Review Hana Hair Serum. Best bau dia weh!

Review Hana Hair Serum Wangian Rambut

Review Hana Hair Serum | Siapa suka pakai serum rambut? Saya jarang pakai serum rambut. Biasa memang mengharapkan shampoo dan conditional je. Dua jenama syampu yang saya pakai Dove dan Safi. Memang wangi, tapi tak bertahan lama jugak wangi dia.

Kali ni cuba Serum Rambut. Hana Hair Serum jumpa ni dekat Shopee. Adik saya la yang beli. Bila cuba wangi betul bau dia. Siapa tak suka bau rambut yang wangi kan?

Oh by the way, ini bukan review berbayar ye. Ini saya kongsi sebab saya pakai. Saja nak share dekat korang semua.

Saya kongsikan Fungsi Hana Hair Serum ni. Saya suka sebab wangi je. Fungsi-fungsi lain saya tak hirau sangat. 🙂

Fungsi Hana Hair Serum

  • Rambut gugur
  • Rambut kusut
  • Rambut berbau
  • Rambut kusam
  • Rambut berminyak
  • Rambut nipis / bercabang
  • Rambut kasar
  • Rambut beruban
  • Rambut kelemumur
  • Rambut berkutu

Ciri-ciri Hana Hair Serum

  • Serum rambut berasaskan air
  • Tidak berminyak
  • Harum kekal sepanjang hari
  • Boleh di bawa solat
  • Unisex
  • Sesuai untuk bayi, kanak-kanak, wanita, lelaki atau warga tua.

Kandungan Hana Hair Serum

  • Ektrak Teh Hijau
    Teh hijau mengandungi Anti-oksidan yang tinggi. Daun teh hijau juga berkhasiat untuk menyihatkan kulit.
    Sangat kaya dengan Vit E. Ia juga memberikan bauan yang sangat harum & lembut pada rambut.
  • Vitamin C
    Membuat Rambut Lebih Subur.
    Manfaat Vitamin C, sangat membantu dalam menyuburkan rambut. Vitamin C adalah salah satu nutrisi yang diperlukan oleh tubuh dan memiliki peranan penting dalam mencantikkan kulit termasuk kulit kepala. Vit C juga sangat efektif dalam membantu pertumbuhan rambut sekaligus membantu menguatkannya.
  • Purified Water
    Air yang telah diproses secara saintifik.
    Digunakan dalam perawatan, kontrol, pencegahan, pembaikpulih penyakit rambut

Ada lagi produk lain dari Hana ni, tapi so far Hana Hair Serum ni je saya berminat.

Nak beli?

Harga Hana Hair Serum ni Rm10 sebotol tak termasuk pos. Boleh cari di Shopee. Cari yang beli 3 dapat free postage. Nanti jual la kat adik beradik or kawan-kawan. Tak rugi beli serius.

Untuk isteri-isteri elok la beli Hana Hair Serum ni. Wangi ooiii.. haha

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge