i & Lifestyle

Review Kami Histeria – Lawak Seram Yang Best

Review Filem Kami Histera
Written by Norfanil

Anda pemilik Homestay atau Hotel? Ingin saya review Homestay atau Hotel Anda? Peluang kini dibuka! (KLIK)

Ho Yeah!!..
Semalam pergi tengok Kami Histeria di MidValley bersama buddy. Apa yang buatkan aku nak tengok cerita melayu sedangkan aku sangat susah tengok cerita melayu. Tapi takkan nak tunggu dapat download Kami Histeria baru nak tengok kot? Der.. tak payah nak download sangat. Ko tengok kat pawagam, gerenti puas hati!! Aku jamin!

First aku tahu pasal Kami Histeria dah lama sebab dapat email dari Red Communication pasal filem ni. Haha.. Tapi aku tak sempat nak shout out semendang busy. Second, Red Film punya filem boleh dikatakan semua best dan kena dengan jiwa aku, macam Kami dan Istanbul Aku Datang.

The last one, is Sara Ali. Haha.. Aku suka tengok lakonan Sara Ali sejak Penunggu Istana. Aku suka cara dia cakap dan style dia. Kebanyakkan cerita dia memang aku tengok.

Disebabkan semua ni aku tolak filem Robocop, aku tengok #KamiHisteria.. hehe..

Scene dalam Kami Histeria.. Rumah sewa buruk bukan main! haha

Scene dalam Kami Histeria lakonan Sara Ali

Alkisah Filem Kami Histeria

Meh aku cerita sikit pasal Filem Kami Histeria . Mengisahkan tentang 5 orang gadis yang ada band sendiri Laila (Diana Danielle), Bad (Sara Ali), Airin (Mila) , Jojo (Umie), Peanut (Nad Zainal) yang baru pindah rumah sewa peninggalan pekerja India. Asal dieorg pindah??

Kalau tengok filem ni mula mula start cerita memang dah kasi clue terus kenapa dieorg pindah.

Alkisah, masa dieorang nak start jamming dieorg dengar suara Langsuir mengilai , terus dieorg rakam lagu untuk elak ketakutan. Tanpa di sangka suara tuh masuk sekali dalam record.

Fazura dalam Kami Histeria

Fazura sebagai Cik Lang dalam Kami Histeria

Then bermula la kejayaan lagu Muzik apabila mendapat sambutan gila di Youtube. Tapi bila lagu baru keluar, lagu tuh tak dapat sambutan pun walaupun lagu tuh best. Lagu Pujaan Hatiku. Itu yang mereka pelik..


Cuba dengar lagu ni.. Backup singer la yang menjadikan lagu ni top! haha

Dapatkan kain pasang Daun Anzalna yang superb cantik sementara stok masih ada.. Gile ramai masuk order! Cepat!..

Koleksi Ariani Lebaran 2016


Lagu favourite aku! .. Pujaan Hatiku!.. Tanpa backup singer.

Then bermula la misi mencari cik Lang selepas semua bersetuju untuk dapatkan suaranya memandangkan cik Lang muncul ikut suka masa dia.

Apa mereka buat?
Kitkat? Apa kena mengena Cik Lang dengan KitKat?
Apa jadi pada Kami Histeria Band selepas dapat rakam suara cik Lang?
Pengeras? Of cos le.. Kata main ngan hantu..
Siapa pit? Siapa Afdlin Shauki dalam filem ni?

Dan yang menjadi tanda tanya aku..
Ada something disebalik Pit… huhu..

Siapa afdlin shauki dalam Kami Histeria

Siapa afdlin shauki dalam Kami Histeria?

———————————————- ♥ ———————————————-
ULASAN NORFANIL

Bagi aku jalan cerita filem Kami Histeria memang terbaik. Tak bosan. Rasa teruja nak tengok ditambah dengan keletah, dan kerenah mereka yang berbeza beza. Lagu lagu dalam Kami Histeria pun best gila. Aku suka!!

Geram aku tengok Watak Airin lakonan Mila.. Dengan panggilan Princess dah tau Airin ni seorang yang manja dan gedik.  Yang paling tak leh blah ada Am, Amir, dan Amri.. Aduhai, terserlah watak Airin kolot. Cari skandal pon sama nama! haha.. Bengong je aku rasa dak ni.. 

Lagi satu watak Sara Ali sebagai Bad atau Badariah yang aku suka.. Sempoi, gila gila dan kasar. Dia macam lead dalam filem ni, sebab sempoi dia yang menyebabkan dieorg semua cari Cik Lang.. Tapi ada yang annoying ngan watakni kat FB.. gud job Sara Ali!!

Dalam banyak banyak watak, Peanut la yang  paling tak leh blah. Haha.. Muka cam tiga suku je, tapi bisu. Pastuh senyum kambing selalu.. Watak dia gak buat penonton gelak.. Sampai sudah tak dengar suara dia.. Unless masa…. ehem.. tengok la cite Kami Histeria.. kekeke..

Watak Cik Lang? Haha. Pada awal sebelum kemunculan cik Lang, band Kami Histeria buatkan aku terlupa watak Fazura ni, walaupun dekat poster dia gedabak gambar Fazura. Haha. Comel Cik Lang cakap loghat utagha.Tambah tambah pulak cik Lang suka kitkat.. haha..

Cuma, ending mengejut.. aku pulak tiba tiba “eh dah habis?”.. ermm..Kalau sambung panjang lagi kan best!

———————————————- ♥ ———————————————-

 By the way, aku boleh kata Filem Kami Histeria sangat menarik. As expected!. Congrates pada penulis skrip, Rafidah Abdullah dan pengarah Shamyl Othman, dan juga semua pelakon Kami Histeria. Jangan lupa juga pada Loque yang buat lagu best gila!!!…

#

About the author

6 Comments

Leave a Comment

CommentLuv badge

TENTANG NORFANIL

25. Pemegang Ijazah Sarjana Muda Perakaunan (Universiti Malaya).

Merupakan blogger sepenuh masa dan juga freelancer

Suka makan, suka tidur, suka travel dan suka aktiviti lasak. Tidak suka jatuh cinta!

Advertorial? Review? Jangan segan-segan hubungi saya. [su_button url="mailto:[email protected]" target="blank" background="#f899ce"]norfanil @ gmail.com[/su_button

MY fanpage

SUBSCRIBE

[mc4wp_form]

© 2015. Norfanil - Salute to Life. All Rights Reserved. Powered by NR Network