i & Gajet

Review Laptop Samsung Series 5 np535u3c AMD A6 4455M 2.1GHZ

Written by Norfanil

Anda pemilik Homestay atau Hotel? Ingin saya review Homestay atau Hotel Anda? Peluang kini dibuka! (KLIK)

Assalamualaikum…

Selepas lebih dari 3 bulan aku pakai Samsung Series 5 NP535U3C Laptop baru aku teringat, aku tak review lagi.. hehe.. Nih gara gara selepas baca review Acer Aspire  v5 dari Amirez…  Nak di jadikan cerita masa bulan 11 2012 aku kehilangan laptop kesayangan dalam kejadian pecah rumah. Laptop tuh aku beli masa aku 1st Year di UM  tahun 2009.. Laptop Compact C510.. Harga masa tuh dalam RM2100.. Kenapa aku beli compact C510 masa tu, adalah sebab size dia 13 inci.

Then sebab agak kesusahan nak buat assignment bila takda laptop, asyik pinjam laptop my bro dan  Mr.Peah, aku decide nak beli laptop baru.. Target aku Ultrabook Asus..tapi memandangkan spesifikasinya tak kuat sangat dan mahal aku tak jadi beli.. So tak silap masa tuh ada pc fair kat Terengganu Trade Center (TTC).. pertama kali aku nampak Samsung Series 5 NP535u3c aku dah jatuh hati…

Kenapa aku jatuh hati dengan laptop samsung series 5?

1) Nipis

2) Ringan

3) Skrin 13 Inci .. sememangnya aku suka 13 inci

4) Harga bawah dari RM2000.. masa tuh budget RM1800 je.. dan harga laptop ni RM1899..

5) 500 GB HDD

6) Dapat upgrade ke 8GB Ram dari 4GB

7) Skrin anti finger.. Macam screen protector anti finger.

8) Processor atas 2.0 GHZ

Itu sebab aku jatuh cinta pandang pertama.. Aku memang nak beli Asus..tapi mahal gila.. tak mampu. then bila aku fikir balik jenama Samsung yang agak popular dengan kita, so aku decided nak amik samsung.. Acer? aku tak minat acer.. orang kata banyak problem.. (asyik sangat dengar orang kata).. heh.. Dell? berat sih.. tak jumpa pulak yang nipis..

Dapatkan kain pasang Daun Anzalna yang superb cantik sementara stok masih ada.. Gile ramai masuk order! Cepat!..

Koleksi Ariani Lebaran 2016

Pandang pertama Laptop Samsung Series 5 NP535u3c

Laptop Samsung Series 5 NP535u3c

— Laptop Samsung Series 5 NP535u3c

Laptop Samsung Series 5

— Full Face Laptop Samsung Series 5

 Laptop Samsung Series 5

— Sebelah kanan Laptop Samsung Series 5 ; 2 X USB 2.0 slot dan 4 in 1 SD Card slot

— Sebelah kiri Laptop Samsung Series 5; charge hole, cable internet, USB 3.0 slot, HDMI , HP/earphone hole dan VGA adapter

— Bahagian belakang Laptop Samsung Series 5; hanya ada HDD dan Memory slot

— Sebelah kiri hadapan Laptop Samsung Series 5; Microphone hole

— Bahagian Atas dan sebelah kanan Laptop Samsung Series 5; speaker dan on/sleep button

Spesifikasi Samsung Series 5 NP535U3C

  • Sistem Operasi : Windows 8
  • Size  dan berat : 315,1 x 218,9 x 14,9 ~ 17,6mm ; 1.52 kg
  • Storage : 500GB HDD
  • Prosesor :  AMD Dual-Core A6-4455M Accelerated Processor (2,1GHz, 2MB L2 Cache)
  • Grafik : AMD Radeon™ HD 7500G Graphics
  • Skrin : 13,3″ SuperBright 300nit HD LED Display (1366 x 768), Anti-Reflective
  • Memori : 4GB DDR3 System Memory at 1.333MHz (on BD 4GB)
  • Multimedia :
    • HD Audio
    • Mic Noise Suppression
      SoundAlive™
    • 4 W Stereo Speaker (2 W x 2)
    • 1,3 megapixel HD Webcam
  • Bateri : 40watt 4 cell.. 4 hours +-
  • Startup : 3 saat

 

Kelemahan Laptop Samsung Series 5 NP535U3C

1) Bateri terpasang sekali dengan laptop. Kalau yang jenis sangat partikular, biasa kena charge dulu baru guna takot bateri kong kalau charge sambil guna. dengan kata lain, bateri takleh cabut. Sebab nak ultra thin sangat kan?

2) Tiada Optical Drive – macam aku tak kisah sangat sebab tak guna CD. so takda masalah.

3) USB Boot – aku pernah try untuk ubah partition laptop ni masa 1st day beli. Salah step terus takleh startup. Nak install balik windows tak dapat sebab usb tak detect masa startup. So aku hantar center untuk dia format balik.. weeee…

 

 

Secara kesuluruhan Laptop Samsung Series 5 np535u3c

Sebagai seorang blogger ini yang aku cari. tak mampu nak beli ultrabook, beli lah ultra thin. Nak beli notebook macam tak bebaloi sebab aku menitik berat juga buat design. So kalau pakai notebook memang tak mampu nak design la. Bawak ke sana kemari, tak rasa beban. Sangat ringan dan mudah untuk dibawa. Boleh katakan sebesar kertas A4 sahaja. Performance setakat ni alhamdulillah.. semua ok. 2.1 GHZ cukup dah untuk aku. haaa.. kalau korang nak tahu ini lah benda yang aku concern sangat bila beli laptop. Nak cekau intel I3 tak mampu so aku cekau AMD dengan procesor 2.1 GHZ.. boleh la nak bukak Adobe Photoshop, facebook, Watch32 online movie dalam satu masa..tapi jangan haraplah kalau nak bukak movies yang bersize 1 GB. terus tersekat sekat..hehe

Apa apa pun.. Laptop Samsung Series 5 np535u3c telah memenuhi cita rasa aku dan mencapai impian aku untuk dapatkan laptop yang nipis dan ringan untuk di bawa ke mana mana dan performance yang hebat  !!

#service center samsung terbaik..

#

About the author

20 Comments

Leave a Comment

CommentLuv badge

TENTANG NORFANIL

25. Pemegang Ijazah Sarjana Muda Perakaunan (Universiti Malaya).

Merupakan blogger sepenuh masa dan juga freelancer

Suka makan, suka tidur, suka travel dan suka aktiviti lasak. Tidak suka jatuh cinta!

Advertorial? Review? Jangan segan-segan hubungi saya. [su_button url="mailto:[email protected]" target="blank" background="#f899ce"]norfanil @ gmail.com[/su_button

MY fanpage

SUBSCRIBE

[mc4wp_form]

© 2015. Norfanil - Salute to Life. All Rights Reserved. Powered by NR Network