i & Lifestyle

Review Novel Arluna – Rin Ahmad

Novel Arluna - Rin Ahmad best ke tak
Written by Norfanil

Anda pemilik Homestay atau Hotel? Ingin saya review Homestay atau Hotel Anda? Peluang kini dibuka! (KLIK)

Assalamualaikum..
Akhirnya novel yang ditunggu tunggu dari penulis kesayangan Rin Ahmad dah keluar bulan Febuari 2014 dari penerbitan Kaki Novel. Mula mula tergerak nak beli online, tapi tak terbeli pulak.

Akhir minggu pertama bulan dua, terus aku gi MPH MidValley dan alhamdulillah, dah ada kat sana. Terus aku beli. Aku mula minat kat novel Rin Ahmad bila aku baca Untuk Semua Dosaku. Best gila!

Apa yang best dengan Novel Arluna?
Novel Arluna mengisahkan seorang wanita yang bernama Arluna mempertahankan perkahwinan dengan suaminya, Johan dari godaan wanita lain.

Novel ni tak ada cinta paksa, tak ada kahwin sebab kene rogol, atau kahwin terpaksa. Cerita ni kahwinnya kerana suka sama suka. Bertemu apabila terlanggar Arluna masuk kolam di Sands Skypark, membuahkan rasa cinta. [pullquote]”Eh, kau tak tengok side mirror dulu ke sebelum break?” – Arluna[/pullquote]

Arluna dan Johan hanya bercinta hanya beberapa bulan, sebelum terus berkahwin setelah berjumpa semula apabila Arluna menjadi pelatih di sebuah syarikat milik kawan Johan..

Selepas berkahwin, setiap dugaan dan halangan yang muncul, Arluna tabah dan tenang menghadapi. Segala masalah di atasi sendiri. Arluna tidak sesekali membenarkan orang ketiga menghancurkan rumah tangganya.

Dapatkan kain pasang Daun Anzalna yang superb cantik sementara stok masih ada.. Gile ramai masuk order! Cepat!..

Koleksi Ariani Lebaran 2016

Arluna sebagai seorang perempuan yang kuat, sempoi dah tabah dalam segala dugaan yang datang. Seorang yang tidak cepat mengalah, sering berfikiran positif terhadap semua perkara.

Sekuat mana pun Arluna, setabah mana pun Arluna dalam menghadapi dugaan yang sering mendatang, adakah mampu Ariana terus menepis masalah yang tak berhenti bekunjung tiba? [pullquote]”Tewas Itu Taat”-Arluna[/pullquote]

Ini lah dia kisah ketabahan seorang wanita dalam menjaga rumah tangganya.

———————————————- ♥ ———————————————-
ULASAN NORFANIL

Bagi aku novel ni best. Aku suka watak dan karakter Arluna yang di tonjolkan oleh Rin Ahmad. Kalau isteri-isteri baca mungkin boleh jadikan panduan untuk atasi masalah orang ketiga.

Watak seorang yang tegas, tidak mudah putus asa, independent buatkan aku makin seronok nak baca. Arluna sangat independent. Berapa ramai agaknya wanita /isteri yang boleh berfikir macam Arluna.

Eventhough orang cakap, novel hanya imaginasi, tapi bila aku baca cerita ni macam cerita realiti. Cuma tak ramai je yang mampu berdepan dengan masalah seperti Arluna.

Good Job Rin Ahmad. Selepas Untuk Semua Dosaku, Arluna pun insyaAllah akan jadi novel top juga.

———————————————- ♥ ———————————————-

#

About the author

6 Comments

  • Novel ni memamg aku tunggu dok dr dulu lagi. Sebetulnya aku dah habis baca di blog Karya Lepak dulu. Cerita ni cerita lama maksud saya di tulis oleh penulis kalau tak silap di tahun 2011 & tamat di awal tahun 2014. Ingat tak masuk cetak tapi sangat teruja bila tahu akan di cetak.
    dan tanpa fikir panjang pendik aku order dari kaki novel. Khatam dlm beberapa jam je. Tidak byk perbezaan dgn versi d blog cuma ade penambahan nilai sikit2 anggaran 5% tambahan dan tambahan bab akhir sbb dulu lepas home water birth cerita tamat hehehehee …
    Arluna mmg BEST superb!
    Mmg tak teragak nak rekomen untuk di beli – nipis & harga pon murah RM21.

  • di bace semula komen sendiri – ade silap kat situ:
    *di tulis oleh penulis di tahun 2011 & tamat di awal tahun2012* bukan 2014.

Leave a Comment

CommentLuv badge

TENTANG NORFANIL

25. Pemegang Ijazah Sarjana Muda Perakaunan (Universiti Malaya).

Merupakan blogger sepenuh masa dan juga freelancer

Suka makan, suka tidur, suka travel dan suka aktiviti lasak. Tidak suka jatuh cinta!

Advertorial? Review? Jangan segan-segan hubungi saya. [su_button url="mailto:[email protected]" target="blank" background="#f899ce"]norfanil @ gmail.com[/su_button

MY fanpage

SUBSCRIBE

[mc4wp_form]

© 2015. Norfanil - Salute to Life. All Rights Reserved. Powered by NR Network