Review Maze Runner The Death Cure | Selepas Hunger Games, Maze Runner movie yang aku tunggu-tunggu. Walaupun tak suka baca novel omputih, tapi suka dengan sequel movie macam ni.

Saya tengok semua sequel Maze Runner, sampai satu tahap sebelum Maze Runner – The Death Cure, repeat tengok The Maze Runner dan The Scorch Trial. Serius tak bosan walau ulang 2 3 kali cerita Maze Runner.

24 Januari 2018, Maze Runner – The Death Cure keluar, hari yang sama juga saya pergi tengok. Nasib Kuala Terengganu dah ada wayang. Tak perlu pergi sampai ke Kemaman sana semata-mata nak tengok wayang.

Review Maze Runner - The Death Cure 2Yang tak best, wayang di Kuala Terengganu start pukul 8pm sehingga 12 malam. Tiada tayangan sebelum 8 malam. Ok la dari tak ada.

Review Maze Runner The Death Cure

Ramai yang kata, The Death Cure macam tak logik, sebab Gally hidup, agak bosan  dan ada la beberapa sebab lagi pasal cure dan macam-macam la.

Tapi bagi aku The Death Cure best. Super gile best. Puas hati tunggu. Yang tak puas hati Newt tak imun. huhu..

Newt mati.

Teressa mati.

Kalau nak tahu macam mana cerita dia, aku share sinopsis je.

Review Maze Runner - The Death Cure 2
Scene ni, ingat nak berjaya selamatkan Minho, rupanya WCKD lagi pantas.

Sinopsis Maze Runer – The Death Cure

The Death Cure yang mengetengahkan adegan penuh dengan aksi dibandingkan dengan dua sequel sebelum ni. Pengajaran yang banyak, pergaduhan dan juga beberapa aksi menarik.

The Death Cure menceritakan pengkhianatan Teresa (Kaya Scodelario) yang telah kembali bekerja dengan organisasi jahat WCKD (Wicked). Teresa berusaha menghasilkan penawar menggunakan darah Min Ho untuk penyakit ‘Flare’ yang telah menghapuskan ramai manusia dan mengubah menjadi zombi.

Dan juga misi menyelamat Min Ho yang dilakukan Thomas (Dylan O’Brien) dan rakan-rakan.

Review Maze Runner - The Death Cure 2
Hmm.. Brenda pun jatuh hati kat Thomas, apa boleh buat. Thomas sayangkan Teresa. huhu

Saya taknak la cita lebih-lebih, nanti spoiled pulak mood korang nak tengok. Yang tak tengok lagi, sila la pergi tengok. Atau tunggu yang DVDRip keluar di web-web. Lama lagi gamaknya.

Pergi la serbu wayang, mungkin lain orang lain citarasa. Bagi saya. BEST!

2 thoughts on “Review Maze Runner The Death Cure

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge