seorang plumber berjaya sementara. hahahhaa.. cara nak guna Clog Remover untuk Salur Air Tersumbat macam ni…

a) Anda beli satu botol Clog Remover Cosway

b) Biarkan salur air/sinki kering

c) Tuangkan satu penutup Clog Remover ke dalam salur air/sinki

d) Tunggu 15 minit

e) Bukak paip air dengan salur yang kecil / tuang air panas menggelegak.

dah settle….

#alhamdulillah.. air dah tak bertakung lagi.. tpai lebih elok buat sebulan sekali, atau seminggu sekali… sekarang aku ada satu problem. Penapis salur air tuh melekat pada lantai. Dan kepala dia tuh selalu terbuka sendiri bila air mengalir masuk. So itu menyebabkan segala anasir anasir rambut dan macam macam akan masuk dalam tuh.. Macam mana aku nak kasi penapis tuh melekat kat rumah dia supaya tak terbuka? takkan nak letak gam? Any solution?

#aku rasa esok lusa tuan rumah mesti baca entry ni.. hehehe. jangan marah En. Kamal..

-- Tanda yang menunjukkan En.Kamal dah tau aku ni blogger.... haiszhh
— Tanda yang menunjukkan En.Kamal dah tau aku ni blogger…. haiszhh

12 COMMENTS

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

CommentLuv badge